♥ Pastikan diri anda terjaga dan kelihatan menarik. Ia mungkin agak memberatkan tetapi memang lelaki secara lahiriah lebih terdorong kepada wanita yg didapati menarik penampilannya. Ini tidak bermakna pula anda haruslah menjadi peragawati. Ambil berat akan penampilan anda... berpakaian lebih rapi, kemaskan rambut jika tidak bertudung dan sebagainya. Selain anda kelihatan menarik.. sikap dan perwatakan anda juga menawan hatinya.
♥ Berlaku jujur dan kongsi pendapat anda. Ramai wanita yg menganggap lelaki inginkan seorang wanita yg sempurna tanpa memberi sebarang kesukaran. Amat bertentangan sebenarnya. Kebanyakan lelaki lebih tertarik kepada wanita yg punya cara pemikiran mereka sendiri. Pesan apa yg anda gemar bila di restoren, dan jika anda menyokong pasukan lawan dlm sesuatu sukan, beritahunya. Perwatakan seperti ini membuatkan anda lebih menarik dan mencabar. Malah akan membuat hubungan lebih berwarna-warni dgn adanya perbezaan dlm pendapat dan minat yg sihat dan bukanlah yg digunakan utk menimbulkan perselisihan.
♥ Komunikasilah. Wanita berfikir yg merekalah selalunya lebih banyak bercakap dlm hubungan dan lelaki tidak sedikitpun mendengar. Bagaimanapun, wanita sering menyindir atau berkias dan mudah pula tersinggung bila lelaki tidak dapat memahami apa yg mereka cuba sampaikan. Suarakan dgn cara yg mudah difahami dan jelas akan apa yg anda ingin sampaikan. Kebanyakan lelaki akan lebih teruja utk memenuhi kehendak anda apabila mereka tahu apa yg anda inginkan dan bukan sesuatu yg mereka harus meneka.
♥ Miliki ruang kehidupan anda sendiri. Memang pada mulanya, seorang lelaki ingin melibatkan dirinya dlm apa saja yg dilakukan oleh wanita yg diminatinya setiap kali dia punya masa terluang. Lama kelamaan, dia akan mula hilang minat jika wanita itu terlalu bergantung padanya wlupun dlm keadaan yg bercanggah dgn minat mereka. Dlm ertikata lainnya, lelaki merasa rimas bila wanita dlm hidupnya terlalu mengharapkan adanya dia dlm setiap urusan harian sedangkan adakalanya, urusan itu boleh dibuat sendiri oleh wanita itu.
♥ Beri kata-kata pujian (secara jujur tentunya dan bukanlah sekadar ingin mengambil hatinya). Bila lelaki rasa seronok tentang dirinya setiap kali dia bersama wanitanya, kasih-sayangnya akan berkembang. Perhatikan perkara-perkara positif yg dilakukannya, yg kecil mahupun yg ketara, katakan yg anda perasan kerana ini akan memberinya isyarat yg anda memang benar-benar mengambil berat tentang segala usaha dan pengorbanannya. Percaya ataupun tidak, lelaki juga punya rasa kurang yakin dan ambil berat akan penampilan dan pencapaian mereka seperti wanita.
♥ Selami Cara Pemikiran Lelaki ♥
Memiliki kebolehan utk memahami pemikiran seseorang memberi anda keutamaan utk mengetahui bagaimana seseorang itu. Lelaki adalah aneh, makhluk yg sukar utk dimengertikan bagaimana cara mereka berfikir tetapi dgn memahami secara umum akan membantu mengurangkan jurang salah faham. Gunakanlah kebolehan kita utk membaca pemikiran, demi memahami bagaimana lelaki berfikir.
♥ Luangkan sehari di tempat mereka. Meletakkan emosi di tempat yg berbeza sekali sekala akan memberi anda gambaran akan emosi lelaki dan cara pemikiran mereka. Anda akan dapati dgn berbuat sedemikian, dapat membantu anda menyelesaikan konflik sebelum ia mungkin timbul, itupun jika anda benar-benar jujur dgn diri anda dan keadaan sekeliling.
♥ Berbual dgn lelaki melalui pendekatan langsung. Kajian menunjukkan bahawa lelaki sering menggunakan otak yg dibahagian kiri, iaitu bahagian yg bersifat objektif dan lebih kepada bertujuan. Kebanyakan lelaki akan memilih menyelesaikan konflik menggunakan pendekatan langsung kerana itulah cara pemikiran mereka berfungsi. Seringkali, lelaki ingin terus tuju ke punca masalah tetapi tidak ingin mengetahui selebihnya yg berikutan dari sesuatu situasi. Meletakkan perbualan dlm dialog 'mudah' membantu mereka mengaitkan dan terus tuju kepada apa yg ingin dilakukan atau dibuat dari membuang masa dgn berteka-teki.
♥ Memahami cara berkomunikasi bukanlah sesuatu yg selalunya berkesan dan mudah utk dimahiri. Lelaki selalunya sukar utk mengekspresi perasaan mereka kerana pemikiran mereka lebih tertumpu beroperasi di bahagian kiri otak. Wanita lebih mudah menerima data-data utk dialihkan dari bahagian kiri ke kanan otak mereka, menjadikan mereka lebih aktif berkomunikasi dlm pelbagai hal secara lebih luas. Biarpun lelaki memiliki 4 persen lebih sel-sel otak dari wanita, lelaki lebih terdorong utk menggunakan sebelah kiri utk memproses pertuturan yg seringkali tidak dikaitkan dgn emosi (bahagian kanan) bila berkomunikasi.
♥ Abaikan saja jika ingin memaksa lelaki utk komit. Sebahagian besar dari kita sendiri tidak suka bila ditekan atau dipaksa dlm apa-apa hal. Bagi lelaki, komitmen adalah satu langkah yg besar dan adakalanya kelihatan bertentangan dgn naluri mereka. Wanita pula sering melihat ini sebagai satu alasan utk memberi kata putus tetapi sebenarnya, lelaki hanya ingin melakukan sesuatu perkara dgn cara dan masa mereka sendiri, seperti kebanyakan dari kita. Ada juga kajian yg menunjukkan ada segelintir lelaki yg secara semulajadi, lebih atau kurang utk memberi kata putus dlm penglibatan mereka bagi kebanyakan situasi. Biarpun begitu, ini tidak bermakna lelaki tidak langsung memiliki sikap bertanggungjawab. Ia lebih kepada tidak ingin dikait rapat kepada sesuatu situasi secara langsung tetapi masih memberikan tumpuan serta mengambil berat. Hanya lelaki kurang memberi gambaran yg mereka sedemikian.
♥ Beri kata-kata pujian utk mengelakkan lelaki dari curang. Oleh kerana lelaki kurang bersifat meminta-minta akan apa yg mereka inginkan secara emosi, ini selalunya membina jurang dlm hubungan dan mengakibatkan kecurangan. Seperti wanita, lelaki juga perlu sokongan emosi utk merasa diri mereka diperlukan dan dihargai. Kajian menunjukkan bahawa lelaki yg memiliki rumahtangga yg sihat dan bahagia, selalunya tidak perlu meminta isteri-isteri mereka utk menunjukkan penghargaan. Lelaki yg tidak mempunyai hubungan sulit dlm kajian tersebut mengatakan rupa ataupun keperluan utk sex adalah alasan paling sedikit digunakan utk berlaku curang malah lebih ditegaskan, kekurangan sokongan emosi adalah sebab yg ketara mereka berlaku curang. Selalunya lelaki berlaku curang dan mencari pasangan di tempat kerja ataupun yg bekerja sealiran adalah kerana wanita kedua itu sering memuji dan memberi interaksi yg positif kepadanya secara tetap.
♥ Memahami Lebih Mendalam Mengenai Lelaki ♥
Ramai wanita belajar apa yg mereka benar-benar inginkan utk masa depan dari pengalaman peribadi mereka. Bagi ramai lelaki pula, mereka belajar dari cara yg sukar iaitu dgn membuat kesilapan emosi dlm hubungan yg benar-benar bererti bagi mereka.
Setelah dua dekad membaca tingkah-laku dan perihal yg ada kaitannya dgn lelaki, adalah elok bagi wanita utk memahami selanjutnya mengenai jantina yg bertentangan ini secara lebih mendalam.
♥ Lelaki yg tidak begitu berhubung rapat dgn bahagian emosi mereka, lebih sukar utk mengakui perasaan mereka sendiri. Terutama bila mereka tertekan, lebih kerap kenyataan 'Saya sayangkan awak' atau komitment diperlukan oleh seorang pasangan wanitanya, lebih jauhlah larinya lelaki secara umum dari hubungan itu sendiri. Lelaki akan buat apa saja utk mengelakkan dirinya dari terus terjebak dari situasi yg memberi tekanan.
Wanita pula yg sememangnya lebih jauh dan beza secara emosi. Bila wanita rasa tertekan utk tindak balas yg melibatkan perasaan dari pasangan lelakinya, mereka lebih terdorong utk menerima cabaran itu dgn hati terbuka, meluahkan komitmen sepenuh hati dgn ikhlas dan jujur.
♥ Menunjukkan yg anda kurang memerlukan atau menjadi mangsa akan keputusan yg dibuat oleh seorang lelaki mengenai hidupnya (contohnya, bila dia mengangguhkan atau memilih utk tidak begitu terlibat pada keadaan yg ada), adalah digalakkan agar anda membenarkan pintu peluang utk hubungan itu berkembang di masa yg terdekat.
Ambil sikap yg tegas dgn memberitahunya yg anda menyokongnya utk membuat apa saja yg diperlukan utk meneruskan hidupnya agar dia dapat membuat keputusan yg terbaik. Pintu peluang yg ada itu akan membuat dia berfikir di kemudian masa yg telah tiba waktunya utk melangkah setapak lagi dlm hubungan yg terjalin.
♥ Bila anda cuba membuat segalanya dgn betul demi menghadapi hubungan yg sukar dan menerima sedikit reaksi emosi sebagai balasan, tentunya anda akan rasa terluka dan hampa.
Penyelesaiannya adalah utk anda bersikap biasa (buat bodoh). Jika dia secara semulajadi tidak mengambil berat mengenai diri dan kemahuan anda tanpa kesungguhan, gerak yg sepatutnya diambil ialah utk jgn ambil pusing akan apa yg mungkin dia pula inginkan tak kiralah akan perkara yg dinyatakan secara langsung mahupun berisyarat. Jika anda sering yg memanjakannya atau menjadi orang pertama yg ada bila dia perlukan teman, kali ini, diamkan saja. Beri dia ruang, membenarkan dia menyedari sendiri betapa dia amat merindui anda apabila anda tidak lagi bersamanya seperti selalunya.
♥ Apabila seorang lelaki kelihatan seperti dlm pemikiran yg dlm dan menunjukkan emosi yg agak menghampakan, selalunya bukanlah disebabkan oleh pasangan wanitanya yg menyebabkan dia rasa hampa dgn kehidupan dan cinta.
Dia hanya punya dirinya utk dipertangguhjawabkan kerana menafikan peluang utk merasa keindahan serta kebahagiaan yg dirainya dari keduanya iaitu kehiudapan dan cinta hanya kerana dia enggan mengambil resiko utk membenarkan dirinya bebas utk menikmati kebahagiaan itu sendiri.
Sehingga dia bersedia utk mengambil alih sepenuhnya akan perjalanan peribadinya utk kesedaran yg melibatkan emosi, kita tidak dapat membawanya jauh dari dirinya sendiri dlm hubungan.
