Rabu, November 03, 2010

Pernah dengar pasal sifilis?

Apa itu sifilis?

Mungkin rata-rata antara kita sudah tahu, tp tak mengapa..sy terangkan sekali lg..  Sifilis adalah jangkitan bakteria disebabkan oleh perhubungan seksual.  Sifilis boleh menyerang kawasan seperti organ seksual, mulut dan dubur..

Apa petanda 'terkena' sifilis?

Akan terdapat kesan seperti ulcer pada bahagian kemaluan lelaki @ wanita.  Selain itu, terdapat juga pembengkakan pada kawasan kelenjar testis anda.  Anda juga akan mengalami demam, sakit tekak, lenguh badan dan ulcer pd mulut.


Apakah bakteria sifilis?

Bakteria yg menyebabkan sifilis adalah Treponema pallidum. Bakteria ini merupakan sejenis gram negatif bakteria.


Tahu tak anda, bagaimana merawat sifilis?

Sebenarnya mudah sahaja merawat sifilis jika kita dpt mengesannya dari awal.

Tapi rata-rata org kita malu nak berjumpa doktor. Tunggu dah buruk 'menda' tu baru nak jumpa doktor...  Sifiilis boleh dirawat dgn antibiotik jenis penicillin. Dan rawatan antibiotik dalam masa seminggu dpt menyembuhkan sifilis..


Bagaimana jika tidak dirawat?

Bahaya. Sifilis boleh merebak kedalam sistem salur darah kita. Dan bakteria ini boleh menyerang dan merosakkan organ2 dalaman yg penting seperti buah pinggang, jantung dan otak.

Nasihat saya?

Jika ada keraguan pada 'barang' anda, segera berjumpa doktor!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan