Ahad, Oktober 31, 2010

Resepi AYAM MASAK KURMA

Bahan-Bahan:
1/2 ekor ayam, dipotong ikut suka

Dikisar:
3 biji bwg merah
3 biji bwg putih
1 biji cili hijau
1 inci halia
1 inci kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 pkt kecil serbuk rempah kurma Adabi, dibancuh dengan air
1 batang serai, dititik
Sekeping asam jawa
2 biji buah keras, ditumbuk
1 biji kentang, dibelah 4
1 biji bawang besar, dibelah 4
1 biji buah tomato, dibelah 4
1 biji cili hijau, dibelah
1 mangkuk santan
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar, rempah ratus, halia dan serai hingga naik bau.
2. Masukkan rempah kurma dan buah keras. Tambah sedikit air dan kacau.
3. Masukkan ayam dan kacau hingga ayam disaluti rempah dan bertukar warna agak keputihan. Tuangkan santan dan kacau sesekali hingga mendidih. Masukkan kentang dan masak sehingga kentang lembut.
4. Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam dan gula.
5. Masukkan bawang besar dan cili hijau yg telah dibelah. Kacau sebentar dan bolehlah dihidang dengan nasi. 

Resepi TOM YAM

Bahan-Bahan:
½ ekor ayam (dipotong kecil)
¼ kg udang
2 batang serai (ditumbuk)
2 labu bawang besar (dibelah enam)
1 kiub perasa tom yam
2 camca besar air asam limau nipis
¼ kg sotong
4 helai daun limau purut
4 biji cili hidup(ditumbuk)
2 biji tomato(dibelah enam)
2 camca besar cili boh atau cili serbuk
Gula dan garam secukup rasa

Cara:
Panaskan air dan masukkan cili boh.
Kemudian masukkan ayam, sotong, udang dan daun limau purut.
Setelah ayam masak, masukkan bawang besar, serai dan cili hidup.
Masukkan perasa tom yam, gula, garam dan air asam limau nipis.
Kacau hingga rata.
Akhir sekali, masukkan tomato yang telah dibelah tadi.


Resepi BOTOK-BOTOK IKAN

Bahan-Bahan:

3 keping ikan tenggiri atau 3 ekor ikan kembong
3 bungkus rempah kari ikan
5 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
2 batang serai*
2 inci halia*
2 inci lengkuas*
2 sudu kerisik
3 biji limau nipis
Garam dan gula secukup rasa  

LEGEND: * bermakna dikisar

½ cekak pucuk bebuas
½ cekak pucuk kadok
½ cekak pucuk ubi kayu
½ cekak pucuk mengkudu
½ cekak pucuk puding
½ cekak daun cekur
2 helai daun kunyit - diracik
4 - 5 sudu pati santan
3 helai daun pisang untuk membungkus

Cara:
1. Bersihkan ikan dan toskan.
2. Campurkan bahan yang dikisar dengan serbuk kari dan masukkan garam, gula, kerisik, air limau nipis, daun kunyit, pati santan dan digaul rata.
3. Semua pucuk ulaman dibahagi tiga dan disusun di atas daun pisang secara berasingan (untuk menjadikan 3 bungkus). 4. Rempah yang telah digaul dibahagi 3 dan diletakkan di atas pucuk-pucuk ulaman kemudian letakkan 1 ekor/keping ikan di atas rempah tadi selepas itu diletakkan lagi rempah di atas ikan dan tutup ikan dengan pucuk ulaman semula serta bungkus dengan daun pisang.
5. Kukus sehingga 15 - 20 minit.


Cadangan Hidangan:
Lagi banyak pucuk ulaman yang dimasukkan lagi sedap rasanya dan lebih harum baunya



Resepi IKAN SIAKAP KUKUS

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap sederhana besar
3 sudu besar sos tiram
2 susu besar sos cili
2 susu besar sos tomato
1 sudu gula
1 tangkai cili merah – dimayang halus
4 cm halia – dimayang halus
3 ulas bawang putih – dimayang
½ biji limau nipis garam secukup rasa

Cara Memasak:
 Cuci ikan dan belah dua jangan sampai putus lumur garam dan gula.
Tuang ketiga-tiga sos tadi.
Masukkan ikan dalam pinggan tahan panas, tabur bahan yang dimayang tadi.
Kukus hingga masak anggaran selama 10 minit.
Tabur hirisan daun sup tadi dan perah limau di atasnya.