♥ Benarkan lelaki yg telah berumahtangga masa dan ruang yg diperlukan utk dia selesaikan masalah keluarganya dan konflik emosi yg dia sdg berusaha utk tawan dlm dirinya sendiri.
Lelaki yg telah berumahtangga akan mencari permulaan yg baru perlukan masa dan ruang peribadi agar dia dapat berfikir secara sepenuhnya... minda, rohani dan jasmani... dari terus hampa kerana terpaksa menyenangkan emosi. Anda tentunya tidak ingin dia menyeret masalahnya sama bila berdepan dgn anda biarpun anda isterinya kerana dia tidak akan dapat membuat keputusan yg betul.
♥ Bila lelaki tiba-tiba seperti menjauhkan dirinya dlm hubungan, dia sebenarnya sdg berhati-hati. Dia mungkin bertindak sedemikian akan sesuatu yg anda katakan ataupun buat yg mungkin memberi dia isyarat yg anda tidak akan teragak-agak utk teruskan hubungan dgn seseorang yg pernah hadir dlm hidup anda yg mungkin ingin kembali.
Dari berdepan dgn kegagalan, dia hanya melindungi dirinya dari mempunyai apa-apa perasaan yg lebih mendalam terhadap diri anda. Ini adalah sesuatu yg bodoh kerana dlm hatinya, dia sedar wanita yg ada di depannya adalah yg mampu dan berkebolehan utk menyayanginya dgn cara yg diinginkan dan diperlukan.
Lelaki seeperti ini memerlukan masa utk dirinya sendiri lebih dari dlm hubungan secara amnya. Cara yg terbaik utk meminpinnya ialah dgn menjadi seorang kawan dahulu.
Persahabatan adalah yg sering dilihat sebagai asas yg terbaik mungkin utk melahirkan hubungan yg berkekalan.
♥ Bila dikaji semula, lelaki mudah lari dari cinta kerana mereka merasa yg mereka menjadi tidak berguna atau kebingungan akibat dari kegagalan hubungan yg lepas atau merasa tidak dapat mengawal keadaan mahupun kehidupan masa depan apabila sdg di dlm proses bercinta.
Lelaki sedemikian perlu merasa yg mereka adalah lelaki sejati, yg masih dapat mengawal kehidupan mereka. Ramai yg masih belum mencapai tahap emosi yg sepatutnya utk memahami dgn membenarkan diri mereka utk memberi cinta, mereka juga akan lebih matang utk menerima cinta.
Dgn masa, mereka akan mencapai tahap yg diperlukan. Bila masanya tiba, mereka akan menyedari adalah sesuatu yg mereka sebenarnya inginkan dlm hidup dari menyendiri dan kekuatan utk menerima cinta itu sebagai balasan.
Anda tidak akan menemui lelaki yg lebih baik dari seseorang lelaki yg telah menjalani perjalanan yg mencabar dari segi pemikiran dan emosi dan yg telah menyedari bahawa cinta itulah kekuatan dan bukan kelemahan.
Apa yg lelaki inginkan dlm satu-satu hubungan nampak mudah. Sex, makan dan sukan. Bukan masa utk bergurau, lelaki memerlukan lebih dari itu. Adakalanya ia bukan selalu apa yg diinginkan lelaki yg penting, tetapi lebih kepada apa yg mereka perlukan. Dlm banyak masa, seorang lelaki tidak meletakkan apa-apa syarat tertentu akan apa yg diperlukan jika anda benar-benar kenal lelaki. Jika tidak, bagi seorang wanita, ia akan menjadi satu cabaran yg lebih berat dari apa yg mereka fikirkan. Anda tidak boleh setakat memenuhi apa yg lelaki mahukan dlm satu-satu hubungan, utk membuat mereka benar-benar bahagia.
♥ Lelaki ingin berdikari. Anda akan mendapat banyak persamaan bila datang kepada apa yg diperlukan oleh lelaki mahupun wanita dlm hubungan. Ini adalah lebih besar ertinya bagi lelaki kerana tak ada lelaki yg inginkan kelakiannya dirampas. Jgn mengawal lelaki anda, mereka tidak suka. Biarpun mereka membenarkan anda berbuat sedemikian, lelaki lebih gemar berdikari.
♥ Jgn merimaskan lelaki. Lelaki gemar dimanjakan tetapi jgn keterlaluan kerana mereka perlukan ruang utk bernafas. Merimaskan mereka di antaranya ialah dgn terlalu kerap menghubungi mereka atau terlalu kerap timbul tanpa diberitahu terlebih dahulu. Mereka memang ingin meluangkan masa dgn anda tetapi bukan dgn cara yg merimaskan sehingga mereka tidak ada ruang utk diri mereka sendiri. Biarkan mereka merindui anda dan mengenang saat-saat yg pernah diluangkan bersama. Mereka perlukan sedikit ruang utk bersendiri dan adakalanya ruang utk meluangkan masa bersama teman-teman lelaki mereka. Wanita selalunya sukar utk memahami ini dan ini tidak pula bererti lelaki telah mula bosan dgn anda. Ia hanyalah sekadar bagaimana kebiasaan lelaki. Ada perkara-perkara yg dilakukan oleh lelaki dan ada pula yg dilakukan oleh wanita. Adakalanya, lelaki hanya memerlukan sedikit ruang utk adakan 'masa lelaki' mereka.
♥ Elakkan dari keterlaluan. Jika anda bertanya mana-mana lelaki, ini adalah perkara utama yg akan menjauhkan diri lelaki dari wanita. Mereka akan cuba mengelakkan diri dari apa-apa yg keterlaluan sebaik mungkin. Jgn jadi seseorang yg sering menimbulkan masalah atau perselisihan dan jgn pula selalu mudah tersinggung atau sensitif. Bila lelaki anda melakukan sesuatu yg anda tidak suka, bincangkan dgn baik. Jgn terlalu keras dan mengharapkan terlalu banyak dari mereka. Jgn letakkan pula harapan yg terlalu besar keatas mereka, kerana lelaki benci begitu. Adakan sikap yg santai dan mudah utk dibawa bincang bila dgn mereka. Lelaki gemar keadaan yg tenang dan bukanlah wanita yg selalu mengisi hidup mereka dgn tekanan.
♥ Beri perhatian kepada mereka dan buatlah mereka rasa yakin akan diri mereka. Lelaki juga boleh merasa hilang keyakinan diri, sesuatu yg wanita tidak menyedari. Wanita mungkin kelihatan lebih mudah utk tidak memiliki keyakinan diri tetapi bukanlah mereka sebegitu selalunya. Wanita lebih tidak berkeyakinan secara fizikal, sementara lelaki kurang keyakinan diri secara mental. Jadi, cuba fahami cara pemikiran lelaki dan cuba utk tidak menjatuhkan keyakinan diri mereka. Tingkatkan rasa keyakinan mereka dan buatlah mereka rasa yakin. Juga, jgn mudah membiarkan mereka begitu saja kerana lelaki juga memerlukan teman. Mereka juga perlukan sesorang yg mereka boleh meluahkan apa yg mungkin mereka pendamkan.
♥ Bersederhanalah. Kelihatan mudah utk lakukan tetapi inilah yg disukai oleh lelaki. Lelaki gemar wanita yg boleh berbual akan apa saja, tentang apa yg wanita itu suka, malah apa saja tetapi bukanlah hingga bertukar menjadi ibu mereka. Lelaki memang mempunyai ibu tetapi memadailah hanya seorang ibu. Jgn mudah tersinggung, terlalu emosi atau tegas dgn lelaki. Jgn pula melayan mereka seperti seorang bayi. Jgn pernah sesekali memandang mereka rendah, terutama bila berada di khalayak ramai. Jadilah seseorang yg gemar berjenaka dan mudah utk bersama, jadilah diri anda sebenarnya. Santai bila bersama mereka dan anda mungkin akan lebih mudah menawan hati mereka dlm apa saja perkara.Ini tidak bererti anda tidak dapat meluahkan perasaan anda ataupun pendapat anda kepada mereka. Anda tidak perlu bersikap terlalu tegas. Lelaki tidak dapat mengawal keadaan bila teman wanitanya terlalu berlebihan hingga menimbulkan situasi yg tidak diingini. Kurangkan berdrama, anda akan mudah mendapatkan apa yg anda inginkan dari seorang lelaki.
♥ Jgn terus memberitahu apa yg lelaki ingin mendengar. Lelaki akan rasa tidak senang dan ini membuatkan mereka lebih mudah menebalkan ego. Jgn mudah memberitahu apa yg mereka ingin mendengar terutama bila mereka dlm keadaan yg gembira atau sedang membangga diri. Wanita perlu mengimbangi pemikiran lelaki. Bila lelaki kelihatan muram, anda perlulah berikan kata-kata perangsang sebagai semangat. Tidak ada yg lebih indah dari menerima pujian dari seorang wanita yg mereka sayangi dan jgn pula membuat mereka rasa yg mereka boleh mengambil kesempatan pula keatas diri anda. Anda tidak seharusnya membenarkan lelaki membuat sesuka hati mereka terhadap anda. Anda juga perlu menetapkan batasan biarpun dlm banyak perkara, anda lebih bersikap terbuka dan kelihatan seperti lebih memihakkan mereka.
Memahami apa yg cuba diperkatakan oleh lelaki bukan sesukar yg dirasakan. Bila anda mengambil masa utk memahami akan keinginan utama disebalik kata-kata seorang lelaki, segala yg dikatakannya akan mula masuk akal. Memahami lelaki adalah mudah bila kita benar-benar mendengar akan apa yg mereka katakan dan apa pula yg mereka tidak nyatakan.
♥ Memahami apa yg dikatakan oleh seorang lelaki ialah dgn mendengar apa yg dikatakannya secara nyata. Ambil setiap kata-kata yg dilafazkannya tanpa cuba utk mencari erti disebalik ayat yg diucapkannya. Bila lelaki anda mengatakan yg dia penat, dia sememangnya penat. Bila dia katakan yg dia sibuk, dia sememangnya sibuk. Cara terbaik utk memahami lelaki adalah mendengar apa yg dikatakannya.
♥ Ambil masa utk mengenal lelaki yg anda cuba memahami. Terokai apa yg mendorongnya dan apa pula yg membakar semangatnya. Kata-kata yg diucapnya selalunya menggambarkan keinginannya yg sebenar dan ia seringkali berkait rapat dgn apa yg mendorongnya. Ia mungkin kejayaan berupa kebendaan atau keinginan utk luangkan lebih masa bersama teman-teman atau memulakan kongsi niaga yg baru.
♥ Benarkan lelaki anda utk menjelaskan dirinya dlm caranya tersendiri jika anda sedang cuba memahaminya. Jika anda sering menyampuk atau memotong kata-katanya atau cuba menyelesaikan ayat-ayatnya, anda tidak akan pernah dapat memahami apa yg lelaki anda cuba katakan. Lelaki gemar mengulangi apa yg pernah dikatakannya, jadi adalah penting utk mendengarkan dgn perihatin pada kali pertama.
♥ Sedari seawal mungkin bahawa lelaki hanya inginkan kedamaian dan bukanlah ketegangan dlm hubungan. Sebahagian dari memahami apa yg lelaki cuba katakan adalah bermakna anda adakalanya perlu membiarkan dan meninggalkan situasi tertentu begitu saja buat sementara.
♥ Beranggapan yg baik apabila lelaki tidak mengatakan apa-apa. Jika dia secara sengaja tidak menjawab sesuatu soalan yg diajukan secara langsung, dia kemungkinan memang tidak punya jawapan atau dia sedar jawapan yg ada padanya adalah bukan yg anda ingin mendengar. Dlm usaha murninya utk mengekalkan kedamaian, dia memilih utk mengatakan tidak seayat. Sebahagian dari memahami apa yg cuba lelaki katakan adalah utk mengetahui apa yg dia tidak katakan adalah demi kebaikan hubungan antara anda dan dia.
