Kesihatan

KUASA BUAH

BUAH-BUAHAN memiliki kandungan gizi, vitamin dan mineral yang sangat baik untuk tubuh. Khasiat buah-buahan diletakkan pada aras dua Piramid Makanan bersama sayur-sayuran. Pengambilan buah-buahan mengikut jumlah hidangan mencukupi dapat memastikan tubuh badan dan otak kita menerima semua nutrien mencukupi bagi membolehkan ia berfungsi dengan baik.

Antara fakta menarik yang dikongsi termasuk, ramai tidak tahu pisang membantu menentang kemurungan. Selain itu, antioksidan daripada buah-buahan dan sayur-sayuran mengurangkan risiko kanser esofagus; buah kiwi meningkatkan kesihatan seksual lelaki dan kismis membantu menjaga kesihatan gigi serta pembangunan mental kanak-kanak.

Bagi kanak-kanak misalnya, buah-buahan yang kaya dengan pelbagai khasiat seperti karbohidrat, mineral dan vitamin penting dalam pertumbuhan mental fizikal mereka. Karbohidrat dalam buah-buahan misalnya, adalah dalam bentuk gula yang menyumbang kepada tenaga badan. Selain itu, buahan-buahan juga tinggi dengan serat yang membantu dalam mengelak masalah sembelit terutama di kalangan kanak-kanak.

Khasiat buah-buahan:

# Anggur/kismis
Mengurangkan risiko kanser; strok; penyakit jantung dan hilang ingatan; antipenuaan; antioksidan; antiradang; kesihatan kulit; mata; kardiovaskular; kesihatan gastrik; kesihatan saluran kencing dan penyakit gusi.

# Buah oren
Kesihatan jantung; penglihatan; pelalian dan mengurangkan risiko penyakit kanser. Pada masa sama, buah sitrus ini turut memiliki kelebihan sebagai antioksidan; membantu perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah.

# Buah Epal
Pengambilannya yang kerap dikatakan dapat mencegah dementia atau nyanyuk; mencegah kenaikan berat badan; menurunkan kolesterol; menentang kanser dan antioksidan.

# Buah pear
Bersifat antioksidan; menjaga kesihatan kardiovaskular; antiradang; menjaga kesihatan jantung; menyembuhkan luka dan lebam; membaiki tisu; menjaga kesihatan penglihatan; menentang jangkitan; menyokong transmisi saraf dan melawaskan perut.

# Pisang kaki
Menjaga kesihatan penglihatan, melegakan sembelit, cirit-birit, hemoroid (buasir) dan antioksidan.

# Mangga
Anti kanser; menjaga kesihatan penglihatan; membantu penghadaman; menjaga kesihatan kulit; membantu membaiki kesihatan seksual; menambah berat badan; menguatkan daya ingatan; berfaedah untuk anemia (kurang darah) dan mencegah selaran panas.

# Kiwi
Buah yang kaya dengan vitamin C dan berasal dari New Zealand ini membantu mengatasi insomnia (sukar tidur); mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolesterol dan trigliserida); membantu membaiki pernafasan kanak-kanak (pendek nafas dan batuk malam); mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit; menjaga kesihatan penglihatan; kesihatan kolon dan kesihatan prostat.

# Pisang
Bagi mereka yang mudah stres atau alami tekanan, buah pisang boleh menjadi pilihan. Ini disebabkan ia kaya khasiat antikemurungan (membantu membaiki mood dan tidur); antioksidan; mengawal tekanan darah; meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan; meningkatkan tenaga; menjaga kesihatan jantung; mengurangkan risiko kanser; menentang ulser peptik; melegakan cirit-birit dan sembelit.

KEBAS dan Tanda-Tandanya


Kebas Tangan:  Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

Kebas Tangan Kiri & Lengan:  Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
Kebas Kaki:  Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.  

Sakit Tapak Kaki:  Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.  

Sakit Tumit Kaki:  Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.  

Rasa Panas di Tapak Kaki:  Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.  

Gatal di Celah-Celah Kaki:  Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

 

Petua Mengurangkan Sakit Belakang

1. Amalkan membengkok lutut ketika mengambil barang, jangan membongkokkan pinggang. Caranya ialah dengan duduk mencangkung sedikit, angkat barang dan naik dengan cara meluruskan lutut semula. Cara ini dapat mengelakkan sakit belakang terutama di bahagian pinggul.


2. Jaga amalan pemakanan kerana sebahagian sakit tulang belakang adalah berpunca daripada organ-organ yang terlibat dengan penghadaman. Elakkan makan makanan yang masam berlebihan, makanan yang mengandungi pewarna atau perisa atau pengawit.


3. Hentikan makanan berprotein akan menyumbang kepada 80% kesan pemulihan terhadap sakit belakang.


KENCING dan Tanda-Tandanya


Kencing Kerap:  Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran.

Air Kencing Berkapur:  Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

Air Kencing Berminyak:  Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.


Air Kencing Pekat Bewarna Coklat:  Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

Air Kencing Berdarah:  Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.




Makna Di Sebalik Warna Air Kencing Anda

Air kencing memang akan berubah-ubah. Perubahan air kencing dipengaruhi oleh beberapa faktor, dan yang terpenting adalah kadar air dalam tubuh kita. Warna kencing bening memang warna normal. Jika warna berubah menjadi kuning muda atau bahkan menjadi kuning tua itu ertinya bahawa tubuh kita sudah mulai kurang cairan.

Untuk mencegah supaya kencing tidak kuning disarankan meminum air putih minima 8 gelas sehari. Ukuran itu disesuaikan dengan aktiviti kita sehari-hari. Jika memang aktiviti kita cergas, maka keperluan cairan kita juga lebih sehingga kita perlu meminum air lebih dari biasanya. Perubahan warna air kencing itu boleh dijadikan indikasi bahawa tubuh kita perlukan air.

Warna air kencing ada yang bening tidak berwarna, sedikit menguning, kekuningan, kuning, kuning pekat.

Yang bening sekali - anda harus minum air lebih
Sedikit menguning  - anda sudah meminum air putih secukupnya
Kuning sekali – bermakna anda jarang minum air putih (dehidrasi)


 

Jejas organ utama

Arthritis tidak hanya serang sendi sebaliknya boleh rosakkan jantung, ginjal selain turut dialami si kecil

APABILA disebut arthritis, tidak ramai dapat meneka dengan tepat bahawa penyakit itu berkaitan sendi. Malah, berapa ramaikah yang tahu penyakit ini bukanlah bersifat setempat atau pada bahagian sendi semata-mata, sebaliknya boleh menyebabkan kerosakan organ penting badan selain boleh dihidapi kanak-kanak.

Pengetahuan yang sebegitu terhad itu menyebabkan penyakit arthritis ini kurang diberi perhatian biarpun pelbagai kempen dan program kesedaran mengenainya diadakan dari semasa ke semasa.

Di peringkat antarabangsa, Hari Arthritis Sedunia diisytiharkan pada 12 Oktober lalu tetapi pelbagai kempen dan program mengenainya terus diadakan sepanjang bulan ini.

Secara umumnya, arthritis merujuk radang sendi. Malah, ada lebih 100 penyakit rheumatik dan lain-lain keadaan yang menyebabkan rasa sakit, kejang dan bengkak pada sendi.

Arthritis turut memberi kesan kepada sistem otot dan tulang (musculoskeletal), terutama sendi yang bertindak menyambung antara dua tulang dan ‘diikat’ oleh ligamen. Fungsi sendi ini dibantu rawan yang menutup permukaan tulang bagi mengelak pergeseran.

Itulah keadaannya bagi insan normal. Malangnya, bagi pesakit arthritis, sendi mereka menjadi tidak normal yang mungkin berpunca daripada rawan terkoyak, masalah jangkitan atau penyakit auto imun (tubuh menyerang sel tubuh) atau kombinasi pelbagai faktor.
Pakar Bedah Ortopedik Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Kok Choong Seng, berkata bagi kebanyakan jenis arthritis, ia diklasifikasikan sebagai sistemik bermaksud memberi kesan kepada seluruh tubuh.

“Arthritis juga boleh menyebabkan kerosakan pada organ atau sistem tubuh termasuk jantung, paru-paru, ginjal, salur darah juga kulit. Sementara keadaan lain berkaitan dengan arthritis umumnya menjejaskan otot dan tulang.

“Walaupun arthritis lebih banyak ditemui di kalangan mereka yang berusia namun, ia boleh terjadi pada kanak-kanak. Bagaimanapun arthritis pada kanak-kanak kerap kalinya dianggap sebagai masalah kesakitan yang biasa atau disebabkan kecederaan bersukan,” katanya.

Bagaimanapun, bagi ibu bapa yang peka pada perkembangan anaknya, mereka pasti berupaya mengesan perubahan anak menerusi sendi yang bengkak, demam atau ruam yang tidak dapat dipastikan.

“Arthritis di kalangan kanak-kanak dikenali sebagai ‘juvenile arthritis’. Kanak-kanak sebenarnya boleh berhadapan dengan jenis-jenis arthritis yang menyerang orang dewasa namun mereka lebih kerap dikesan dengan juvenile rheumatoid arthritis,” katanya.

Dr Kok berkata, bergantung jenis arthritis, sebahagian daripadanya boleh dirawat misalnya gout manakala yang lain boleh dielakkan.

“Perlu diingat, kualiti hidup tidak terjejas walaupun anda berhadapan dengan arthritis sekiranya mendapatkan rawatan dan menguruskannya dengan baik,” katanya.

INFO: Arthritis yang paling biasa ditemui

1) Osteoarthritis (OA)

Jenis arthritis paling lazim. Di rantau ini OA menjejaskan kualiti hidup antara 10 ke 20 peratus penduduk. Malah di Malaysia, OA yang kerap dikesan adalah OA pada lutut. Umumnya, OA disebabkan rawan tidak lagi elastik menyebabkan ia mudah rosak. Apabila ia koyak, tendon dan ligamen pula meregang ia akan menyebabkan kesakitan. Tulang akan bergeser antara satu sama lain menyebabkan rasa sakit.

2) Rheumatoid arthritis (RA)

Masalah radang yang menyaksikan membran synovial (tisu lembut dalam lutut) terjejas yang menyebabkan rasa sakit dan bengkak. Tanpa rawatan, ia akan menyebabkan kecacatan. RA lebih kerap ditemui pada perempuan berbanding lelaki dan menyerang pesakit berusia 40 tahun ke atas.

3) Infectious arthritis (septic arthritic)

Berlakunya jangkitan pada cecair synovial dan tisu pada sendi yang berpunca daripada bakteria. Ada kalanya disebabkan oleh kulat dan virus. Bakteria, kulat dan virus merebak melalui salur darah daripada tisu yang terjejas dan menjangkiti sendi.

4) Gout

Masalah yang berpunca daripada pengumpulan kristal pada sendi. Kristal daripada asid urik ini terbentuk hasil daripada pecahan bahan-bahan dalam tubuh yang lazim. Pengumpulan asid urik ini dalam sendi menyebabkan gout (gouty arthritis). Biasanya, sendi yang kerap terjejas dengan gout adalah ibu jari kaki dan lutut.

5) Pseudogout Arthritis

Jenis arthritis yang hampir sama dengan gout tetapi puncanya berbeza. Pseudogout arthritis berlaku kerana pengumpulan lebihan kalsium dalam sendi dan kerap ditemui pada sendi lutut.

Air Kosong Penawar Pelbagai Penyakit

alt
  • Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
  • Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
  • Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
  • Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
  • Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu:
  1. Tekanan darah tinggi - 30 hari
  2. Gastrik - 10 hari
  3. Diabetes - 30 hari
  4. Sembelit - 10 hari
  5. Kanser - 180 hari
  6. Tibi - 90 hari.
Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.


RESDUNG - Risiko jangkitan otak

ANDA batuk, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung pula rasa berair dan tersumbat. Anda terasa yang anda demam.

Apabila ubat-ubatan yang diambil tidak meredakan gejala-gejala demam biasa, bangun pagi anda mulai diiringi dengan sakit kepala dan rasa berat pada bahagian muka.

Selepas doktor mendengar sejarah gejala, memeriksa bahagian muka, dahi dan mungkin menjalankan sinaran-X pada bahagian sinus, anda disahkan menghidap penyakit sinusitis.

Di kalangan masyarakat setempat, ia lebih popular sebagai resdung dan sangat biasa terjadi di kalangan rakyat negara ini.

``Ringkasnya, resdung menghasilkan pelbagai gejala hidung dan tidak ketinggalan boleh juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah.

``Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus,'' kata Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Amir Izwan Mohamed Dahan.

Menurutnya, sinus sebenarnya adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil.

Sinus terletak pada bahagian muka - pipi di bawah mata, di antara dua mata, hanya sedikit di belakang hidung dan turut meliputi bahagian dahi seseorang.

Ia terbahagi kepada empat; masing-masingnya dikenali sebagai sinus frontal, sinus maksila, sinus etmoid dan sinus sfenoid.

Fungsi sebenar sinus tidak diketahui dengan tepat tetapi ada antara teori mengatakan sinus berfungsi meringankan tengkorak selain turut memainkan peranan dalam degungan suara.

``Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung.

``Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dan rongga sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman bakteria,'' katanya.

Dr. Amir Izwan yang juga pakar bedah kepala dan leher berkata, bengkakan di dalam lapisan hidung juga boleh menyebabkan salur sinus ini tersumbat.

Salah satu punca utama bengkakan dalam hidung ini ialah radang hidung disebabkan oleh alahan (rhinitis) yang agak berleluasa dalam masyarakat kita.

Mengulas lanjut, resdung boleh juga terjadi disebabkan oleh rerambut halus silia di dalam sinus yang sepatutnya membantu pengaliran mukus, gagal menyempurnakan tugasnya.

Aktiviti menyelam ataupun berenang merupakan antara beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko resdung selain asap rokok yang dikenal pasti sebagai pencetus radang hidung.

Oleh itu, adalah sangat penting `mengharamkan' tabiat merokok di dalam persekitaran rumah mahupun kenderaan pesakit resdung, sekali gus mengelakkan tempat-tempat yang seumpamanya.

Katanya, apabila gejala resdung berlaku dalam tempoh beberapa hari hingga beberapa minggu, ia diklasifikasikan sebagai akut.

Resdung akut kadangkala adalah penyebab demam, terutamanya yang berlanjutan lebih daripada tujuh hingga 10 hari.

``Asalnya, virus-virus yang menyebabkan selesema biasa, menyerang lapisan dalam hidung dan sinus menyebabkan bengkak dan menyempit.

``Badan juga bertindak balas terhadap virus dengan menghasilkan lebih banyak mukus. Ini menyebabkan hidung tersumbat dan nanah terkumpul di dalam sinus yang bengkak,'' kata Dr. Amir Izwan.

Demam yang mula kebah tetapi kemudiannya bertukar melarat menjadi sebahagian tanda-tanda resdung akut.

Di samping itu, kesakitan di dalam bahagian dahi yang timbul semasa anda mencondongkan badan ke depan seperti waktu sujud juga boleh menjadi petanda.

Ditanya bagaimanakah caranya untuk membezakan di antara resdung, demam selesema biasa dan alahan hidung memandangkan ketiga-tiganya mempunyai gejala yang saling bertindihan, Dr. Amir Izwan menjelaskan:

``Jika pesakit demam dan mempunyai gejala berkaitan hidung seperti sakit muka dan hidung, keluar nanah berwarna kuning atau hijau daripada hidung atau kahak warna sama pada sebelah pagi, itu resdung.

``Apabila gejala-gejalanya berlaku lebih kerap ataupun jangkitan berpanjangan lebih daripada tiga bulan, resdung akut boleh menjadi kronik.

``Gejalanya mungkin tidak seteruk resdung akut namun, jika tidak dirawat boleh menyebabkan kerosakan kepada sinus dan tulang pipi sehingga memerlukan pembedahan,'' katanya.

