Jumaat, November 12, 2010

Cara dan Gaya Kita Berjalan

Anda boleh lihat tahap keyakinan diri seseorang dengan melihat pada gaya jalannya. Jika anda sedang berusaha untuk membina keyakinan diri, mulakan dengan mengubah gaya anda berjalan. Orang yang ada keyakinan diri berjalan dengan tenang, postur badan yang tegak, bukaan langkah yang luas, langkah laju dan teratur. Laju berjalan tidak semestinya berjalan kelam kabut tetapi jalan yang neutral – tidak terlalu lambat, tidak terlalu laju.

Pada peringkat permulaan,anda perlu mengubah gaya anda berjalan, Mungkin anda akan terasa sedikit kekok. Cuba lihat gaya orang-orang berjawatan besar berjalan, gaya seorang pemimpin berjalan dan gaya seorang ketua berjalan. Anda akan perasan gaya jalan mereka hampir serupa, iaitu neutral, bukaan langkah yang luas dan postur badan berada pada kedudukan tegak,  tidak membongkok dan tidak terlalu mendada. Ikut langkah begitu dan amalkan selalu. Berjalanlah dengan bukaan langkah yang besar dan mata anda tegak memandang ke depan.

Anda akan mula rasa selesa dengan gaya berjalan yang begitu, lantas membuat anda merasa yakin. Tidak ada lagi perasaan gugup atau gusar.


1 ulasan:

  1. lagi satu:
    gaya org bduit bjalan, pandang;depan,x toleh kiri kanan..

    gaya org xbduit; jln pandang lantai, pandang kiri kanan, kowt2 kalo ader org tcicir 50sen..

    ;)

    BalasPadam