♥ Mengenali secara selalunya lelaki sedang cuba meluahkan hanya segelintir keperluan atau keinginannya secara asas, atau dia sedang cuba menyelesaikan masalah. Jika anda menyedarkannya akan adanya masalah, dia tidak akan menunjukkan simpati tetapi sebaliknya akan cuba membantu anda menyelesaikannya. Bila anda memahami apa keinginan atau kemahuan lelaki adalah tidak gemar utk merungut secara lisan akan sesuatu keadaan, tetapi lebih kepada mencari huraian, anda sememangnya dlm perjalanan utk lebih memahami apa yg cuba lelaki katakan setiap kali dia berbicara.
LeLaki Soleh Pun CEmBuRu...........
■ Rasullullah s.a.w mencemburui Mariah al-Qibtiyyah
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Lahi'ah daripada Yazid bin Abi Habib daripada Abdul Rahman bin Syamasah al-Mahri daripada Abdullah bin Umar, ketika Mariah al-Qibtiyyah mengandungkan anak Rasullullah S.A.W, Ibrahim, seorang kerabat lelakinya dari Mesir kerap datang menziarahinya..
Suatu hari, Rasullullah S.A.W menemui Mariah dan melihat kelibatnya ada bersamanya. Rasullullah S.A.W berasa cemburu. Baginda keluar dengan rona wajah yang berubah. Dijalanan, baginda bertemu Umar. Umar perasan ada sesuatu yang Rasullullah S.A.W pendamkan. Umar lantas bertanya keadaan baginda. Rasullullah S.A.W lantas menceritakan kecemburuannya terhadap kerabat Mariah.
Umar lalu menghunus pedang lalu mencari lelaki itu. Lelaki itu segera menyingkap keadaan kemaluannya yang sudah dipotong. Umar tidak jadi membunuhnya. Dia menemui Rasullullah S.A.W. Rasullullah S.A.W berkata : " Jibrail telah datang kepadaku dan membebaskan Mariah dan saudaranya daripada tuduhan yang terlintas pada diriku".
(Riwayat Al-Bazzar)
■Umar cemburukan isterinya ke masjid
Umar bin Al-Khattab tidak kurang besar cemburunya. pernah isterinya keluar untuk solat berjemaah di masjid. daripada riak wajahnya, isterinya tahu Umar tidak suka dan sedang cemburu. Lalu isterinya berkata " Jika kanda melarang, dinda takkan pergi". Umar diam sahaja kerana teringat pesanan Rasullullah S.A,W yang bermaksud "janganlah kalian melarang para wanita pergi ke masjid"
(Riwayat al-Bukhari, Ahmad dan Abu Daud)
■Ibnu Umar cemburu mendengar bicara isterinya dengan lelaki kerabatnya
Hammad bin Zaid daripada Ayyub daripada ibn Abi Mulaikah menyebut bahawa Ibnu Umar mendengar isterinya berbicara dengan seorang lelaki dari balik tembok. Antara mereka masih ada hubungan kekeluargaan. namun Ibnu Umar tidak mengetahuinya. Lalu dia mengumpul pelepah kurma dan memukul isterinya sehingga si isteri berteriak kesakitan.
■cemburu Mu'az bin Jabal waktu Makan Epal
Al-Kharaithi menyebut daripada Mu'az bin Jabal bahawa dia makan epal bersama isterinya. lalu masuklah hambanya menemuinya. kemudian si isteri memberikan epal yang telah dimakan sebahagian kepada hamba itu. Mu'az berasa cemburu sehingga dia bertindak memukul isterinya..
Lelaki soleh pun cemburu kerana ia lumrah cinta dan kasih sayang.....