Ringan Tulang - Jangan jadi tuan di rumah dengan memerhatikan sahaja isteri melakukan semua kerja rumah. Sesekali, ringankan tulang membantu bakal isteri menyiapkan meja makan.
Ambil Hati Isteri - Beri kata pujian terutama apabila masakan pilihannya untuk menyediakan masakannya memang enak. Jangan diperbesarkan hal yang kecil sedangkan ia boleh diselesaikan sendiri oleh si suami. Contohnya masakan kurang garam atau minuman tawar. Jangan terlalu manjakan diri kerana isteri bukannya orang gaji.
Tunjukkan Kasih Sayang - Bekerja seharian dan kemudian melakukan kerja di rumah memang memenatkan. Oleh itu, anda harus faham jika isteri kurang melayan suami. Apabila lihat isteri keletihan, urutkan badan dan kakinya. Tunjukkan kasih sayang sebagai suami. Sentuhan dan belaian suami mampu menjadi dorongan untuk isteri melakukan kerja rutinnya tanpa keluhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan