Selasa, November 30, 2010

81 ways to win your Wifes Love!

1. Make her feel secure, don’t threaten her with divorce
2. Give sincere Salaams.
3. Treat her gently, like a fragile vessel.
4. Advise in private, at the best time, in the best way and atmosphere.
5. Be generous with her.
6. Warm the seat for her, you will warm her heart.
7. Avoid anger, be in Wudhu at all times.
8. Look good and smell great for your wife.
9. Don’t be rigid or harsh-hearted or you will be broken.
10. Be a good listener.

11. Yes for flattery. No for arguing.
12. Call your wife with the best names, cute nicknames, and names she loves to hear.
13. A pleasant surprise.
14. Preserve and guard the tongue.
15. Expect, accept, and overlook her shortcomings.
16. Give sincere compliments.
17. Encourage her to keep good relations with her family.
18. Speak of the topic of her interest.
19. Express to her relatives, how wonderful she is.
20. Give each other gifts.

21. Get rid of routine, surprise her.
22. Have a good opinion of each other.
23. Have good manners, overlook small things, don’t nitpick.
24. Add a drop of patience, increase during pregnancy, menses.
25. Expect and respect her jealously.
26. Be humble.
27. Sacrifice your happiness for hers.
28. Help at home, with housework.
29. Help her love your relatives, but don’t try to force her.
30. Let her know that she is the ideal wife for you.

31. Remember your wife in Du’a.
32. Leave the past for Allah, don’t dwell on, dig into, or bring it up.
33. Don’t act as if you are doing her a favor by working or providing, Allah is the rovider, the husband is the carrier of the sustenance to the family.
34. Take Shaitan as your enemy, not your wife.
35. Put food in your wife’s mouth.
36. Treat your wife like she is the most precious pearl that you want to protect.
37. Show her your smile.
38. Don’t ignore the small things, deal with them before they be come big.
39. Avoid being harsh-hearted.
40. Respect and show that you appreciate her thinking.

41. Help her to find and build her inner strengths and skills.
42. Respect that she might not be in mood for intimacy, stay within Halaal boundaries.
43. Help her take care of the children.
44. Give her gifts with your tongue, be an artist with your compliments.
45. Sit down and eat meals together.
46. Let her know that you will be traveling or returning from travel, give her sufficient notice.
47. Don’t leave home in anger.
48. Maintain the secrecy and privacy of the home.
49. Encourage each other in worship.
50. Respect and fulfill her rights upon you.

51. Live with her in kindness, goodness, fairness in good and bad times.
52. Kiss your wife, foreplay, don’t jump on her like a bull.
53. Keep disputes between the two of you, don’t take it outside.
54. Show care for her health and well-being.
55. Remember you are not always right or perfect yourself.
56. Share your happiness and sadness with her.
57. Have mercy for her weaknesses.
58. Be a firm support for her to lean on.
59. Accept her as is, she is a package deal.
60. Have a good intention for her.

61. Cook a dish for her.
62. Designate a nice, clean, spacious area in your home for the two of you to pray at night whenever you can.
63. Women love flowers. Make a trail of them on the floor leading to the gift you made for her.
64. Give her a nice massage when she least expects it.
65. Send your wife a text message out of the blue with a message of love.
66. Send your wife an email without a reason.
67. Go out on a date or a get-away for the weekend in a nice location, preferably without kids.
68. Do something for your wife’s family, whether it is a gift, or a chat with her teen brother who needs mentoring, or whatever. It will get you lots of brownie points.
69. Do not keep reminding and demanding your rights all the time.
70. Shop groceries for her and call her from the store and ask her what she needs for the home, for herself or for her to give to people as gifts.

71. Ask her if she would like to invite her female friends over for ladies only get together and arrange for the dinner.
72. Ask her to send gifts to her parents and siblings.
73. Help her parents pay off debt. Send her poor relatives some money.
74. Write love notes or poems and place them in the book she’s been reading.
75. If she tells you something she had just learned from the Qur’an or Hadith, do not dismiss her or ridicule her effort, instead listen to her and take her word.
76. Plant her a kitchen garden with all kind of herbs she needs for cooking.
77. Adopt a kitten for her if she likes.
78. Update her PC or laptop with a new one or get her a new mobile phone.
79. Learn to do a special massage technique and surprise her with your new expertise.
80. Teach your children to respect and honor their mother.

81. Be humorous with her when she makes a mistake in the kitchen (like when she put too much salt or burnt her baking).

BASUH TUDUNG PANDAI, BASUH KASUT PANDAI TAPI BASUH.............

Mungkin ada yang menganggap perkara mencuci kencing adalah sesuatu yang remeh dan kecil. Tapi sebenarnya ia sangat penting. Kalau kita tak cuci kencing dengan betul, amalan kita tidak diterima oleh Allah.

Kita sangka kita dah buat amalan yang banyak, tapi rupa-rupanya amalan itu Allah tak terima. Maka sia-sia saja. Sebabnya, kita tak cuci kencing kita dengan bersih. Aduh, kalau begitulah jadinya, alangkah ruginya kita. Alangkah malangnya kita.

Jangan kencing berdiri!

Jangan kencing berdiri!

Jadi, sila ambil perhatian tentang perkara ini. Sila baca entri ini dengan penuh teliti dan amalkan.

Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil ;

1. Disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya.

2. Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran.

3. Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.

Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya ;

1. Pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih.

2. Jangan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja, ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Amalan yang diterangkan ini tidaklah dirasakan lucu atau lucah, tetapi sebagai panduan hidup sebagai umat islam di muka bumi ini, Insya-Allah. Ramai orang merasakan dirinya cukup bagus dengan banyak amal ibadahnya, sedekahnya dan lain-lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.

Syaidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan jenazah si polan, tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan jenazah itu. Lalu disuruh orang membukanya.

Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala jenazah tersebut. Syaidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya.

Tetapi ular itu dapat berkata-kata, Katanya “Apakah salah ku kerana aku telah diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan. ”

Apabila diselidiki amalan sipolan itu, semasa hayatnya jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuang air kecil.

Sekian, semoga kita dapat sama-sama beringat dan amalkan.

Wassalam
Dr. Masitah Adam
Fakulti Perubatan Islam

Beberapa Petua Ketika Di dapur

Petua Melembutkan Daging Ketika Memasak

■Rebus daging bersama satu cawan air kelapa hingga lembut. Kemudian masak seperti biasa.
■Tumbuk halia dan campurkan sedikit garam. Perapkan bahan ini dengan daging selama anggaran setengah jam. Kemudian bilas dengan air bersih dan masaklah daging itu seperti biasa.
■Masukkan beberapa ketul ais ke dalam bekas yang berisi daging. Biarkan seketika kemudian cuci. Daging akan cepat empuk.
■Rebus daging bersama akar daun pandan yang telah dicuci bersih. Kemudian masak daging seperti biasa.
■Rebus daging bersama daun nangka atau daun betik. Kemudian masak daging seperti biasa.


Petua Untuk Nasi Lemak Cepat Masak

Jika anda ingin nasi lemak cepat masak, masukkan sebatang garpu atau sudu ke dalam periuk nasi yang hendak dimasak. Biarkan di dalam beras sehingga nasi masak. Nasi lemak cepat masak.


Petua Mengelak Nasi Cepat Basi

Untuk mengelakkan nasi yang dimasak cepat basi, basuh beras kali pertama hingga ke 3 dengan menggunakan tangan anda. Selepas itu untuk kali ke 4 bila anda masukkan air ke dalam beras itu, anda tidak perlu lagi menyentuh air tersebut walaupun untuk mengukur. Bagi tujuan mengukur anda perlu mengagak sahaja.


Petua Mengatasi Masakan Termasin

1. Setelah gulai mendidih, tutup api dan periuk. Biarkan beberapa minit. Kemudian basuh tudung periuk tetapi jangan dikeringkan. Tutup semula masakan tadi. Rasa masin akan hilang dengan sendirinya.
2. Potong 2 atau 3 biji kentang berbentuk dadu. Masukkan ke dalam masakan termasin. Setelah kentang itu lembut, keluarkannya semula.


Tahukah Anda?

Telur yang kulitnya sudah pecah boleh direbus dengan sempurna. Balutkan telur itu dengan kertas aluminium (aluminium foil)dan rebuskan telur seperti biasa.


Petua Mengelak Minyak Memercik

Petua 1 :
Masukkan sedikit garam kasar ke dalam minyak yang telah dipanaskan. Kemudian baru menggoreng.

Petua 2 :
Ketika memanaskan minyak masak, masukkan sekeping asam gelugur dan biarkan seketika. Keluarkan asam gelugur apabila hendak menggoreng.


