Khamis, April 27, 2017

Rahsia Lelaki Yang Wanita Patut Tahu

1. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

2. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita atau mencuci mata di tepi pantai atau di kolam mandi.

3. Biar betapa hebat pun seseorang lelaki itu bersikap romeo dan berasmara dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa dan yang lain hanya kawan.

4. Apabila seorang wanita meminati seorang lelaki, wanita itu patut tunjukkan isyarat. Manalah tahu lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.

Tiada ulasan:

Catat Komen