Sabtu, Oktober 30, 2010

Putus haid

Anda masih muda? Topik ini mungkin terlalu awal untuk anda... tetapi tahu sekarang pun bagus. Jom kita mulakan...

Apabila wanita putus haid (menopause) adakah ia bererti seks tidak lagi menjadi satu perkara yang penting dalam kehidupan harian mereka?

TIDAK!!

Ramai yang percaya bahawa apabila putus haid, wanita akan terus berkurangan keinginan seks; ini adalah tanggapan yang kurang tepat. Seks selepas putus haid masih boleh tetap menyeronokkan, malahan boleh lebih seronok daripada sebelum putus haid.

Oleh kerana tidak ada risikio kehamilan dan anak-anak anda sudah besar, anda dan pasangan anda ada lebih banyak masa berdua-duaan. Ayuh! Anda kini mempunyai banyak peluang untuk menikmati seks hebat!

Ya, memang benar apabila anda semakin berumur anda akan mengambil lebih banyak masa untuk menaikkan nafsu seks. Ia juga memang normal jika anda merasakan kekurangan dalam keinginan seks.

Tetapi apabila usia anda meningkat melepasi 50 tahun tidak bermakna kehidupan seks anda tamat.

Anda mungkin pernah mengalami rasa kekurangan keinginan seks sejak putus haid... sebelum anda membuat kesimpulan bahawa putus haid atau usia anda yang bertanggungjawab atas rasa kekurangan keinginan seks, timbangkan beberapa punca lain.

Banyak medikasi seperti ubat anti-hipertensi, ubat penenang, dan ubat anti-tekanan boleh mengubah bagaimana anda merasai tentang seks.

Isu-isu lain yang menjejaskan respons seksual termasuk penyakit seperti sakit jantung, kencing manis, dan artritis, serta imej anda sendiri dan juga jumlah tekanan yang anda hadapi setiap hari.

Para penyelidik dari New England Research Institute dan University of Massachusetts Medical School mendapati satu fakta yang mengagumkan...

Faktor utama yang menjadi penentuan mempengaruhi wanita yang memiliki masalah seks adalah sikap wanita itu sendiri terhadap seks sewaktu putus haid. Bukan kerana kekurangan estrogen.

Para penyelidik juga mendapati hanya satu perkara yang bersangkut paut dengan kekurangan pengeluaran estrogen semasa putus haid, iaitu kadang-kala rasa sakit sewaktu persetubuhan.

Apa Anda Percayai Terhadap Seks/Putus Haid Adalah Apa Yang Anda Akan Dapat?

Para pengkaji mendapati satu fakta yang penting.

Wanita yang mengalami kehilangan keinginan seks selepas putus haid, adalah wanita yang mempercayai kehilangan keinginan seks adalah normal bagi mereka yang semakin berumur.

Dua Perkara Penting Yang Harus Diperhatikan:

- Kehilangan keinginan seks tidak dialami oleh majoriti wanita yang putus haid.

- Kehilangan keinginan seks tidak bersangkut paut dengan penurunan paras estrogen

CANTIKNYA LELAKI .... HEBATNYA WANITA

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…

Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”

Surah Al-Ahzab : Ayat 71

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

Petua

Petua : Menziarah KUBUR

1. Ketika sampai di kawasan kubur adalah sunat memberi salam.

2. Menghadiahkan bacaan ayat suci al-Quran. Terdapat dalam hadith Nabi menganjur supaya membaca:

i. Surah Yaasin
ii. Surah al-Ikhlas
iii. Surah al-Falaq
iv. Surah an-Nas
v. Surah al-Fatihah


Petua : Sebelum Turun Ke Laut

1.Bacalah BISMILLAH dengan nawaitu yang betul.
2.Bacalah AL-FATIHAH kepada Rasulullah s.a.w. dengan ikhlas.
3.Bacalah AL-FATIHAH kepada Nabi KHAIDIR a.s dengan niat minta izin.
4.Bacalah AL-FATIHAH kepada Nabi SULAIMAN a.s dengan niat permudahkan urusan dengan haiwan-haiwan di darat dan dilaut.


Petua : Memancing Di Sungai

Jika memancing di sungai, kemungkinan besar mesti ada buaya. Jangan gunakan umpan tepung yang digaul dengan kunyit. Buaya tidak suka bau kunyit dan ia boleh ‘mengamuk’ dan ini boleh mendatangkan bahaya kepada pemancing.

Petua : Menghilangkan Panas Dalam Badan

Daun bunga raya amat berguna unutk menurunkan panas dalam badan. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas di dalam air hingga hancur. Sapukan pada kepala dan seluruh tubuh hingga basah. Biar kering sendiri dan ulang lagi hingga reda panasnya.

Lelaki Diumpan Menerusi Matanya

Adakah benar lelaki diumpan menerusi matanya? 

Mata lelaki dianggap pembangkit ghairah paling utama. Kemudian itu barulah sentuhan, hiduan dan pemikiran rasional memainkan peranan.

Untuk  menghangatkan hubungan, wanita perlu menghiasi dirinya dengan keindahan. Ini boleh membangkitkan keghairahan lelaki. Lelaki cenderung untuk mencari keghairahan penglihatan, sedangkan wanita bangkit keghairahannya dari bacaan dan kesan terhadap imaginasinya.

Apa kata wanita?


Jumaat, Oktober 29, 2010

Kalau Berpacaran with lyrics.wmv

RAHSIA JUMAAT ...

Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat

Amalan Sunat Hari Jumaat

Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.

Sesudah itu bersegeralah ke masjid.. Sabda Rasulullah SAW: " Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat  maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah"

Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.

Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan

Kerjakanlah sembahyang tahiyatul masjid dan yang paling afdhal hendaklah menunaikan sembahyang itu empat rakaat dengan membaca setiap rakaat sesudah Fatihah dengan bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Dalam sebuah hadis dinayatakan: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga"

Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin. Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.

Manakala pada hari Jumaat pula hendaklah ia memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata, jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.. Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan  surah Al-Ikhlas, Surah Ma'uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 - 2. m.s 82).

Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.

Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat.

 **
Semuga kita semua mendapat keberkatanNYA
InsyaAllah ..




 

Khamis, Oktober 28, 2010

Kehebatan Perkataan 'Tolong' dan 'Terima Kasih'!

"Can you press for me level 7... Please," Pinta seorang kiwi (orang New Zealand), semasa kami berada di dalam lif di perpustakaan universiti.  "Sure!" Saya membalas, sambil jari menekan butang di lif.  "Cheers!" Dia membalas. 

Dalam satu kejadian lain,  "Excuse me, can you take that for me. Please.." Pinta seorang makcik.  "Which one? This one?" Sambil memegang tin dan menunjukkan kepada makcik yang meminta.
"Yup. Thank you so much, my love!" Oh, hati berbunga, kerana dipanggil 'love'!Sweet lah makcik ni~

Saya bukanlah seorang yang terlalu 'alert', tetapi untuk masa-masa yang tertentu, telinga saya menangkap setiap butir bicara yang dikeluarkan oleh orang sekeliling. Kemudian, saya berfikir dan menilai, lantas belajar tentang erti kehidupan.

alt
Tolong..Terima Kasih..
"Mimi, ambil kan buku atas meja," Saya berhenti sekejap. Otak ligat berfikir, memproses ayat yang dikeluarkan oleh rakan sebentar tadi.  Saya diam. Badan bergerak menuju ke arah meja untuk mengambil buku.

"Mimi, buka pintu rumah," Nadanya biasa sahaja. Tiada nada marah, mahupun mengarah. Saya diam. Kad rumah dikeluarkan, pintu dibuka.  Hati memberontak, mahu juga berkata tentang apa yang saya rasa pada kawan sekeliling. Masa senggang yang ada saya ambil untuk membuat perbincangan, dengan harapan sahabat boleh berfikir tentangnya.

"Ijan, perasan tak sesetengah orang ni suka 'memerintah' "  Saya memulakan bicara. "Macam mana?" Dia menyoal untuk mengetahui.   "Kita selalu perasan, kawan-kawan kita jarang nak guna perkataan 'tolong'. Terutama apabila mahukan orang lain membuat sesuatu untuknya. Semua pun nak beri arahan,"
"Kita selalu perasan jugak, kiwi-kiwi kat sini, kalau nak minta tolong daripada orang lain, mesti mereka akan gunakan perkataan, "Please". Kalau tak di awal ayat pun, di akhir ayat mereka pasti akan guna juga perkataan "Please" tu."

Ego kah diri, sebab tak mahu 'diarah'?  Bukan. Cuma, merasakan bahawa perkataan yang keluar itu memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan si pengeluar perkataan tersebut.  Bukankah tujuannya mahu meminta 'tolong'? Tidak terlalu berat atau susah rasanya untuk menggunakan perkataan 'tolong' tersebut.  Bukankah perkataan 'tolong' itu juga menunjukkan rasa rendah diri. Rendah diri kerana diri sendiri tidak mampu untuk melakukan sesuatu. Jadi, kita bertindak untuk meminta bantuan dan pertolongan daripada orang lain.

Manusia, tiada yang sempurna, malah manusia perlu untuk hidup dalam komuniti supaya setiap kelemahan yang ada di dalam diri individu mampu ditampung oleh individu yang lain.  "Eh, dah lah nak minta tolong orang. Kemudian nak mengarah pula."  Detik dia di dalam hati apabila diminta untuk 'tolong' mengambilkan sesuatu. Sedangkan bukanlah dia sedang di'arah' pun, cuma struktur ayat yang keluar menyebabkan dia rasa seperti sedang diarah. Sedangkan, kalau difikirkan pun, tiadalah kawan itu mahu 'mengarah' pun.

Lagi teruk keadaannya apabila permintaan telah dipenuhi, 'terima kasih' tidak dilafazkan.  Terima kasih itu sebagai tanda penghargaan kepada yang telah membantu. Kadang-kadang yang membantu tidaklah mengharapkan sangat perkataan tersebut, tetapi, bukankah itu adab?

Orang berbudi, kita berbahasa..kan?

Tahun lepas banyak turning point kepada diri. Salah satunya adalah insiden yang berlaku semasa perjalanan ke universiti, dengan menaiki bas.

Rakan saya membayar tambang bas kepada pakcik pemandu. Dikatakannya, "University." Seperti biasa, mukanya sentiasa tersenyum, sambil tangan menghulur syiling bernilai NZD1.50. Pakcik tersebut berkata, "Sorry?" Sambil air mukanya berubah. Rakan saya mengulang perkataan yang sama, "University." Pakcik tersebut, "Again?"  Ketika itu saya sudah mulai rasa pelik. Di dalam hati, "Eh, teruk sangat ke slang kitorang sampaikan sebut 'university' pun pakcik tu tak dapat nak identify?"

Rakan saya menyebut lagi, "University." Air mukanya tetap tidak berubah, tetap tersenyum. Kemudian, pakcik itu menyebut, "Rude!" Raut mukanya seperti marah, sambil mengambil duit yang dihulurkan oleh rakan tersebut.

Sepanjang dalam perjalanan ke universiti, kami berfikir, kenapa pakcik tersebut marah? Apa yang kami buat?  Lantas, Allah SWT datangkan pengajarannya. Rakan saya berkata, "Mesti sebab kita tak guna perkataan 'please'.  Kalau tak, takkan lah pakcik tu kata 'rude!' tiba-tiba."

Astaghfirullahal'azim. Saya terdiam, memandang ke luar tingkap, sambil berfikir. Berfikir dan bersyukur diatas tunjuk ajar yang telah diberikan oleh Allah SWT.

Hati terdetik, "Mereka ni ada nilai-nilai baik yang diamalkan dalam kehidupan seharian, bukanlah mereka Islam pun. Tetapi, mereka tahu dan amalkan nilai dan adab."  Allahu akbar~ Terima kasih kepada pakcik pemandu bas yang telah 'mengajar' kami nilai dan adab. Hati terasa lembut, tiada langsung rasa mahu marah kerana perkataan "Rude!" yang dikeluarkan.

Marah tiada, tapi terkejut. Langsung, bersyukur kepada Allah SWT yang mahu kami tahu dan belajar tentang erti hidup. Erti hidup yang sebenarnya perlu kepada adab dan nilai hormat kepada orang sekeliling yang telah memberi khidmat dan bantuan.

Jangan ditinggalkan perkataan 'Tolong' dan 'Terima Kasih' dalam hidup sehari-hari! Hakikatnya, kita lemah. Paling tidak pun, kepada Allah SWT perlu untuk kita meminta!

Manners are not born with us, they are acquired.

Adab dalam Persahabatan

1 . Mesti tahan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita dan sahabat saling boleh menerima gurauan. Oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.
2 . Jangan terlalu celupar atau mengkritik. Kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

3 . Jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi orang terdekat dengan sahabat kita seperti tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

4 . Perkara sensitif seperti gaji, kenaikan pangkat dan hutangnya jangan sekali-kali ditanya.

5 . Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi seperti rumahtangga atau hubungan suami/ isteri sahabat.

6 . Terima kekurangan dan keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri. Diri kita belum tentunya baik.

7 . Bijak menyesuaikan tutur kata dengan emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

Rabu, Oktober 27, 2010

SEBAB MATA LELAKI GEMAR MELIHAT BADAN WANITA

p/s: bagus untuk peringatan kita....kaum hawa....sila ambil perhatian.....share la dgn yg lain..maybe ada yg pernah baca...tp baca sekali lagi untuk peringatan kita....

 
Malam pasangannya siang,  Jaga pasangannya tidur,  Rajin pasangannya malas, Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami. Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2,keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu". Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat. Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri.. Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…


wasalam...

Syaitan Pun Terkejut

Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh.  Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan.

Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka syaitan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang boleh menjadi sahabatku..!"

Begitu juga ketika waktu Zuhur orang ini tidak mengerjakan solat, syaitan tersenyum lebar sambil membatin, " Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!".  Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asik dengan kegiatannya, syaitan mulai terdiam......

Kemudian ketika datang waktunya maghrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka syaitan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahwa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu.  Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya', maka syaitan itu sangat panik.

Ia rupanya tidak boleh menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan,  "Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !"  Dengan keheranan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat ?".

"Aku takut !", jawab syaitan dengan suara gemetar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada "Adam", telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya (Sujud pada Allah). Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu !", kata syaitan sambil beredar pergi.


Aurat Wanita Dari Al-Quran Dan Hadis

1. Bulu kening -Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) -"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian  -"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).

4. Dada -"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)

5. Gigi -'Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.' (Riwayat At-Thabrani) -"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah" (Riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Muka dan Tangan -Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).

7. Tangan -"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya" (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).

8. Mata -"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31). -Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).

9. Mulut (suara) -"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."( Al Ahzab: 32). -Sabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah).

10. Kemaluan -"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "(An Nur : 31). -"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar). -"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).

11. Pakaian -"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah). -"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu. -"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).

12. Rambut -"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Kucing Dipotong Kaki Kerana Mencuri Ikan.mp4

FAHAMI TAKDIR ILAHI

Kenapa kita pernah merasakan patah hati? Kenapa kita pernah merasakan sedih? Kenapa kita pernah merasakan jenuh dalam menghadapi hidup ini? Dan kenapa pula kita pernah merasakan hal-hal yang kurang berkenan dihati?
Jawabannya adalah karena kita tidak memahami takdir Ilahi secara hayati. Sebuah takdir yang memang sudah tertulis untuk kita masing-masing. Setiap manusia sudah ada jalan hidupnya masing-masing akan seperti apa. Allah SWT telah menentukan jalan yang harus kita lalui dalam kehidupan kita ini. Kita hanya diberi kesempatan untuk menjalankannya, tapi aturan ada ditangan-Nya..

Apapun yang terjadi dalam kehidupan kita memang sudah diputuskan oleh Allah akan seperti itu. Maka tak perlu disesali, tak perlu ditangisi dan tak perlu diratapi. Karena bila itu terjadi maka hanya akan menambah beban dihati. Sesuatu hal yang buruk yang menimpa kita belum tentu itu buruk dihadapan Allah. Allah memberikan musibah itu mungkin agar kita mengambil hikmah dari kejadian tersebut, Meskipun terkadang kita merasa kesal, bete, sedih, dll.
Tapi sesudah itu pasti ada kebaikan. Hikmah yang bisa kita ambil antaralain dapat membuat kita lebih waspada dalam mengarungi hidup ini., membuat kita berpikir untuk tidak melakukan kesalahan itu untuk yang kedua kalinya, membuat kita lebih tegar dan berpikir lebih dewasa serta membuat kita lebih bijak dalam menghadapi suatu masalah yang akan menimpa kita selanjutnya. Satu hal yang perlu kita lakukan adalah kita harus tetap mendekatkan diri kita kepada Allah Yang Maha Esa.
Apabila kita telah memahami setiap yang terjadi merupakan sebuah takdir Ilahi maka hidup kita akan lebih tenang, tentram dan nyaman serta menyenangkan. Karena kita yakin setelah kejadian itu pasti akan ada hasil yang terbaik dan akan jauh lebih indah dari apa yang telah kita bayangkan. Jadi untuk apa diratapi.

 Ingatlah, tak ada sesuatu hal yang sia-sia yang Allah berikan untuk kita. Allah tak akan menyia-nyiakan apa yang telah kita lakukan dalam setiap celah kehidupan ini. Apa yang telah kita lakukan pasti akan dilihat oleh-Nya. Tak mungkin Allah akan mencampakkan kita begitu saja.
Untuk menjalani hidup ini yang kita perlukan adalah kesabaran. Dengan sabar kita tidak akan terbuai oleh emosi keji. Dan kesabaran akan membuahkan keberhasilan..




Setelah kita memahami takdir Illahi yang kita rasakan adalah ketenangan hati. Menjalani hari tak akan mungkin ada rasa gundah hati. Hati jadi lebih bersih, jiwa jadi lebih terkondisi dengan baik. Ini bukan sekedar kata-kata tapi bagaimana cara kita untuk mau mencobanya sedikit demi sedikit dalam keseharian kita. So, marilah kita pahami takdir Ilahi dalam menyikapi setiap masalah yang terjadi dalam setiap kehidupan kita ini. Tanamlah keyakinan itu dalam diri kita maka hidup kita akan jauh lebih berarti. Ayo, bangkitlah dari keterpurukan wahai Saudaraku!!!!

Hanya ini yang bisa aku katakan karena seperti itulah yang aku rasakan. Hidup tak seindah khayalan, namun dapat menjadi lebih indah apabila kita mau menghadapinya dengan penuh ketangguhan. Mohon maaf apabila ada kekurangan, kata yang salah itu datangnya dari saya dan kata yang benar itu datangnya dari Allah SWT.

MAAFKANLAH AKU, KAWAN!

Dua orang sahabat karib sedang berjalan melintasi gurun pasir. Di tengah perjalanan, mereka bertengkar, dan salah seorang menampar temannya. Orang yang kena tampar, merasa sakit hati, tapi dengan tanpa berkata-kata, dia menulis di atas pasir : HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENAMPAR PIPIKU. Mereka terus berjalan, sampai menemukan sebuah oasis, dimana mereka memutuskan untuk mandi. Orang yang pipinya kena tampar dan terluka hatinya, mencoba berenang namun nyaris tenggelam, dan berhasil diselamatkan oleh sahabatnya.Ketika dia mulai siuman dan rasa takutnya sudah hilang, dia menulis di sebuah batu: HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENYELAMATKAN NYAWAKU.

Orang yang menolong dan menampar sahabatnya, bertanya, “Kenapa setelah saya melukai hatimu, kau menulisnya di atas pasir, dan sekarang kamu menulis di batu?”Temannya sambil tersenyum menjawab, “Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapus tulisan tersebut. Dan bila sesuatu yang luar biasaterjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tidak bisa hilang tertiup angin.”Cerita di atas, bagaimanapun tentu saja lebih mudah dibaca dibandingditerapkan. Begitu mudahnya kita memutuskan sebuah pertemanan ‘hanya’ karena sakit hati atas sebuah perbuatan atau perkataan yang menurut kita keterlaluan hingga menyakiti hati kita. Sebuah sakit hati lebih perkasa untuk merusak dibanding begitu banyak kebaikan untuk menjaga.



Mungkin ini memang bagian dari sifat buruk diri kita.Karena itu, seseorang pernah memberitahu saya apa yang harus saya lakukan ketika saya sakit hati. Beliau mengatakan ketika sakit hati yang paling penting adalah melihat apakah memang orang yang menyakiti hati kita itu tidak kita sakiti terlebih dahulu.Bukankah sudah menjadi kewajaran sifat orang untuk membalas dendam? Maka sungguh sangat bisa jadi kita telah melukai hatinya terlebih dahulu dan dia menginginkan sakit yang sama seperti yang dia rasakan. Bisa jadi juga sakit hati kita karena kesalahan kita sendiri yang salah dalam menafsirkan perkataan atau perbuatan teman kita. Bisa jadi kita tersinggung oleh perkataan sahabat kita yang dimaksudkannya sebagai gurauan.Namun demikian, orang yang bijak akan selalu mengajari muridnya untuk memaafkan kesalahan-kesalahan saudaranya yang lain. Tapi ini akan sungguh sangat berat. Karena itu beliau mengajari kami untuk ‘menyerahkan’ sakit itu kepada Allah -yang begitu jelas dan pasti mengetahui bagaimana sakit hati kita- dengan membaca doa, “Ya Allah, balaslah kebaikan siapapun yang telah diberikannya kepada kami dengan balasan yang jauh dari yang mereka bayangkan.




Ya Allah, ampuni kesalahan-kesalahan saudara-saudara kami yang pernah menyakiti hati kami.”Bukankah Rasulullah pernah berkata, “Tiga hal di antara akhlak ahli surga adalah memaafkan orang yang telah menganiayamu, memberi kepada orang yang mengharamkanmu, dan berbuat baik kepada orang yang berbuat buruk kepadamu”.Karena itu, Saudara-saudaraku, mungkin aku pernah menyakiti hatimu dan kau tidak membalas, dan mungkin juga kau menyakiti hatiku karena aku pernah menyakitimu. Namun dengan ijin-Nya aku berusaha memaafkanmu. Tapi yang aku takutkan kalian tidak mau memaafkan.Sungguh, Saudara-saudaraku, dosa-dosaku kepada Tuhanku telah menghimpit kedua sisi tulang rusukku hingga menyesakkan dada.Saudara-saudaraku, jika kalian tidak sanggup mendoakan aku agar aku ‘ada’ di hadapan-Nya, maka ikhlaskan segala kesalahan-kesalahanku. Tolong jangan kau tambahkan kehinaan pada diriku dengan mengadukan kepada Tuhan bahwa aku telah menyakiti hatimu.

CINTA YANG SEBENARNYA

Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami

ROMANTIKNYA RASULULLAH S.A.W.
 
Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. Disebutkan satu kisah pada suatu  hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapan baginda lalu bertanya "siapakah diantara mereka (isteri-isteri)  baginda yang paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian."    
 
Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda     sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain. Lalu suatu hari     mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama.

Rasulullah  SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya".      Isteri-isteri baginda tersenyum  puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW  ada bersabda yang bermaksud:  "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka".

Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah.  Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.
 
Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga.  Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap  masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa.

Pada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda ke syurga.

