Selasa, November 30, 2010

Beberapa Petua Ketika Di dapur

Petua Melembutkan Daging Ketika Memasak

■Rebus daging bersama satu cawan air kelapa hingga lembut. Kemudian masak seperti biasa.
■Tumbuk halia dan campurkan sedikit garam. Perapkan bahan ini dengan daging selama anggaran setengah jam. Kemudian bilas dengan air bersih dan masaklah daging itu seperti biasa.
■Masukkan beberapa ketul ais ke dalam bekas yang berisi daging. Biarkan seketika kemudian cuci. Daging akan cepat empuk.
■Rebus daging bersama akar daun pandan yang telah dicuci bersih. Kemudian masak daging seperti biasa.
■Rebus daging bersama daun nangka atau daun betik. Kemudian masak daging seperti biasa.


Petua Untuk Nasi Lemak Cepat Masak

Jika anda ingin nasi lemak cepat masak, masukkan sebatang garpu atau sudu ke dalam periuk nasi yang hendak dimasak. Biarkan di dalam beras sehingga nasi masak. Nasi lemak cepat masak.


Petua Mengelak Nasi Cepat Basi

Untuk mengelakkan nasi yang dimasak cepat basi, basuh beras kali pertama hingga ke 3 dengan menggunakan tangan anda. Selepas itu untuk kali ke 4 bila anda masukkan air ke dalam beras itu, anda tidak perlu lagi menyentuh air tersebut walaupun untuk mengukur. Bagi tujuan mengukur anda perlu mengagak sahaja.


Petua Mengatasi Masakan Termasin

1. Setelah gulai mendidih, tutup api dan periuk. Biarkan beberapa minit. Kemudian basuh tudung periuk tetapi jangan dikeringkan. Tutup semula masakan tadi. Rasa masin akan hilang dengan sendirinya.
2. Potong 2 atau 3 biji kentang berbentuk dadu. Masukkan ke dalam masakan termasin. Setelah kentang itu lembut, keluarkannya semula.


Tahukah Anda?

Telur yang kulitnya sudah pecah boleh direbus dengan sempurna. Balutkan telur itu dengan kertas aluminium (aluminium foil)dan rebuskan telur seperti biasa.


Petua Mengelak Minyak Memercik

Petua 1 :
Masukkan sedikit garam kasar ke dalam minyak yang telah dipanaskan. Kemudian baru menggoreng.

Petua 2 :
Ketika memanaskan minyak masak, masukkan sekeping asam gelugur dan biarkan seketika. Keluarkan asam gelugur apabila hendak menggoreng.


Petua Terkena Minyak Panas

Petua 1:
Sekiranya anda atau anak anda terkena air panas atau minyak panas jangan panic. Ambil sedikit kicap dan garam halus. Kemudian sapukan kedua-dua bahan tadi di tempat yang terkena minyak atau air panas. Kesannya akan dapat dikurangkan dan kurang sakit.

Petua 2:
1. Ambil daun lidah buaya, patahkan hingga keluar cairannya.
2. Oleskan ke bahagian yang terkena minyak panas, sesegera mungkin. Rasa panas akibat minyak goreng panas akan berkurangan dan berangsur hilang.

Petua 3:
Segera letakkan ais ke tempat yang terkena minyak panas/air panas tersebut. Sakit hilang... dan tidak menggelembung...


Petua Kuali Tidak Melekat

Apabila menggoreng ikan atau lain-lain makanan seperti nasi goreng dan mee goreng, selalunya melekat di kuali jika kuali tidak panas. Satu cara untuk mengelakkan ini berlaku ialah goreng sedikit garam dalam kuali itu tanpa minyak sampai kuning. Kemudian barulah dimasukkan minyak dalam kuali.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan