Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan

Isnin, Januari 31, 2011

Koleksi Petua Halau Semut Di Rumah

Petua 1:
Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntun bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.

Petua 2:
Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

Petua 3:
Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.

Petua 4:
Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumni semut seperti baling gula, keliling meja dan sebagainya.

Petua 5:
Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tak perlu kupas kulit bawang tersebut.

Petua 6:
Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.


Selasa, Januari 04, 2011

Petua Untuk Mengelak Rasa Bosan

Rasa bosan  timbul apabila anda jemu mengadap sesuatu berulang-ulang kali. Dalam situasi lain, rasa bosan timbul apabila anda tiada apa yang dibuat, tiada apa hendak dilakukan ketika masa terluang. Awas, rasa bosan petanda besar anda adalah orang yang tidak ada matlamat.

1. Sibukkan Diri, Kenal Pasti Hobi Anda
Cari apa yang boleh dilakukan. Bentuk diri menjadi rajin. Jika anda tiada apa yang hendak dilakukan, fikirkan sesuatu yang anda rasa seronok melakukannya. Ada orang suka tengok tv sebab dia rasa seronok menonton tv, walau dari pagi sampai ke malam. Ada orang suka memancing, sebab dia seronok memancing, walau dari malam sampai ke pagi. Untuk mengelak rasa bosan cari sesuatu di sekeling yang boleh anda lakukan.

2. Tetapkan Matlamat, Azam, Cita-cita dan Impian.
Orang yang selalu merasa bosan adalah orang yang tidak ada impian. Orang yang bosan dengan hidup adalah orang tidak ada cita-cita. Tetapkan satu impian kemudian fikirkan cara untuk mencapai impian itu. Selepas itu berusahalah mencapainya walau dengan apa cara sekalipun, asalkan halal. Buat dan terus buat. Jangan duduk diam. Lama-kelamaan anda akan perasan anda dapat mengelak rasa bosan. Sebab anda sudah tidak ada masa untuk merasa bosan. Masa yang ada terisi dengan usaha ke arah mencapai cita-cita anda.

3. Rajinkan Diri Beribadah.
Sibukkan diri anda dengan ibadah. Dalam menyempurnakan tuntan ibadah wajib, banyakkan ibadah sunat. Hadirkan rasa kekurangan dan kehambaan dalam diri. Jangan pernah merasa puas dengan ibadah-ibadah yang sudah disempurnakan sebelum ini. Rasai keseronokan melaksanakan ibadah, rasai ketenangan ketika dalam proses menyempurnakan ibadah. Pasti anda terdorong untuk melakukannya lagi, dan lagi, dan lagi, banyak kali sampaikan anda macam tidak mahu berhenti melakukannya.

Selasa, November 30, 2010

Beberapa Petua Ketika Di dapur

Petua Melembutkan Daging Ketika Memasak

■Rebus daging bersama satu cawan air kelapa hingga lembut. Kemudian masak seperti biasa.
■Tumbuk halia dan campurkan sedikit garam. Perapkan bahan ini dengan daging selama anggaran setengah jam. Kemudian bilas dengan air bersih dan masaklah daging itu seperti biasa.
■Masukkan beberapa ketul ais ke dalam bekas yang berisi daging. Biarkan seketika kemudian cuci. Daging akan cepat empuk.
■Rebus daging bersama akar daun pandan yang telah dicuci bersih. Kemudian masak daging seperti biasa.
■Rebus daging bersama daun nangka atau daun betik. Kemudian masak daging seperti biasa.


Petua Untuk Nasi Lemak Cepat Masak

Jika anda ingin nasi lemak cepat masak, masukkan sebatang garpu atau sudu ke dalam periuk nasi yang hendak dimasak. Biarkan di dalam beras sehingga nasi masak. Nasi lemak cepat masak.


Petua Mengelak Nasi Cepat Basi

Untuk mengelakkan nasi yang dimasak cepat basi, basuh beras kali pertama hingga ke 3 dengan menggunakan tangan anda. Selepas itu untuk kali ke 4 bila anda masukkan air ke dalam beras itu, anda tidak perlu lagi menyentuh air tersebut walaupun untuk mengukur. Bagi tujuan mengukur anda perlu mengagak sahaja.


Petua Mengatasi Masakan Termasin

1. Setelah gulai mendidih, tutup api dan periuk. Biarkan beberapa minit. Kemudian basuh tudung periuk tetapi jangan dikeringkan. Tutup semula masakan tadi. Rasa masin akan hilang dengan sendirinya.
2. Potong 2 atau 3 biji kentang berbentuk dadu. Masukkan ke dalam masakan termasin. Setelah kentang itu lembut, keluarkannya semula.


Tahukah Anda?

Telur yang kulitnya sudah pecah boleh direbus dengan sempurna. Balutkan telur itu dengan kertas aluminium (aluminium foil)dan rebuskan telur seperti biasa.


Petua Mengelak Minyak Memercik

Petua 1 :
Masukkan sedikit garam kasar ke dalam minyak yang telah dipanaskan. Kemudian baru menggoreng.

Petua 2 :
Ketika memanaskan minyak masak, masukkan sekeping asam gelugur dan biarkan seketika. Keluarkan asam gelugur apabila hendak menggoreng.


Petua Terkena Minyak Panas

Petua 1:
Sekiranya anda atau anak anda terkena air panas atau minyak panas jangan panic. Ambil sedikit kicap dan garam halus. Kemudian sapukan kedua-dua bahan tadi di tempat yang terkena minyak atau air panas. Kesannya akan dapat dikurangkan dan kurang sakit.

Petua 2:
1. Ambil daun lidah buaya, patahkan hingga keluar cairannya.
2. Oleskan ke bahagian yang terkena minyak panas, sesegera mungkin. Rasa panas akibat minyak goreng panas akan berkurangan dan berangsur hilang.

Petua 3:
Segera letakkan ais ke tempat yang terkena minyak panas/air panas tersebut. Sakit hilang... dan tidak menggelembung...


Petua Kuali Tidak Melekat

Apabila menggoreng ikan atau lain-lain makanan seperti nasi goreng dan mee goreng, selalunya melekat di kuali jika kuali tidak panas. Satu cara untuk mengelakkan ini berlaku ialah goreng sedikit garam dalam kuali itu tanpa minyak sampai kuning. Kemudian barulah dimasukkan minyak dalam kuali.


Sabtu, November 27, 2010

Petua Untuk Mengubat Hati Yang Luka

1. Disiplinkan Diri Untuk Lupakan Kenangan Pahit - Mengaku saja yang anda sering berasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu. Anda perlu kikiskan fikiran itu dan jangan terbawa-bawa dengan emosi yang lalu. Mulai sekarang, tekad untuk melupakan semua itu. Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan anda, cita-cita anda, keluarga, kerjaya, kewangan, dan rakan-rakan. Anda tidak akan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tetap lakukan satu persatu dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Jangan Asyik Risau - Ada 2 kesan dari sikap risau ini. Pertama ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta. Kedua, ia memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.

3. Rajin Bersyukur - Ucap syukur atas kesemua yang anda ada. Bersyukur kerana anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun tidur. Anda ada kawan rapat yang memahami anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri anda. Lakukan sebanyak mungkin setiap hari.

4. Mesti Memaafkan Orang - Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa, gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tidak puas hati, dendam, dan busuk hati). Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Mungkin anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri anda, yang membuat anda sedih, kecewa dan geram.

Khamis, November 11, 2010

Petua Untuk Buang Ilmu Penunduk

Ilmu penunduk itu sebenarnya dibantu samada jin pontianak, jin berupa binatang atau hantu raya. Sekiranya tidak dibuang “ilmu” tersebut, benda-benda  itu akan ganggu anak-anak keturunan anda. Seterusnya anakanak, cucu-cucu dan cicit-cicit akan mewarisi atau diduduki jin saka sihir yang beranak-pinak. Bermakna setiap keluarga dari anak-anaknya besar kemungkinan akan ada ahlinya yang sakit ketumbuhan di kepala, akan dapat penyakit mental, atau kurus kering. Begitulah "upah"nya dalam bahasa jin sihir.

Petua menawarkan “ilmu” tersebut:
  1. Mandi air Yasin tahlil masjid selama 7 hari berturut-turut. Air Yasin dicampur 5 biji limau purut. Sebaiknya jemaah yang baca 21  orang atau lebih.
  2. Baca Surah al-Baqarah 1 kali atau  Surah Yasin 3 kali setiap hari.
  3. Lakukan qiamulail selama 7 malam berturut-turut, Sebaiknya bersamaan dengan mandi air Yasin


Rabu, November 10, 2010

Petua Terkena SANTAU

Jika anda ada saudara mara atau kawan-kawan yang terkena santau, cari pokok tumpang yang menumpang dekat pokok buluh, lalu pokok buluh itu mati. Potong antara pokok tumpang itu 3 inci atas dan 3 inci bawah. Rebuskan dan beri minum pada orang yang terkena santau. Baca selawat dahulu.



Selasa, November 09, 2010

Petua Agar Anda MENANG Dalam Pertengkaran

1. Anda orang dewasa yang sebenar. Ketika bertengkar, cuba bertenang dan jangan menjerit seperti kanak-kanak atau bersifat degil.

2. Anda dengar terlebih dahulu apa yang hendak dikatakannya. Sekiranya ada orang lain di situ menjelaskan keadaan, sila dengar dan fahaminya. Jangan melawan cakap orang tersebut, nanti anda melibatkannya pula.

3. Anda bercakap dengan nada suara yang rendah. Jika anda meninggikan suara, dia hanya mendengar pekikan suara anda. Dia atau orang lain yang ada di situ, pasti tidak faham malah tidak ambil peduli kata anda.

4. Anda tumpukan topik atau isu yang berbangkit. Apabila anda bercakap di luar topik yang tidak berkaitan, anda sebenarnya menambahkan masalah. Anda fokus topik yang berkaitan sahaja dan elakkan mengungkit.

5. Anda fikir dahulu sebelum bercakap. Bak kata orang tua-tua, terlajak perahu boleh diundur.Terlajak kata, binasa.

6. Masa untuk tenangkan hati. Jika perlu, anda pegi ke mana-mana sehari dua dan tenangkan hati anda.

7. Anda faham setiap maksud kata-katanya. Apabila anda memahami maksud katanya, anda dapat menyelesaikan masalah dengan lebih mudah.

8. Anda bertengkar bukan hendak menang, tetapi hendak menyelesaikan masalah. Pertengkaran bukannya pertandingan untuk menjadi juara bahas.

Petua Untuk Menjadi POPULAR

Anda PASTI akan disukai ramai sekiranya:

1. Anda mengucapkan “Selamat Pagi” atau “Assalamualaikum”dengan bersungguh-sungguh, terang dan sepenuh hati.
2. Anda sentiasa penuh bersemangat dalam menghadapi hidup sehari-hari.
3. Anda sentiasa jujur dalam menilai kebaikan-kebaikan orang yang anda temui.
4. Anda banyak mengukir senyuman manis yang ikhlas.
5. Anda menghargai dan menyanjungi setiap pemberian orang kepada anda.
6. Anda tidak membebankan orang lain dengan masalah atau tugasan-tugasan anda.
7. Anda dapat mengingat dengan baik rupa paras dan nama-nama orang.
8. Anda dapat melahirkan perasaan tidak puas hati anda dengan sehalus yang mungkin dan tidak menyinggung mana-mana pihak.
9. Anda tidak mempersendakan dan mempermainkan sesiapa saja.
10. Anda berhati-hati ketika menyampuk atau memotong percakapan orang lain.
11. Anda menitikberatkan cara penampilan anda ketika anda bersosial.
12. Anda menghindarkan diri daripada mengucapkan kata-kata kesat dalam perbualan anda.
13. Anda tidak lokek dalam menghulurkan bantuan kepada orang.
14. Anda tidak menyimpan perasaan syak wasangka terhadap orang lain.
15. Anda sentiasa menitikberatkan perasaan orang lain ketika berkomunikasi.
16. Anda dapat menyesuaikan diri dengan mereka yang ingin berkenalan dengan anda.
17. Anda dapat menghindarkan diri daripada menegur kesilapan orang lain secara langsung dan berterus-terang.

Sabtu, November 06, 2010

Kenapa KEK Boleh Merekah?

Adakalanya kek yang kita buat boleh merekah. Kadang-kadang apabila hampir masak , ia merekah dan rekahannya sangat luas. Ada beberapa faktor yang menyebabkannya:
 1. Suhu Oven Terlalu Tinggi - Suhu yang biasa membakar kek ialah 180 darjah celcius. Namun begitu setiap jenis oven mempunyai kepanasan yang berlainan. Apabila suhu terlalu panas, bahagian luar kek menjadi keras sedangkan bahagian dalamnya belum lagi kembang.Apabila bahagian dalam mengembang, ia akan menolak keluar dari permukaan kek maka terjadilah rekahan.

2. Terlebih Serbuk Penaik atau Soda - Jika serbuk penaik atau soda bikarbonat tidak disukat dengan betul, ia tidak seimbang...
dengan jumlah tepung yang digunakan. Akibatnya ia akan menjadi terlalu kembang dan boleh mengakibatkan rekahan.

3. Kek Terlalu Kering - Ini berpunca dari kandungan tepung yang berlebihan dalam resipi atau adunan kekurangan cecair. Keadaan ini menyebabkan kek kering dan boleh menyebabkan rekahan pada kek terutama kek mentega.
4. Acuan Terlalu Kecil - Kadangkala acuan yang digunakan terlalu kecil untuk menampung adunan yang disediakan. Sebaik-baiknya adunan hendaklah dituangkan hingga 1/2 acuan sahaja kerana adunan akan naik dan mengembang.
Untuk memastikan kek tidak merekah, pastikan perkara-perkara disebut tadi diperbetulkan. Letak kek di bahagian tengah oven supaya tidak terlalu panas. Masa membakar yang biasa bagi kek mentega ialah 1 jam dan kek span atau sifon pula lebih kurang 45 minit. 
  



Selasa, November 02, 2010

Petua Untuk Tingkatkan Daya Ingatan

1. Kopi boleh meningkatkan penampilan mental dan memori kerana kopi mampu merangsang banyak daerah dalam otak, dan boleh mengaturnya tetap berjaga, ransangan, mood dan kosentrasi. Mengikut kajian, orang dewasa yang meminum kopi sebelum ujian memori menunjukkan perkembangan yang signifikan dibandingkan mereka yang minum kopi tanpa kafein.

2. Mengunyah gula-gula getah boleh meningkatkan denyut jantung sehingga memperbaiki oksigen yang dikirim ke otak dan meningkatkan kekuatan kognitif.

3. Ginkgo Biloba digunakan sebagai ubat menguatkan daya ingat sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Ginkgo boleh memperbaiki perjalanan darah ke otak dangan membesarkan pembuluh darah sehingga meningkatkan bekalan oksigen.

Isnin, November 01, 2010

Petua Menghilangkan Bau Hamis Daging Kambing

Setelah dihiris daging kambing, lumurkan dengan sedikit tepung gandum dan biar selama 20 minit. Bersihkan, kemudian lumurkan pula dengan jus limau nipis atau lemon biar rata (tidak perlu terlalu banyak). Biarkan selama 30 minit, kemudian bersihkan dan sejatkan hingga daging betul-betul kering. Anda boleh juga masukkan 2 - 3 helai daun pandan di dalam masakan untuk menambahkan bau harum.

Isnin, Oktober 25, 2010

Petua Agar Suami Tak Cari Lain

1. Fahamilah perasaan suami anda dari sudut seorang lelaki dan bukan cara untuk mengubah personalitinya sebagai seorang lelaki seadanya. Cuma fahami sikap atau tabiat suami dan mencuba menyesuaikan diri selagi tidak berlawanan dengan kehendak agama.

2. Gunakan kuasa pujukan. Wanita mempunyai sifat dan watak yang lebih berperasaan dan menghalusi. Salah satu cara memujuk adalah dengan menunjukkan minat termasuklah minat pada diri suami sendiri, kerjayanya atau kesukaanya. Mungkin ada beberapa kesukaannya yang kurang sealiran dengan wanita tetapi selagi dia tidak mengabaikan keluarga, terima saja dengan harapan minat yang kita tunjukkan itu akan mendekatkan satu sama lain.

3. Menghormati dan memahami kehendaknya. Secara umumnya ialah kemahuan seks dan kemahuan menjadi penting. Jangan sesekali merendah-rendahkannya kerana bila perasaan menjadi penting ada di dalam diri seorang lelaki – keegoaan dan keterujaan pada perkara-perkara yang mengembirakan dan menceriakan kehidupan akan terserlah.

4. Tujukkan rasa gembira bila bersama. Cipta perasaan gembira kerana ini akan menjadikan wanita rasa sempurna kerana berjaya menyelesaikan tanggungjawap terhadap suami. Lelaki juga mahukan keselesaan perasaan dengan sokongan kata-kata cinta dan bisikan . Lelaki sentiasa inginkan kasih sayang, sentiasa tertarik dengan kejelitaan dan sentiasa kagum dengan sifat keibuan.



Petua Mencegah Muntah Bayi

  • Jangan beri minum susu selagi bayi menangis. Berhentilah menyusui untuk menenangkannya.
  • Tegakkan bayi setegak mungkin selama dan beberapa waktu setelah minum susu.
  • Pastikan botol tidak terlalu besar atau terlalu kecil, dan botol dimiringkan.
  • Jangan mengangkat-angkat bayi selama atau sesudah dia minum. Kalau boleh letakkan dan ikat sebentar si bayi pada kursi bayi.
  • Jangan lupa membuat bayi bersendawa.
  • Naikkan sedikit tempat tidur di bahagian atas agar kepala dan leher bayi lebih tinggi daripada bahagian bawahnya.