Walaupun resdung tidak boleh menjadi kanser sehingga menyebabkan hidung rompong tetapi sebaliknya kanser boleh memperlihatkan gejala-gejala seperti penyakit itu.

Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, resdung boleh mengakibatkan maut tidak langsung yang disebabkan oleh komplikasi pada otak pesakit.

Serangan resdung berulang-ulang juga boleh berlaku. Pesakit selalunya diberikan rawatan antibiotik untuk menyembuhkannya tetapi penyakit datang semula sebulan dua kemudian.

Puncanya mungkin disebabkan oleh faktor penyebab penyakit ini yang tidak dirawat sepenuhnya, lazimnya susunan tulang dalaman sinus yang tidak normal dan sempit. Dalam kes-kes begini, pembedahan endoskopi dilakukan.

Sekiranya gejala resdung masih berterusan, kaedah baru ini akan dilakukan di mana rongga-rongga sinus terlibat akan dibuka menggunakan alat-alat khas di bawah penglihatan kamera skop.

Pembedahan sinus endoskopi ini sama sekali tidak memerlukan belahan pada kulit kerana segala prosedurnya dilakukan di dalam rongga hidung.

Ini berbeza dari kaedah lama pembedahan di mana belahan terpaksa dibuat di sekeliling kawasan hidung.

Pun begitu, gejala alahan hidung masih boleh terjadi selepas pembedahan dan hanya dapat dikawal melalui penggunaan ubat-ubatan.

``Justeru, adalah sangat penting bagi para pesakit untuk mengekalkan pengambilan ubat-ubatan antialahan selepas pembedahan,'' kata Dr. Amir Izwan.

Tambahnya, cara terbaik untuk mencegah serangan resdung ialah dengan merawat gejala-gejala hidung dengan segera sebelum ia melarat.

Gejala resdung:

* Hidung tersumbat
* Lendir daripada hidung dan tekak
* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.

Punca resdung:

* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
* Hidung bengkok
* Mandi dan terjun di dalam air yang kotor
* Jangkitan gigi atas
* Ketumbuhan di dalam hidung
* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas
* Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.

Komplikasi resdung:

* Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
* Jangkitan otak (meningitis)
* Sakit tekak yang kronik
* Jangkitan tulang muka
* Memburukkan keadaan lelah
* Berdengkur yang kronik
* Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
* Alahan hidung atau hidung sensitif
* Selesema biasa yang melarat.

Diagnosis:

* Skop hidung untuk melihat punca resdung
* Skan CT hidung dan sinus untuk melihat rongga-rongga yang terlibat dan kawasan putih menandakan lendir atau dipenuhi nanah

Rawatan:

Berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan bersesuaian akan disyorkan.

* Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut)
* Ubat selesema
* Dekongestan; ubat titis atau semburan hidung
* Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan ia tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan.

Tip menguruskan resdung:

* Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop
* Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan

Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan

* Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung
* Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air
* Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap
* Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya
* Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi
* Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan
* Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah.


Khasiat Pucuk Betik

Amalkan meminum air pucuk betik yang telah direbus kerana ia mampu menurunkan darah tinggi. Air pucuk betik rasanya mungkin lebih pahit sedikit daripada peria. Air pucuk betik boleh menstabilkan tekanan darah di dalam badan kita. Amaran: Wanita yang hamil tidak digalakkan meminum air ini. Selalunya pucuk betik akan diambil daripada pokok betik yang tidak mudah berbuah.

Cara Penyediaannya:
1) Bersih pucuk betik/daun
2) Keratkan sepanjang 1cm
3) Masukkan 1.5 liter air ke dalam kuali bersama pucuk dan rebuskan selama 30 minit.
4) Selepas itu air boleh diasingkan daripada pucuk betik dan sedia untuk di minum dalam keadaan panas atau suam.
5)Pucuk betik yang telah diasingkan tadi rebuslah sekali lagi dengan air limau kasturi (air limau + kulit limau) selama 5 minit untuk menghilangkan rasa pahitnya. Selepas itu buangkan airnya. Pucuk betik itu bolehlah digoreng dengan ikan bilis atau masin untuk dijadikan sayur.