Ahad, Oktober 31, 2010

Resepi BOTOK-BOTOK IKAN

Bahan-Bahan:

3 keping ikan tenggiri atau 3 ekor ikan kembong
3 bungkus rempah kari ikan
5 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
2 batang serai*
2 inci halia*
2 inci lengkuas*
2 sudu kerisik
3 biji limau nipis
Garam dan gula secukup rasa  

LEGEND: * bermakna dikisar

½ cekak pucuk bebuas
½ cekak pucuk kadok
½ cekak pucuk ubi kayu
½ cekak pucuk mengkudu
½ cekak pucuk puding
½ cekak daun cekur
2 helai daun kunyit - diracik
4 - 5 sudu pati santan
3 helai daun pisang untuk membungkus

Cara:
1. Bersihkan ikan dan toskan.
2. Campurkan bahan yang dikisar dengan serbuk kari dan masukkan garam, gula, kerisik, air limau nipis, daun kunyit, pati santan dan digaul rata.
3. Semua pucuk ulaman dibahagi tiga dan disusun di atas daun pisang secara berasingan (untuk menjadikan 3 bungkus). 4. Rempah yang telah digaul dibahagi 3 dan diletakkan di atas pucuk-pucuk ulaman kemudian letakkan 1 ekor/keping ikan di atas rempah tadi selepas itu diletakkan lagi rempah di atas ikan dan tutup ikan dengan pucuk ulaman semula serta bungkus dengan daun pisang.
5. Kukus sehingga 15 - 20 minit.


Cadangan Hidangan:
Lagi banyak pucuk ulaman yang dimasukkan lagi sedap rasanya dan lebih harum baunya



Tiada ulasan:

Catat Ulasan