Petua Terkena Minyak Panas

Petua 1:
Sekiranya anda atau anak anda terkena air panas atau minyak panas jangan panic. Ambil sedikit kicap dan garam halus. Kemudian sapukan kedua-dua bahan tadi di tempat yang terkena minyak atau air panas. Kesannya akan dapat dikurangkan dan kurang sakit.

Petua 2:
1. Ambil daun lidah buaya, patahkan hingga keluar cairannya.
2. Oleskan ke bahagian yang terkena minyak panas, sesegera mungkin. Rasa panas akibat minyak goreng panas akan berkurangan dan berangsur hilang.

Petua 3:
Segera letakkan ais ke tempat yang terkena minyak panas/air panas tersebut. Sakit hilang... dan tidak menggelembung...


Petua Kuali Tidak Melekat

Apabila menggoreng ikan atau lain-lain makanan seperti nasi goreng dan mee goreng, selalunya melekat di kuali jika kuali tidak panas. Satu cara untuk mengelakkan ini berlaku ialah goreng sedikit garam dalam kuali itu tanpa minyak sampai kuning. Kemudian barulah dimasukkan minyak dalam kuali.


Beberapa Petua Mengenai Kesihatan

Penyakit Mata dan Tandanya

Mata bertindak balas dengan keadaan hati.

Mata Menjadi Merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

Mata Menjadi Kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

Keluar Tahi Mata Terlampau Banyak: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

Keluar Air Mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.

Ketegangan Mata dan Kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


Petua Penjagaan Kaki Untuk Pesakit Diabetes

■ Basuh kaki setiap hari
■ Keringkan semua bahagian kaki dengan sempurna terutama antara celah-celah jari kaki
■ Periksa kaki anda setiap hari untuk luka, calar, melecur atau apa-apa perubahan warna kulit.
■ Potong kuku jari kaki secara lurus
■ Tukar stokin anda setiap hari
■ Jangan berjalan tanpa kasut. Kalau dalam rumah gunakan selipar nipis dan lembut untuk mengelakkan kecederaan pada kaki anda.
■ Selalu memeriksa bahagian dalam kasut sebelum memakai kasut untuk memastikan tiada objek di dalam kasut.
■ Selalu pakai kasut yang lembut dan sesuai diguna luar rumah.
■ Pastikan anda merawat luka dan calar dengan segera.
■ Pastikan anda berjumpa doktor jika luka tidak sembuh selepas 2 atau 3 hari.

Ilmu KUAT Lelaki

Caranya :
1. Setiap pagi minum air suam dan baca Basmallah dan Ya Qawwiyu Ya Matiin 100 kali
2. Setiap pagi Isnin makan kuning telur ayam kampung 1 biji
3. Setiap pagi Selasa makan kuning telur 2 biji
4. Setiap hari Rabu makan kuning telur 3 biji
5. Amalkannya selama 1 bulan

Isnin, November 29, 2010

35% Daripada Masalah Kesuburan Berpunca Dari Lelaki!

Kenapa ia begitu penting? Sebab menurut kajian, 35% daripada masalah kesuburan adalah berpunca dari masalah dari pihak lelaki. Adalah suatu kesilapan besar jika pemeriksaan dan rawatan hanya ditumpukan kepada pihak wanita sahaja.

Lebih menyedihkan lagi jika pihak wanita tersebut melalui segala kesakitan dan kesusahan dalam menjalani proses pemeriksaan, didapati mereka tidak ada sebarang masalah, sebaliknya mendapati bahawa masalah tersebut berpunca dari pihak lelaki.

Oleh itu, pada pandangan saya, sebarang ujian kesuburan perlu bermula dari pihak lelaki. Tapi saya sedar, ia bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dilakukan kerana beberapa faktor, antaranya adalah faktor kekurangan kesedaran bahawa lelaki juga boleh menjadi punca gagal hamil.

Ahad, November 28, 2010

PADAH NESCAFE 3 IN 1 DAN SEUMPAMANYA...

Erm... ni saya dapat dari rakan FB saya... saya nak share ngan kawan-kawan semua supaya dpt diambil iktibar di atas kejadian ini...

Kawan saya (dah arwah)...... .
dari usia muda.....
pagi nescafe..... 2 X..
petang nescafe....2X. ..
malam nescafe....? X...

depan mata saya........ .
bangun dari kerusi ........
kaki dia terus patah....
tulang dia reput.....

Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung & buah pinggang

Zaman sekarang ni, banyak penyakit datang dari pemakanan...

Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.

Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya.

Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasati:

Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.

1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh
2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
3. Sering mencungap dan kadang-kala sewaktu sembahyang pun mencungap.
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
6. Tapak tangannya semakin basah.

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in 1. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)'

Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)
2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer
3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya
7. Elakkan mandi selepas makan
8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda
10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

Sekian wassalam wallahu'alam.

'sharing is caring'

Terima kasih kepada "Sandleku Baru"

Sabtu, November 27, 2010

Petua Untuk Meredakan Perasaan Cemburu

1. Bertanya secara terbuka dengan menjalin komunikasi tentang perasaan cemburu kita pada pasangan tanpa rasa takut dan malu.

2. Tenangkan diri kita terlebih dahulu agar emosi tidak menguasai kita.

3. Minta nasihat pada orang kita mempercayai. Tanya pendapat mereka.

4. Jangan tunjukkan perasaan cemburu anda pada hal-hal yang boleh merosakkan sebuah hubungan.

5. Tarik nafas dalam-dalam atau minum air suam terlebih dahulu kerana oksigen yang masuk dalam otak dan tubuh kita, akan membuat kita berfikir lebih rasional.

6. Berfikir positif kerana dengan cara ini kita mengambil langkah yang tepat untuk mengetahui cara terbaik dalam mengatasi perasaan cemburu yang ada dalam fikiran dan hati kita.

Petua Untuk Mengubat Hati Yang Luka

1. Disiplinkan Diri Untuk Lupakan Kenangan Pahit - Mengaku saja yang anda sering berasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu. Anda perlu kikiskan fikiran itu dan jangan terbawa-bawa dengan emosi yang lalu. Mulai sekarang, tekad untuk melupakan semua itu. Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan anda, cita-cita anda, keluarga, kerjaya, kewangan, dan rakan-rakan. Anda tidak akan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tetap lakukan satu persatu dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Jangan Asyik Risau - Ada 2 kesan dari sikap risau ini. Pertama ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta. Kedua, ia memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.

3. Rajin Bersyukur - Ucap syukur atas kesemua yang anda ada. Bersyukur kerana anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun tidur. Anda ada kawan rapat yang memahami anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri anda. Lakukan sebanyak mungkin setiap hari.

4. Mesti Memaafkan Orang - Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa, gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tidak puas hati, dendam, dan busuk hati). Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Mungkin anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri anda, yang membuat anda sedih, kecewa dan geram.

Jumaat, November 26, 2010

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut. Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.


Seorang lelaki yang BERIMAN lelaki tersebut TIDAK AKAN

1. mengajak anda kepusat2 hiburan

2. berani pergi ber"dating" dan bercouple berdua-duaan

3. membonceng bersama-sama dengan kekasih

4. besenang-senang dengan wanita yang bukan muhrim

5. mengajak keluar bersama-sama pergi ke pasaraya, menonton wayang, makan berdua-duaan dan sebagainya

6. berani menyentuh tangan dan tubuh badan seorang wanita

7. berani mengajak anda melakukan aksi ringan-ringan

8. berani melakukan ZINA

SEKIRANYA 8 CIRI-CIRI INI ADA PADA PASANGAN ANDA...KETAHUILAH BAHAWA LELAKI TERSEBUT TERGOLONG DALAM 10 SIFAT CALON SUAMI YANG BAIK-BAIK... AKAN TETAPI SEKIRANYA SEBALIKNYA MAKA LELAKI TERSEBUT BUKANLAH TERMASUK DARI 10 CIRI-CIRI TERSEBUT...SEKIAN

KEPADA WANITA JADIKAN DIRI ANDA BIJAK MEMBUAT KEPUTUSAN



Khamis, November 25, 2010

Koleksi Petua Untuk Menghilangkan JERAWAT

Pilihan 1:
a) Campurkan air limau nipis dengan 1 sudu minyak masak. Sebelum anda tidur, sapukan campuran tersebut ke seluruh muka anda.

b) Sekiranya anda berasa pedih, ia hanya sementara sahaja. Keesokkan harinya, ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas. Setelah sejuk atau suam, basuhlah muka anda dengan air tersebut.

c) Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda. Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Biarkan beberapa minit, kemudian basuh dengan air biasa. Muka anda akan menjadi licin dan bersih.

