Khamis, November 25, 2010

Koleksi Petua Untuk Menghilangkan JERAWAT

Pilihan 1:
a) Campurkan air limau nipis dengan 1 sudu minyak masak. Sebelum anda tidur, sapukan campuran tersebut ke seluruh muka anda.

b) Sekiranya anda berasa pedih, ia hanya sementara sahaja. Keesokkan harinya, ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas. Setelah sejuk atau suam, basuhlah muka anda dengan air tersebut.

c) Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda. Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Biarkan beberapa minit, kemudian basuh dengan air biasa. Muka anda akan menjadi licin dan bersih.

Pilihan 2:
Campurkan beberapa sudu tepung ubi kayu dengan air asam jawa. Kemudian sapukan ke muka anda. Amalkan selalu seperti anda mengamalkan penggunaan bedak sejuk. Muka anda akan bertambah cerah dan lembut serta tidak berjerawat lagi.

Pilihan 3:
a) Ambil 3 jenis akar kayu iaitu akar bunga melur, akar bunga cina dan akar kitam guri serta seketul kemenyan. Jika sukar mendapatkan ketiga-tiga akar ini, memadailah dengan dua jenis sahaja.

b) Semua akar tersebut diasah di buntut pasu dengan sedikit air. Sapukan ke seluruh muka anda sebagai bedak sejuk.

c) Anda juga boleh campurkan dengan bedak sejuk atau dengan lendir daun lidah buaya. Selain diasah, ia boleh juga dikeringkan kesemua akar itu dan dikisar bersama kemenyan.

Pilihan 4:
PARUT temu lawak mengikut keperluan , kemudian campurkan dengan sedikit gula melaka . Ambil 3/4 suku gelas air masak dan campurkan dengan sedikit asam jawa dan 3 biji bawang merah yang ditumbuk lumat . Bancuh kesemua bahan tadi sehingga sebati, kemudian tapis . Minumlah airnya beberap kali , kemudian barulah dirawat kulit muka anda dengan petua lain yang telah diberikan .

Pilihan 5:
AMBIL sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air .

Setelah campuran itu sebati , sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi, basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus.


Petua Menghilangkan Parut Jerawat

- Mula-mula ambilkan sedikit madu. Campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali.

- Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Tempelkan pada parut jerawat.

- Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam.. Keesokannya cucilah menggunakan air suam.

- Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.

- Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.

- Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

4 ulasan:

  1. petua yg mudah dan berkesan....barang-barnag ni semua dah ada kat umah...takyah dah nak beli lain

    BalasPadam
  2. cam tau-tau je hidung i baru tumbuh jerawat ni

    BalasPadam
  3. Cempakamelati... a'aah.. mudah je.. yg susahnya nak buat tu... ahaks

    BalasPadam
  4. nora

    apalagi.. gi arr cari bahan...tenyehkan kat tempat berjerawat tuh.. ahaks

    BalasPadam