Pilihan 2:
Campurkan beberapa sudu tepung ubi kayu dengan air asam jawa. Kemudian sapukan ke muka anda. Amalkan selalu seperti anda mengamalkan penggunaan bedak sejuk. Muka anda akan bertambah cerah dan lembut serta tidak berjerawat lagi.

Pilihan 3:
a) Ambil 3 jenis akar kayu iaitu akar bunga melur, akar bunga cina dan akar kitam guri serta seketul kemenyan. Jika sukar mendapatkan ketiga-tiga akar ini, memadailah dengan dua jenis sahaja.

b) Semua akar tersebut diasah di buntut pasu dengan sedikit air. Sapukan ke seluruh muka anda sebagai bedak sejuk.

c) Anda juga boleh campurkan dengan bedak sejuk atau dengan lendir daun lidah buaya. Selain diasah, ia boleh juga dikeringkan kesemua akar itu dan dikisar bersama kemenyan.

Pilihan 4:
PARUT temu lawak mengikut keperluan , kemudian campurkan dengan sedikit gula melaka . Ambil 3/4 suku gelas air masak dan campurkan dengan sedikit asam jawa dan 3 biji bawang merah yang ditumbuk lumat . Bancuh kesemua bahan tadi sehingga sebati, kemudian tapis . Minumlah airnya beberap kali , kemudian barulah dirawat kulit muka anda dengan petua lain yang telah diberikan .

Pilihan 5:
AMBIL sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air .

Setelah campuran itu sebati , sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi, basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus.


Petua Menghilangkan Parut Jerawat

- Mula-mula ambilkan sedikit madu. Campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali.

- Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Tempelkan pada parut jerawat.

- Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam.. Keesokannya cucilah menggunakan air suam.

- Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.

- Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.

- Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

WANITA DAN KESUBURAN

Bilakah Waktunya Tahap Terbaik Kesuburan Wanita? Dan Bagaimanakah Caranya Untuk Mengenal Pasti Masalah Kesuburan Di Kalangan Wanita?

Secara umumnya wanita subur sebaik sahaja dia mencapai akil baligh iaitu apabila haid pertamanya keluar. Biasanya kanak-kanak perempuan mencapai akil baligh dalam lingkungan umur 12 tahun.

Lumrahnya, bagi seorang wanita, tempoh kesuburan berlangsung sehingga seseorang wanita mencecah umur 48 tahun iaitu sehingga berlaku putus haid (monopaus). Oleh itu dalam jangkamasa 36 tahun waktu subur tersebut, bagi wanita yang berumahtangga akan mengalami beberapa kali kehamilan dan kelahiran.

Kesuburan seseorang wanita berkait dengan keupayaan mengeluarkan telur atau benihnya. Benih perempuan akan keluar sekali dalam satu pusingan haid dan pada waktu tertentu sahaja.

Terdapat beberapa cara atau kaedah bagi menentukan seseorang wanita itu mengeluarkan benih atau tidak dan bilakah masanya benih tersebut keluar. Waktu mengeluarkan benih inilah waktu subur atau pun disebut sebagai fertile period.

Oleh itu bagi pasangan yang inginkan cahaya mata, inilah masa yang sesuai untuk melakukan hubungan seksual atau persetubuhan atau sebaliknya elakkan hubungan bagi yang merancang untuk tidak ingin hamil.

Waktu subur boleh dikenalpasti sendiri melalui:

1. Pusingan Haid (menstruasi):

Bagi seseorang wanita yang mempunyai pusingan haid yang teratur setiap bulan biasanya subur. Pegeluaran benih akan berlaku pada hari ke-13 atau 14 (dikira dari hari pertama darah haid keluar).

Satu pusingan haid - ianya dikira dari hari pertama keluar haid hinggalah sehari sebelum haid datang semula. Ianya meliputi jangka masa 28 ke 30 hari.

Oleh yang demikian adalah penting bagi setiap wanita yang inginkan cahaya mata senantiasa merekod tarikh bagi keluaran haid dalam buku catatan khas - yang mengandungi carta suhu badan.

Selain itu ada beberapa tanda yang biasanya berlaku pada masa keluaran benih seperti ada rasa sakit atau senak dibahagian bawah perut dan pengeluaran lendir yang berlebihan dari kemaluan. Kadangkala lendir ini berwarna coklat, jernih dan mudah dijalurkan atau stretchable dan rupanya seperti putih telur mentah. Sebaik sahaja lendir keluar, lendir bertukar bentuk menjadi lebih kesat dan pekat.


2. Catatan Suhu Badan:

Catatan suhu perlu dilakukan dengan menggunakan jangka suhu atau thermometer khas yang digelar "ovulation thermometer". Catatan suhu badan ini perlu dilakukan sebaik sahaja bangun dari tidur (sebelum mandi). Persediaan awal perlu dilakukan pada malam sebelumnya iaitu dengan menggoncangkan thermometer supaya tanda raksa akan turun ke paras yang paling rendah. Apabila hendak mengambil suhu badan, thermometer tersebut perlu dimasukkan ke dalam mulut selama dua atau tiga minit. Catatan suhu badan ini sepatutnya dilakukan setiap hari kecuali pada masa datang haid.

Biasanya suhu badan akan turun sedikit pada hari pengeluaran benih dan sejurus kemudian ianya akan meningkat naik sebanyak 0.2 darjah celcius dan kenaikan suhu badan ini akan berlarutan sekurang-kurangnya 10 hari atau lebih. Sekiranya bentuk carta sedemikian tidak diperolehi maka seseorang wanita itu mungkin alami masalah tidak mengeluarkan benih dan seterusnya tidak boleh hamil.

Bagi seseorang wanita yang mengalami masalah gangguan haid tidak teratur atau kesukaran untuk hamil maka anda digalakkan menemui Dr. Sakit puan dan kemungkinan akan menjalani ujian-ujian berikut:


1. Ujian Darah:

Ujian darah untuk mengesan paras hormon boleh juga digunakan untuk menentukan wanita itu keluar benih atau tidak. Sukatan paras hormon progesterone dilakukan pada hari ke-21 hingga 25 dalam pusingan haid. Manakala bagi wanita yang pusingan haid mereka tidak teratur seperti datang haid sekali dalam tiga bulan ataupun sekali dalam enam bulan, biasanya tidak subur kerana benih tidak keluar dengan teratur. Dalam hal demikian beberapa ujian perlu dilakukan untuk mengesan punca masalah tersebut. Antara ujian yang penting ialah menyukat paras hormon dalam aliran darahnya seperti hormon gonadotrofin (FSH, LH) dan prolaktin.


2. Ujian D & C:

Ujian D & C selalunya dilakukan oleh doktor kepada wanita yang mengalami masalah kurang subur. Ia merupakan tatacara pembedahan kecil di mana saluran pangkal rahim wanita itu dikembangkan. Proses ini digelar dilatation. Ruang rahim kemudian dikikis dengan alat tajam yang digelar curettage. Tatacara ini memberi manfaat kepada sesetengah wanita yang pangkal rahim mereka sempit dan ini mungkin memudahkan perjalanan benih lelaki ke dalam sistem peranakan.

Melalui proses mengikis ruang rahim ini juga membantu doktor mengeluarkan tisu yang tidak normal untuk membolehkan kehamilan berlaku.

Sesetengah doktor melakukan insufflation iaitu memancutkan air berwarna ke dalam saluran peranakan ketika melakukan D & C itu. Tatacara ini bertujuan untuk menguji sama ada salur fallopian terbuka atau tersumbat dengan melihat pengaliran air yang dipancutkan itu. Ujian ini jarang dilakukan pada masa sekarang kerana seringkali ia tidak memberi kepastian mengenai keadaan saluran peranakan tersebut.

Prosedur ini secara tidak langsung juga dapat membantu doktor mengenalpasti samada seseorang wanita itu boleh mengeluarkan benih ataupun tidak.


3. Pemeriksaan Fizikal:

Bahagian tubuh badan wanita yang patut diperiksa termasuklah:

a) Buah dada
b) Kilang tiroid pada leher
c) Sistem peranakan.

Pemeriksaan leher adalah bertujuan untuk mengesan ketumbuhan pada kilang tiroid yang biasanya boleh mengeluarkan hormon tiroksina berlebihan dan seterusnya mengganggu pengeluaran benih.

Pemeriksaan buah dada pula bertujuan untuk mengesan ketumbuhan dan pengeluaran air susu kerana jika keadaan ini berlaku ada kemungkinan imbangan hormon dalam darah wanita itu terganggu. Mungkin paras hormon prolaktin tinggi dan ini mengganggu pengeluaran benih perempuan.

Pemeriksaan sistem peranakan ini adalah sangat penting untuk menentukan sama ada sistem peranakan seseorang wanita itu normal atau tidak. Sistem ini melibatkan faraj, pangkal rahim, saluran peranakan dan kilang ovari. Berbagai-bagai cara digunakan untuk memeriksa dan menilai system peranakan ini. Biasanya setelah doktor memeriksa kemaluan dan peranakan seseorang wanita itu, dia dapat menentukan secara kasar sama ada sistem peranakannya normal ataupun tidak.


4. Pemeriksaan Laparoskopi:

Ia merupakan pemeriksaan untuk melihat secara terus ke dalam perut wanita melalui sejenis teropong yang digelar laparoskop. Teropong ini dimasukkan melalui satu hirisan sepanjang setengah inci di bawah pusat. Menerusi teropong ini doktor boleh melihat keadaan ovari, salur fallopian dan sekeliling rahim. Jika terdapat sesuatu penyakit yang menimbulkan masalah bagi kesuburan wanita, rawatan yang sewajarnya perlu diberi.

Pemeriksaan laparoskopi ini juga sangat penting kerana memang terdapat penyakit seperti ketumbuhan dan jangkitan kuman yang tidak memberi sebarang tanda, boleh dikesan melalui teropong tersebut. Antara jenis penyakit yang selalu tumbuh ialah sejenis ketumbuhan yang digelar endometriosis. Penyakit ini kerapkali mengganggu pengeluaran benih dan ia juga menyekat saluran peranakan. Menurut kajian Dr. Hamid Arshat Pakar, iaitu Pakar Sakit Puan yang terkenal di negara kita, kejadian penyakit ini kini kian meningkat. Ini mungkin disebabkan oleh lebih ramai wanita zaman sekarang yang melambatkan perkahwinan ataupun menangguhkan kehamilan dan kelahiran anak.

Selain itu juga wanita yang pernah mengalami keguguran sama ada secara sengaja atau tidak, kerapkali juga dijangkiti oleh kuman khususnya pada bahagian saluran peranakan. Saluran peranakan boleh rosak dan tersumbat. Ketumbuhan juga boleh berlaku pada kilang ovari dan ini boleh mengganggu pengeluaran benih.

Sesetengah penyakit yang dikesan ketika pemeriksaan `laparoskopi’ dirawat pada masa itu juga tetapi ini adalah terhad. Kadangkala, rawatan selanjutnya perlu dilakukan dengan satu pembedahan besar untuk mengatasi masalah saluran

tersumbat ataupun untuk mengeluarkan ketumbuhan pada rahim atau ovari.


5. Ujian Hysterosalpingogram (X-Ray)

Ia merupakan ujian yangn dilakukan pada seseorang wanita yang dikesan saluran peranakannya tersumbat. Prosedur ujian ini khusus untuk melihat ruang rahim dan juga saluran peranakan menerusi gambar X-ray. Sebelum gambar X-ray diambil, satu jenis cecair khas atau contrast medium disuntikkan ke dalam pangkal rahim dan selepas itu beberapa gambar X-ray diambil. Ujian ini biasanya dilakukan sebaik sahaja berhenti darah haid tetapi sebelum waktu subur. X-ray yang dilakukan selepas waktu subur dikhuatiri akan memberi kesan buruk kepada bayi sekiranya berlaku kehamilan akibat terdedah kepada bahangan atau sinar X-ray.

Semoga tulisan bulan ini sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran yang lebih jelas kepada anda berhubung dengan anda dan kesuburan.


Resepi AYAM GORENG Kedai Mamak

1 ekor ayam (potong 4 atau 6 )
5 sudu makan pes bawang putih
5 sudu makan pes halia
5 sudu makan serbuk cili
2 sudu teh serbuk ketumbar
2 sudu teh serbuk jintan manis
1 biji telur
Tepung beras secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Daun kari (digoreng sekejap dan ditabur pada ayam)


Caranya:

1. Gaul ayam bersama pes bawang putih, pes halia, serbuk ketumbar, serbuk ketumbar dan garam hingga sebati.

2. Perap selama 30 minit.

3. Kemudian salutkan ayam dengan telur dan tepung beras.

4. Panaskan minyak dan gorengkan ayam dalam deep fryer pada suhu 160 darjah celsius selama 15 minit atau hingga masak.

5. Angkat dan toskan. Taburkan dengan daun kari goreng dan sedia untuk dihidangkan.

Rabu, November 24, 2010

Petua Meringankan Sakit GOUT

Ambil sekeping kaktus dan kupas kulitnya. Bungkus isi kaktus dengan daun pisang dan panaskannya diatas api sederhana besar selama 5 minit. Sejukkan sedikit dan tampalkan pada bahagian yang sakit. Amalkan setiap hari.

Petua Mengatasi Penyakit Susah Tidur

Masalah susah tidur atau insomnia lebih banyak menyerang wanita dan semakin tua seseorang itu, semakin mudah menghidap insomnia. Tidak ada jumlah tidur normal yang tetap. Sesetengah orang perlu tidur selama 10 jam pada waktu malam, manakala ada yang segar dan cergas walaupun cuma tidur selama 3 jam. Masa tidur akan berkurangan apabila umur meningkat dan lazimnya orang dewasa tidur selama 7 hingga 10 jam, manakala bayi memerlukan tidur kira-kira 16 jam sehari. Golongan tua pula memerlukan tidur kira-kira 6 jam sehari. Kekurangan tidur bukanlah suatu masalah dan ia dengan sendirinya tidak dapat menjejaskan kesihatan seseorang. Apa yang penting ialah mencari sebab insomnia dan cara mengatasinya.

PETUA:

1. Jangan makan makanan berat pada waktu malam. Minum susu dan lakukan senaman ringan sebelum tidur.

2. Jangan menonton tayangan filem seram atau filem hantu sebelum tidur

3. Katil dan tilam anda mesti selesa

4. Anda perlu disiplinkan diri untuk menentukan waktu tidur dan bangun yang teratur

5. Jika anda susah tidur, bangun dan lakukan beberapa aktiviti ringan

6. Bangun pada waktu yang sama setiap hari tanpa mengira jumlah jam anda tidur

7. Jangan minum kopi atau teh sebelum tidur

8. Jangan biarkan otak anda berkecamuk dengan pelbagai masalah sebelum tidur

9. Jangan fikirkan hal-hal pejabat, bisnes, cinta dan bajet yang mungkin merunsingkan

Selasa, November 23, 2010

Hati seorang wanita...

Wahai kaum Adam,,

Cinta adalah suci dan cinta yang hakiki adalah kepada Tuhan Sang Penciptamu...

Cintailah dari kaum Hawa seorang wanita dengan tulus, ikhlas dan sepenuh hatimu...

Janganlah pernah kau sakiti hatinya...

Hati seorang wanita yang lebih menghormatimu,, yang lebih tunduk padamu melebihi dari orang tuanya sendiri...

Hati seorang wanita yang patuh atas setiap perintahmu dari pada siapa pun juga..

Hati seorang wanita yang menerima mu apa adanya dirimu..

Hati seorang wanita yang menjaga kehormatannya dan kesuciannya demi dirimu... Ingatlah bahwa kedudukan seorang wanita amatlah sangat diagungkan...

Ingatlah bahwa surga itu ada di telapak kaki seorang wanita... ialah IBU..

Ingatlah perjuangannya mempertahankan hidup... melawan kematian ketika melahirkan buah hati... dari mu dan demi mu..

Berikanlah ia bimbingan dan tuntunan kejalan yang benar...

Ibarat sebuah besi yang bengkok maka harus dipukul dulu hingga ia dapat menjadi lurus kembali...

Hukumlah apabila patut dihukum dengan hukuman sesuai dengan syariat...

Sungguh...

Hati seorang wanita mengharapkan dirimu menjadi pendampingnya agar dapat membawamu bersamanya menuju surga... tempat keabadian yang didambakan semua insan...

Erti Disebalik Kesetiaan

Erti Disebalik Kesetiaan

Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…

Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…
Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, janganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia.

Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…

Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…

Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk wanita atau lelaki yang baik…

Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk wanita atau lelaki yang tidak baik…

Pilihan adalah di tangan anda…

Sabtu, November 20, 2010

Petua Supaya Sentiasa DiKasihi SUAMI

Amalkan doa ini agar anda sentiasa dikasihi dan disayangi suami. Amalkan setiap hari selepas menunaikan solat fardhu 5 waktu.

 Surah Ali Imran 3 : Ayat 31

Terjemahan/Maksud:
Katakanlah ya Muhammad! "Jika kamu mengasihi Allah, maka hendaklah kamu mengikuti aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Penyayang."


Petua Untuk Melembutkan Hati SUAMI
 
Zikir Pelembut Hati  - Zikir ini elok diamalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut

1. Ya Aziz
2. Ya Jabbar
3. Ya Mutakabbir

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekiranya suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan.

4.Amalkan juga doa ini:  "Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"


Petua Penguat Tenaga Batin Lelaki
Ambil madu tualang asli 4 sudu teh, sebiji kuning telur ayam kampung dan lada hitam 5 biji (ditumbuk). Campurkan semuanya dan makan ramuan ini diwaktu pagi sebelum sarapan pagi.

Petua Untuk Lelaki MANDUL

1. Pakai seluar dalam atau pita untuk mengikat stoking (suspender) yang longgar sahaja kerana penggunaannya yang  ketat juga boleh menindas pembentukan benih-benih lelaki. Seluar dalam yang ketat menyebabkan buah zakar melekat pada badan, yang mana sukatan suhunya adalah lebih panas daripada buah zakar.
2. Selepas pulang dari bekerja, rendam buah zakar dalam air sejuk sekurang-kurangnya 10 minit. Amalan ini dipercayai boleh meningkatkan bilangan benih

3. Lakukan hubungan seks pada waktu isteri tengah subur. Ini penting lebih-lebih lagi pada hari ke-14 selepas hari pertama datang bulan

4. Berhenti merokok. Merokok menyebabkan 23 peratus penurunan dalam pekatan sperma dan 13 peratus kemerosotan dari segi pergerakan sperma

5. Elakkan penggunaan pelincir faraj kerana kebanyakannya boleh menyebabkan keracunan sperma, terutamanya pada waktu-waktu subur wanita

6. Bersenam  seperti aerobik membantu meningkatkan  penghasilan sperma yang meningkat

7.  Hindari suhu panas yang boleh menyebabkan pengeluaran sperma terjejas

8. Makan makanan berzat yang mengandungi pelbagai jenis vitamin. 

Seleksi Petua untuk Menurunkan Darah Tinggi

1. Minum air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.

2. Minum air rebusan daun Pokok Ati-ati.

3. Makanlah biji buah Peria.

4. Makan pucuk Pokok Pala sebagai ulam.

5. Minum air rebusan Pokok Dukung Anak.

6. Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya.

7. Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan 2 gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang.

8. Makan 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.

9. Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah 2 sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.


JODOH....

Jodoh terbahagi kpd 3, iaitu :

1) JODOH DARI SYAITAN :
Iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.

2) JODOH DARI JIN:
Iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya... lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.

3) JODOH DARI ALLAH:
Iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu, lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu... kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH... bercinta sampai ke syurga... itulah syurga cinta... tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan..

Semoga kawan-kawan semua bertemu jodoh dari ALLAH.. jodoh yang membawa kepada kebahagiaan dunia dan akhirat... InsyaALLAH

P/S: JODOH ITU ADALAH RAHSIA ALLAH...
KITA SEBAGAI UMATNYA HANYA MAMPU MERANCANG.....

Jumaat, November 19, 2010

~Oh Ibu~

Semasa kita berumur 1 tahun, ibu menyuapkan makanan dan memandikan kita. Tapi kita hanya membalasnya dengan menangis sepanjang malam..

3 tahun, ibu menyediakan dan menyuapkan kita dengan makanan yang penuh lazat dan berzat. Namun kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke lantai...

4 tahun, ibu membeli krayon untuk mengajar kita lukisan. Tapi kita membalasnya dengan menconteng dinding di rumah..

5 tahun, ibu membeli kita baju raya yang baru di Hari Raya. Namun kita mengotorkannya apabila kita jatuh ke dalam lopak..

7 tahun, ibu menghantar kita ke sekolah. Tapi kita mengatakan dan menjerit.."TAK NAK"..

10 tahun, ibu menghantar kita pergi menghadiri kelas tusyen, bershopping, ke rumah kawan. Namun, kita tidak pernah toleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih...

11 tahun, ibu membelikan kita sebiji bola sepak. Tapi kita membalasnya dengan memecahkan cermin tingkap rumah jiran kita...

12 tahun, ibu sentiasa menasihatkan kita agar jangan tengok tv selalu. Namun, kita tidak mengendahkanya lagi-lagi bila ibu tiada di rumah..

13 tahun, ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan. Tapi kita membalasnya dengan mengatakan "IBU NI TAKDE TASTELAH!!"

16 tahun, ibu inginkan dakapan daripada kita setelah penat dan baru balik daripada kerja. Namun kita membalasnya dengan mengunci diri kita di dalam bilik dan bersendirian...

17 tahun, ibu menangis kegembiraan apabila kita mendapat keputusan yang cemerlang. Tapi kita tidak pulang ke rumah sampai lewat malam kerana celebrate dengan kawan-kawan..

19 tahun, ibu membelanjakan wang yang banyak untuk kita masuk universiti dan mengangkat beg kita dengan penuh rasa kasih dan sayang. Namun,kita membalasnya dengan menyalam ibu di luar dorm kerana malu nampak dek kawan-kawan..

20 tahun, ibu bertanya sama ada kita mempunyai gf/bf? Tapi kita membalasnya dengan mengatakan.."KEPOHLAH IBU NI!"..

21 tahun, ibu bertanya apa cita-cita kita? Namun kita menjawabnya.."BUKAN MACAM IBU!!"..

23 tahun, ibu membelikan kita baju baru kerana kita mendapat kerja baru. Tapi kita membalasnya dengan mengatakan kepada kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana ibu yang belikan..

25 tahun, kita berumahtangga dan ibu menangis kegembiraan dan berkata ibu sayang dan kasih kepada kamu. Namun,kita membalasnya dengan berpindah dan berjauhan dengan ibu sejauh 300km..

27 tahun, ibu menelefon kita dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi. Tapi kita membalasnya dengan mengatakan "ZAMAN SEKARANG LAINLAH BU!!"

40 tahun, ibu menelefon dan memberitahu ada kenduri di kampung. Namun kita membalasnya dengan mengatakan.."SAYA SIBUKLAH BU SEKARANG NI!!"...

50 tahun, ibu sakit dan memerlukan penjagaan dan kasih sayang kita.. Kita balik melawatnya dengan membawa buah epal dan merungut tentang kesibukan di tempat kerja..dan segera balik ke kota..

Satu hari, ibu meninggal dunia.. Sempatkah kita membalas jasa ibu? Berbaloikah jasa ibu ke atas kita? Sedangkan kita langsung tidak mebalas budinya.. Sayangilah ibu sebelum dia pergi meninggalkan kita. Meninggalkan dunia, meninggalkan kenangannya bersama kita. Sedangkan dia telah pergi menemui cinta suci... cinta hakiki.. cinta teragung..

Memelihara dan menjaga cinta sejati




Cinta bukanlah daripada kata-kata tetapi segumpal keinginan yang diberikan kepada hati yang memerlukan.

CINTAILAH seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Malah, kisah lampau yang berlaku tidak perlu diungkit lagi sekiranya hati benar-benar menyintai dirinya.

Sememangnya hidup bercinta dan untuk dicintai amat mudah, tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai sukar diperoleh. Ikuti tip bagi memelihara cinta sejati.

1. Pilih pasangan yang sesuai
 Janganlah sesekali jatuh cinta dengan seseorang yang sangat berpotensi. Wang dan rupa bukannya penyuntik cinta sejati. Terlalu banyak pasangan memilih teman hidup yang sebegini dengan harapan mereka berpeluang menikmati segalanya. Secara jujur, tanyalah pada diri sendiri: "Dapatkah aku mencintai dia dengan cara yang sebenarnya tanpa harapan untuk berubah?" Jika tidak, buatlah keputusan untuk cari yang lain.

2. Jangan terburu-buru

Jangan menurut kehendak nafsu seks. Pasangan yang melakukan hubungan seksual akan mencipta suatu keintiman yang salah dan boleh menuju ke arah kekecewaan.

3. Percaya akan kelemahannya

Jangan mengabaikan keputusan untuk memiliki sesuatu hubungan atau perkara yang diingininya. Misalnya, jika pasangan membuat suatu penyataan seperti, 'saya tidak melaksanakan komitmen dengan baik," percayalah dia.

Anda seharusnya tanya pada diri sendiri; 'adakah dia sudah bersdia menghabiskan waktu untuk aku atau semata-mata untuk hobinya kemudian baru mengingati aku.'

4. Tutup mulut
Jangan cuba menceritakan tentang keburukan atau kelemahan pasangan kepada rakan. Bertanggung jawab dalam mengungkap perasaan anda terhadapnya dan saling merahsiakan antara satu sama lain. Cara sebegini dapat mengelakkan daripada berlakunya sesuatu konflik dan hubungan emosional anda berdua.

5. Terima seadanya
Terima pasangan dengan niat hati yang ikhlas. BUkan hanya sewaktu bercinta, pada awal perkahwinan dan sewaktu berbulan madu, tetapi amalkan date night sekali seminggu.

6. Jadi pemerhati
Bersikap pemerhati terhadap pasangan. Cubamemerhati dan memahami tingkah laku dan pemikirannya. Paling penting, sentiasa mengambil berat setiap apa yang berlaku. Ini mengelakkan daripada pasangan berani menipu dan cuba melakukan sesuatu di luar jangkaan.

7. Buktikan siapa diri anda
Fokus pada setiap perkara yang anda gemari dan tidak daripada pasangan, serta cuba berbincang cara bagaimana menyelesaikan masalah tersebut berdua.

8. Mr . Right kembali
Sedang asyik bercinta, orang yang pernah berpaut di hati anda suatu masa dahulu, tiba-tiba muncul di hadapan. Bagi anda yang menghadapi masalah sebegini, adalah suatu perkara sukar untuk diselesaikan, bukan?

Perasaan buntu dan bercelaru tentunya datang dan memaksa diri membuat keputusan. Buat keputusan agar tidak menyintainya lagi. Lupakan segala sejarah silam dengan memulakan kehidupan dan cinta baru.

9. Bukan perigi cari timba atau timba cari perigi
Anda tidak pernah merakan bahawa cinta sejati seperti objek yang keras atau seolah-olah berke! lakuan syok sendiri. Malah, anda haruslah sama-sama berinteraksi dan berbincang terhadap apa yang berlaku dalam perhubungan.

10. Hargailah diri sendiri dan pasangan
Hubungan yang sihat akan meningkatkan penghargaan diri dan pasangan. Untuk memperoleh hubungan yang lebih harmoni, setiap pasangan perlu menghargai diri sendiri dengan cuba mengungkapkan kata-kata romantis atau lakukan sesuatu kejutan terhadap dirinya

Petua Untuk Bakal Pengantin Perempuan

Cuti skola dh bermula... lps ni... apalg.. berderetlah kad jemputan kahwin yg kita akan terima.. blm campur ngan 'Jemputan Mulut' lagi... Anda semua mcm mana... dh byk dpt kad jemputan gak ke.. atau... anda sendiri yg jd bakal pengantin... ahaks

Kpd sesapa yg bkl mnjd raja sehari tu atau ada sedara mara atau adik beradik yg bkl menjadi raja sehari... kt sini sy nak share bhn yg sy jumpa di internet ttg persiapan tuk mnjd raja sehari... Jom.. kita cuba...

Terdapat beberapa petua yang menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati untuk diamalkan oleh para bakal pengantin perempuan dalam melengkapi proses rawatan tradisional sebelum melangkah ke jinjang pelamin.

Bunga Mawar Untuk menaikkan seri muka, bakal pengantin boleh mengamalkan petua memakan kelopak bunga mawar selama 44 hari sebelum tarikh perkahwinan. Dahulukan dengan bacaan selawat ke atas nabi, Fatihah dan ayat Nabi Yusof sebelum memakannya.

Timun Lekapkan mata dengan hirisan timun selama 1/2 jam. Petua ini juga dapat menghilangkan lebam pada bawah mata serta menghilangkan rasa lesu dan letih. Ia juga berguna untuk menegangkan otot bawah mata.

Lobak Lobak yang kaya dengan serabut dan vitamin E berfaedah bagi menghilangkan parut dan menaikkan seri muka. Ia turut sesuai untuk meningkatkan kelembapan pada kulit kering. Parutkan lobak dan ratakan pada wajah seperti mask. Biarkan untuk setengah jam.

Tomato Bagi masalah kulit kurang bermaya, gunakan tomato yang telah diasingkan bahagian dalamnya. Sapukan lendir dan biji di dalamnya pada seluruh wajah, lalu dibiarkan sehingga kering sebelum dibilas

Avocado Bagi masalah kulit berminyak dan kandungan zat lemak berlebihan pada pipi serta wajah, anda boleh mencuba buah Avocado yang ditempek isinya pada seluruh wajah. Rawatan ini mampu menghalang tumbuhnya jerawat baru.

Limau Purut Bagi menghitamkan rambut dan menghilangkan kelemumur, sapukan hirisan limau purut pada rambut di kepala. Limau purut juga juga dapat mencantikkan kuku dengan menyapukan jusnya pada kuku secara kerap



Khamis, November 18, 2010

10 PETANDA DIA JODOH KITA.......

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Kejujuran bukan perkara yang bolehdilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati.



5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


Rabu, November 17, 2010

10 tabiat rosakkan otak

1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Dilemaku... (ahaks... skdr berkongsi cite kt tenet nih..)

Selalu ku sakiti hatimu... selalu ku buat kau kecewa... tapi kasih sayang dan perhatianmu tak pernah sedikitpun berkurang...

Meskipun kau tau aku tlah bersamanya tapi rasa sayangmu yang kau berikan padaku tak pernah bisa putus...

Kau selalu ada untukku... dalam hal sesulit apapun... dalam segala situasi yang aku alami...

Kurasa ini tak adil untukmu dan untuknya... tak bisa ku jalani kisah 2 asmara... kusadari, tak akan ada yang mau menjalani kisah cinta dengan kebohongan dan perselingkuhan... berkali2 kucoba untuk ku jauhi dirimu... berkali2 ku sakiti hatimu... Masih saja kau ada di setiap ku butuhkan...

Tak mungkin ku akhiri percintaan dengannya... Karna cermin masa depan sudah dapat ku lihat bersamanya...

Tak bisa ku jauhi kau... aq tak bisa berpisah denganmu... Karna rasaku memang ada untukmu...

Aku dilema,,,

Sampai kapan semua ini harus terjadi???

Sampai kapan situasi ini tetap bertahan???

Untukmu pacarku,,, ku mohon kau mengerti akan keadaanku... status kita belum resmi...untuk itulah aku belum bisa memantapkan hatiku padamu...

Untukmu sephiaku... ku mohon maafkan aku yang tlah menyakitimu... karna memang dialah yang jelas2 jadi kekasihku...

Jangan paksa aku untuk mengikuti semua keinginanmu layaknya kau kekasihku...karna itu tak mungkin kulakukan... karna aku memang miliknya....

Petua Gaya Rambut dan Bentuk Tubuh

Wanita Tubuh Kurus
Potongan rambut seharusnya dapat memperlihatkan wajah kelihatan berisi. Untuk tampil feminin, rambut paras bahu, berombak dan dipotong layer sesuai untuk mereka bertubuh kurus. Bagaimanapun, elakkan menggayakan rambut panjang lurus kerana ia akan membuatkan anda lebih kurus. Rambut pendek pula membuatkan anda kelihatan lebih maskulin.

Wanita Tubuh Berisi
Rambut yang tidak terlalu panjang (melepasi bahu) dengan layer pada sisi kiri dan kanan rambut boleh membuatkan anda kelihatan kecil. Elakkan potongan rambut yang terlalu pendek, terlalu panjang, kerinting dan bergelombang kerana ia membuatkan tubuh kelihatan bertambah besar.

Wanita Tubuh Kecil atau Mungil

Rambut lurus yang halus sesuai dengan anda. Panjang rambut tidak terlalu pendek dan tidak terlalu panjang. Rambut pendek dengan layer dan gelombang pada bahagian atas kepala juga sesuai.

WanitaTubuh Tinggi
Wanita yang bertubuh tinggi tidak menghadapi sebarang masalah untuk menggayakan apa saja gaya rambut. Gaya rambut berombak dan beralun semulajadi boleh merubah penampilan anda kelihatan feminin.

Ibadat korban antara kaedah umat Islam tebus dosa

Hikmah amalan sembelih haiwan bantu individu kikis sikap bakhil, wujudkan kerjasama

 KITA kini melangkah ke bulan terakhir dalam takwim hijrah iaitu Zulhijjah. Pada bulan ini Allah SWT menganugerahkan kepada kita satu lagi hari kebesaran Islam iaitu Hari Raya Korban atau Aidiladha.  Dalam kegembiraan menyambut Hari Raya Korban itu, umat Islam yang berkemampuan dituntut melakukan ibadat korban.
Ibadat korban bermaksud menyembelih binatang tertentu seperti unta, kerbau, lembu atau kambing pada hari ke-10, ke-11, ke-12 atau ke-13 Zulhijjah. Islam mensyariatkan ibadat korban berkenaan sebagai antara ibadat mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah SWT. Di samping itu, ia mengingatkan kita terhadap kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sebagai satu ujian daripada Allah SWT kepada hamba-Nya yang taat.

Banyak hadis menekankan keutamaan ibadat korban ini. Antaranya ialah hadis diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah ra. bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Tiada sesuatu amalan anak Adam pada Hari Raya Haji yang lebih disukai oleh Allah SWT daripada menumpahkan darah (ibadat korban). Bahawasanya ia (binatang yang dikorbankan itu) datang pada Hari Kiamat dengan tanduk, bulu dan kukunya dan bahawasanya darah (korban itu) mendapat tempat yang mulia di sisi Allah SWT sebelum darah itu tumpah ke bumi. Oleh kerana itu hendaklah kamu berkorban dengan hati yang bersih.” (Riwayat al-Tarmizi)

Melalui hadis ini jelas bahawa korban adalah ibadat atau amalan yang disukai Allah SWT. Maka sudah tentu ia mendapat kemuliaan di sisi Allah SWT pada Hari Kiamat.

Justeru, melakukan ibadat korban menambah lagi amalan kebajikan yang kita lakukan, di samping menjadi penebus dosa kita.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Wahai Fatimah! Berdirilah di sisi korbanmu dan saksikan ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosamu yang lalu.” (Riwayat al-Bazzar dan Ibn Hibban)

Dipetik daripada Kitab Sabilal Muhtadin Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Perbesarkanlah korban kamu, kerana ia menjadi tungganganmu di atas titian siratulmustakim pada Hari Kiamat nanti.”

Begitulah besarnya ganjaran diberikan kepada orang yang melakukan korban. Allah SWT menjanjikan kebaikan kepada orang yang melakukannya dan ia menjadikan binatang sembelihannya itu sebagai tunggangan untuk meniti al-Sirat pada hari akhirat kelak.

Walaupun pada zahirnya ia cuma mengorbankan binatang sembelihan, jika dikaji dengan teliti, ia adalah ujian Allah SWT dalam melatih kita supaya sentiasa bersedia berkorban jiwa dan tenaga demi menegakkan agama Allah SWT di muka bumi ini.

Selain itu, ia juga ujian bagi melihat sejauh mana kita mensyukuri nikmat kemewahan yang dikurniakan Allah SWT.
Betapa Rasulullah SAW ketika hayat baginda dan juga sahabat sanggup mengorbankan harta, menggadai nyawa semata-mata mendaulatkan agama, inikan pula amalan yang cuma mengorbankan secebis harta demi mensyukuri nikmat yang diterima.

Ingatlah setiap pengorbanan yang kita lakukan hendaklah disertakan dengan niat ikhlas semata-mata kerana Allah SWT. Seandainya ibadat korban yang kita lakukan dicemari dengan sifat riak, takbur, membangga diri dan menunjuk-nunjuk kemampuan, maka tertutuplah rahmat Allah SWT dan nescaya sia-sia ibadat korban itu.

Rasulullah SAW amat menyukai amalan berkorban sehinggakan baginda sentiasa menyarankan sahabat melakukan ibadat korban pada setiap Hari Raya Korban.

Justeru, amalan korban itu bukan saja mempunyai kelebihan yang besar, bahkan dilihat dari sudut kerohanian, ia juga dapat mengikis sifat bakhil untuk membelanjakan harta ke arah kebaikan sekali gus membantu mereka yang kurang bernasib baik dengan memberi kegembiraan dan kesenangan dalam hati orang yang menerima terutama kepada golongan fakir miskin bagi turut merasai keriangan hari raya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami menundukkan unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur.” (Surah al-Hajj ayat 36)

Melalui amalan ibadat korban ini jelas terbukti ia dapat mewujudkan semangat kerjasama serta saling bantu-membantu di antara semua pihak, sama ada pihak yang melakukan korban mahupun pihak yang menerima.


 

Selasa, November 16, 2010

Tak Balik Kampung Ke? Emak Kat Kampung Apa Khabar?

Petua Balik Kampung – Hanya Peringatan Sahaja
1. Pastikan anda mengemas segala baju-baju/kasut/tudung  dan lain-lain barang sebelum pulang ke kampung. Kalau hendak berpatah balik sikit punya jauh.
2. Pastikan juga anda tidak lupa membawa peralatan kecil seperti charger h/phone, berus gigi, shampoo, sikat, pin tudung, hanger dan lain-lain yang anda rasa perlu untuk anda/keluarga guna.
3. Servis kenderaan anda dulu. Pastikan semua peralatan tambahan ada dalam kereta anda seperti  spanar, tayar spare dan lain-lain.
4. Jangan lupa membawa segala peralatan elektronik anda seperti  laptop, handphone, broadband, mp3, mp4  dan lain-lain.
5. Bagi anda yang ada binatang/haiwan peliharaan seperti kucing, hamster, ular atau kura-kura, jangan lupa tinggalkan mereka dengan stok makanan untuk jumlah hari yang anda tinggalkan rumah.

Isnin, November 15, 2010

Nikmat berhenti merokok

“BERHENTILAH merokok. Simpan duit itu untuk buat kebaikan,” pesan Mohammad Ameen, 30, bekas perokok tegar yang mula merokok sejak belasan tahun lagi itu.

Lelaki yang berasal dari England Utara itu pernah membelanjakan sehingga RM30 sehari untuk menampung kos ketagihannya itu.

Namun, pada bulan Ramadan 2008, beliau memutuskan untuk berhenti sepenuhnya menghisap 25 batang rokok sehari yang selama ini dilakukannya itu.

“Seorang cendekiawan memberitahu saya merokok itu haram kerana apabila seseorang itu merokok dia sebenarnya sedang memusnahkan dirinya sendiri.

“Kita semua tahu bahaya merokok jadi memang benarlah kita merosakkan tubuh kita.

“Tambahan pula, pakar perubatan mengatakan perokok sebenarnya sedang membunuh diri dengan perlahan,” ujarnya.

Bagaimanapun, ketika memutuskan untuk berhenti merokok, Mohammed Ameen sudah pun memasang niat yang besar.

“Ketika saya memutuskan untuk berhenti merokok saya juga berjanji untuk menggunakan wang perbelanjaan untuk rokok itu untuk melakukan penghijrahan spritual yang paling besar dalam hidup saya, iaitu mengerjakan haji,” kata Mohammed Ameen.

Kokain

Akuinya, sukar sekali untuknya berhenti merokok. Namun, Mohammed Ameen nekad bahawa ia bukan sesuatu yang mustahil untuk dilakukan walaupun adakalanya beliau sendiri berasa ragu-ragu usaha itu akan berhasil.

“Ia merupakan satu usaha yang paling sukar saya pernah lakukan dalam hidup saya kerana saya sangat seronok menghisap rokok, setiap batang yang pernah saya hisap.

“Jadi ketika berhenti merokok, ia amat sukar. Tetapi kerana saya sudah nekad dan sanggup mengharunginya, akhirnya saya berjaya juga.

“Selepas dua tahun, rasa mengidam untuk menghisap rokok sudah hilang tetapi keinginan itu masih ada. Keluarga saya juga sangat gembira apabila mereka tahu saya sudah berhenti merokok.

“Tak sangka saya berhabis sehingga RM14,991 untuk merokok dalam setahun!” luahnya.

Biarpun berat untuk ditanggung, Mohammed Ameen berasakan keputusan untuk berhenti merokok merupakan keputusan terbaik yang pernah dilakukan dalam hidupnya.

“Saya tahu pada bulan Ramadan ramai yang cepat-cepat merokok sebaik saja berbuka puasa. Tetapi kalau difikirkan sejenak, selepas menahan diri daripada merokok selama 18 jam kenapa tidak dilanjutkan tempoh itu sehingga 24 jam?

“Daripada menggunakan duit itu untuk melayan ketagihan seperti itu, lebih baik gunakannya untuk kebajikan.

“Ramai yang tidak sedar ada begitu banyak bahan kimia dalam sebatang rokok. Sejumlah 85 peratus daripada kes kanser paru-paru berlaku disebabkan tabiat merokok.

MOHAMMED AMEEN

“Malah, bukan perokok saja yang menderita, orang di sekelilingnya juga menyedut toksin berbahaya ketika berada dekat dengan mereka,” kongsi Mohammed Ameen.

Pada hari ini, Mohammed Ameen sudah berada di bumi Mekah dan bersedia untuk mengerjakan haji.

Malah, Penasihat Kesihatan Berhenti Merokok NHS itu kini menggunakan pengalamannya itu untuk menasihati perokok tegar yang lain agar mempertimbangkan keputusan untuk berhenti merokok.

“Saya bermula sebagai sukarelawan di sini tetapi kemudian saya berasa saya boleh memberi nasihat kepada orang lain.

“Memanglah saya sendiri berhenti merokok secara mengejut tanpa menggunakan sebarang bentuk gantian namun saya harap orang lain akan menggunakan apa jua bentuk bantuan yang diperlukan untuk berhenti merokok.

“Pergilah dapatkan nasihat daripada pusat-pusat pemulihan berdekatan tempat tinggal anda. Saya sudah berjumpa ramai perokok yang gagal berhenti merokok kerana mereka tidak mempunyai sokongan yang berterusan,” pesannya.

Sabtu, November 13, 2010

Merawat wajah

MENJAGA kebersihan wajah perlu menjadi rutin harian remaja. - Gambar hiasan

Jerawat adalah masalah yang dihadapi sebahagian besar remaja sekarang. Lebih-lebih lagi, apabila parut jerawat meninggalkan kesan pada wajah.

WAJAH adalah bahagian yang sering menjadi perhatian, khususnya wanita. Untuk tampil memiliki wajah yang halus dan sihat, kita seharusnya menjaga kulit wajah sejak dari awal lagi atau sebaik-baiknya sejak dari usia belasan tahun.

Aktiviti harian biasanya memerlukan setiap daripada kita bergerak aktif dalam melakukan pelbagai aktiviti. Hal itu menyebabkan mereka sering terdedah dengan debu dan cahaya matahari yang terik.

Disini disenaraikan beberapa tip bagi merawat wajah :

1. Basuh muka  - Seelok-eloknya basuh muka setiap hari dengan menggunakan pembersih wajah yang bersesuaian dengan kulit wajah anda.  

Elakkan membasuh wajah ketika anda berpeluh. Ia bertujuan bagi mengelakkan wajah anda ditumbuhi panau. 

Setiap kali bangun tidur, selepas melakukan aktiviti dan sebelum tidur adalah masa yang paling sesuai untuk remaja membersihkan wajah. 

Bagi yang memiliki kulit wajah berminyak, seelok-eloknya anda gunakan pembersih wajah yang mengandungi benzoil peroksida atau asid salisilik bersama penyegar.  Sementara untuk mereka yang memiliki kulit kering atau normal, sebaiknya menggunakan pembersih wajah yang lembut.

2. Gunakan krim pelindung matahari  - Umumnya, aktiviti luar yang dilakukan menyebabkan remaja sering terdedah di bawah sinaran matahari yang terik. Justeru, bagi mengelak pendedahan sinar matahari secara langsung yang boleh merosakkan kulit, gunakan krim pelindung matahari yang sesuai dengan tempoh waktu anda mendedahkan kulit wajah pada sinar mentari. Lagi lama anda terdedah pada sinar matahari, maka lebih tinggi SPF bagi krim pelindung yang digunakan.


3. Rawat kulit setiap hari  - Bagi remaja yang tidak menghadapi sebarang masalah kulit, tugas menjaga wajah akan menjadi lebih mudah. Mereka hanya perlu melakukan perawatan wajah iaitu pembersihan dan penyegaran pada setiap hari.

Jika kulit anda cenderung berjerawat, ada baiknya melakukan rawatan tambahan seperti berikut:

* Gunakan masker untuk jerawat seelok-eloknya seminggu sekali. Fungsinya untuk membuang lebihan lemak dan mengecilkan pori-pori (khusus untuk kulit berminyak).

* Menggunakan ubat jerawat yang sesuai dan pakai hanya pada bahagian wajah yang ditumbuhi jerawat.

* Perawatan Jerawat adalah masalah yang dihadapi sebahagian besar remaja sekarang. Lebih-lebih lagi, apabila parut jerawat meninggalkan kesan pada wajah.

* Aplikasikan krim antijerawat yang mengandung benzoil peroksida, asid glikolik dan asid salisilik ke bahagian yang bermasalah.

* Gunakan krim malam yang menghilangkan noda bekas jerawat.

* Pada waktu pagi, jangan lupa menggunakan krim pelindung matahari bebas minyak di seluruh wajah.

* Hindari daripada memicit atau menggaru wajah dengan menggunakan jari. Dalam kuku dan jari kita terdapat banyak kekotoran yang tidak diketahui dan ia boleh merosakkan wajah.

* Banyaklah minum air putih.

* Jika anda memiliki parut jerawat yang ketara, atasi masalah tersebut dengan menggunakan krim atau bedak asas.

* Jangan menggosok wajah. Kulit yang berjerawat adalah kulit yang mengalami iritasi. Jika anda menggosoknya, ia akan pecah dan pori-pori akan membesar.

* Jika masalah jerawat sudah sampai ke tahap teruk, segera berjumpa doktor bagi mengatasi masalah tersebut.

* Sebelum tidur malam, oleskan limau nipis atau tomato pada wajah dan bersihkannya pada keesokan hari. Ia boleh mengecutkan jerawat.  


BUAT KAUM ADAM ......

Lelaki acuan al-Quran ialah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Lelaki acuan al-Quran adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang menghormati ibubapanya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orangtua dan keluarga
Yang bakal menjaga... keharmonian rumahtangga
Yang akan mendidik anak anak dan isteri mendalami agama Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat

Lelaki acuan al-Quran sentiasa bersedia untuk agamanya
Yang hidup dibawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah SAW
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya

Lelaki acuan al-Quran tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana kuat membaca
Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki acuan al-Quran sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup didunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang tidak mudah terpesona Dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan Syurga,Disitulah rumah impiannya

Bersama wanita acuan al-Quran
Disitulah rumah impiannya
Bersama wanita acuan al-Quran"




Petua Mengelakkan BIBIR Menjadi Kering

Bibir yang kering akan membuatkan penampilan seseorang wanita tidak menarik. Anda mungkin kelihatan lesu atau tidak bermaya. Ia juga akan menyebabkan anda sendiri berasa tidak selesa dengan bibir anda dan anda juga akan cenderung untuk menjilat bibir anda untuk melembabkannya, sedangkan tindakan itu sebenarnya akan menyebabkan bibir menjadi semakin kering.

1. Sapukan krim khas untuk merawat  bibir seperti  lip balm agar kelembapan bibir terpelihara.
2. Anda juga boleh menyapukan satu lapisan nipis madu sebelum tidur.
3. Atau anda juga boleh menggunakan mentega, marjerin atau minyak zaitun.
4. Jangan menggunakan lipstik atau lip balm yang sudah berusia lebih 1 1/2 tahun, atau barang tiruan atau yang melebihi tarikh luputnya.
5. Jangan menanggalkan kesan kulit kering dengan jari. Ia boleh menyebabkan bibir anda nampak lebih parah. Untuk merawatnya, lembapkannya dengan tuala basah yang telah dibersihkan dengan air suam, kemudian tanggalkannya dengan perlahan sehingga kulit yang kering  tidak lagi kelihatan.
6. Jangan tinggalkan terus amalan menyapu pelembab pada bibir untuk memastikan bibir anda sentiasa segar dan mulus. Seminggu sekali berus dengan lembut  bibir anda dengan berus gigi untuk membuat sel-sel kulit mati. Amalkan selalu jika anda inginkan bibir yang menawan.
 

Resepi Udang Bersos Pedas Masam Manis

Bahan-Bahan A:
300 gm udang dibuang kulit
3 sudu makan minyak masak
1 sudu teh tepung jagung dibancuh
1 biji telur
2 tangkai daun bawang dipotong
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-Bahan B (dipotong):
1 biji bawang besar
3 cm halia muda
2 biji cili padi
2 biji bawang putih

Bahan-Bahan C:
3 sudu makan sos tomato
2 sudu makan cuka
2 sudu makan gula
1 sudu makan sos plum
1 sudu teh sos Lea & Perrins
125 ml air

Caranya:
1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng kesemua bahan-bahan B sehingga warnanya kekuning-kuningan.
2. Masukkan bahan-bahan C dan biarkan ia mendidih.
3. Selepas itu masukkan udang dan kacau rata.
4. Akhir sekali masukkan air tepung jagung dan telur. Masak selama dua minit dan hiaskan dengan daun bawang.

Jumaat, November 12, 2010

Bila isteri dah tak cantik.....

Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri... Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung2 kan lah.

Kisah benar yang terjadi kepada seorang isteri... dan ceritanya bermula begini..
 
"Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal ... setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja..

Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya.. tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya. Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya, biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhirnya berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsangan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang dilihat cantik, menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain. Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja, kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, perut saya pula tebal, tidak menarik... bila di rumah hanya bert-shirt dan berkain batik.

Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah dan anak-anak. Tiada topik menarik seperti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik, carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama, memang saya di lahirkan begini... kedua, saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri... ketiga, saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya... walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal... jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya tidaklah duduk meratap.. tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.

PS (Pendapat Aku) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah .

"Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, btp besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg t'jawab utk anda memperbaikinya....InsyaAllah......."