"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman...." Aaaammmmmiiiiin Ya Rabbal 'Alamin

Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, Insya Allah Tuhan akan    menggandakan 10 kali kepadanya.

PETUA : Isteri-isteri sentiasa dara

Ini adalah petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan). Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

RAHSIA MEKAH & NOMBOR 1.618 -- Keajaiban Allah



1) Nisbah 1.618 ni memang dah diakui nisbah yang ajaib dalam rekabentuk sebab rekabentuk gunakan nisbah ni akan jadi cantik di mata manusia. itulah sebab nisbah 1.618 ini dipanggil Nisbah Emas atau Purata Emas.

2)Yang lagi ajaib rupa2nya bila diukur, kota mekah bukan.....

Selasa, Oktober 26, 2010

Bunga Idaman Islam

Petang tadi terlihat kepadaku sekuntum bunga. Kelopaknya indah warna warni kucuba mendekatinya tapi niatku terbantut tatkala melihat duri-duri tajam di batangnya pasti duri-duri itu akan melukai jemariku.

Aku cuba mencium baunya tetapi amat payah lantaran sukar memegangnya aku mengeluh sendiri mencari bunga cantik yang bisa kusentuh lalu kuterlihat kepada sekuntum bunga tidak jauh dariku.

Aku menghampiri bunga itu nampak cantik dari jauh kulihat batangnya, tiada berduri lalu kusentuh dan kucuba menciumnya tapi tak lama kemudian aku lepaskannya. Baunya cukup membuatkan aku loya lalu aku terdengar suara manusia lain dibelakangku; sepasang adam dan hawa sedang bermanjaan lagak mereka sungguh menjengkelkan. Aku mengumpat di dalam hati rasa marah bila hukum Tuhan tak diendahkan.

Tak lama kemudian si adam memarahi si hawa. Aku hanya melihat dari jauh seperti menonton drama di televisyen lalu si adam meninggalkan si hawa seorang diri membiarkan gadis manis itu menangis hiba sementara itu pula aku terpandang seorang hawa berpakaian serba sopan sederhana gayanya dia berjalan tidak jauh dariku.

Pakaiannya labuh tidak meransang nafsu. Alangkah senang hatiku melihatnya dia menundukkan pandangan. Adam di sisi langsung tidak menegur bukan kerana benci tetapi tanda hormat.

Aku tersenyum sendiri tiba-tiba aku teringatkan dua kuntum bunga yang baru tadi kulihat.

Aku mula bermonolog.. bunga yang berduri itu pasti susah didekati sang kumbang. Bunga yang busuk itu pasti sudah dihisap madunya oleh sang kumbang lalu kumbang itu meninggalkannya setelah puas madunya dihisap.

Aku melihat kembali ke arah dua hawa tadi lalu ku bingkas bangun.

Siapakah aku?

Aku tergolong dalam kelompok bunga yang mana?

Tiba-tiba aku menangis merenung sifat sendiri...

Ya Allah! jadikan aku bunga idaman para mujahid...Bunga idaman agama! Aku mahu kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran..Jadikan aku wanita solehah, wanita mukminah!

Moga diriku seperti Khadijah, Masyitah, Aisyah, Muthiah dan Ainul Mardiah! Aku ingin menjadi bunga idaman Islam.

Calon Suami yg Dicari:

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut. Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang perempuan yang mempunyai sifat-sifat berikut:

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

PESAN RASULULLAH SAW KEPADA ORANG YANG AKAN DICABUT NYAWANYA

Suatu ketika datang kepada Rasulullah, Malaikat pencabut nyawa (Izrail) dalam rupa seorang laki-laki. Malaikat itu duduk bersama Rasul dan menyampaikan sesuatu. Kemudian datanglah seorang sahabat kepada Rasulullah, lantas Malaikat itu izin pamit dan meninggalkannya. Bertanya sahabat, Ya Rasul siapakah gerangan orang itu?. Rasul menjawab, orang itu ialah Malaikat pencabut nyawa (Izrail), dia datang kepadaku memberitahukan bahwa engkau sebentar lagi akan mati dan aku akan mensholatkanmu. Lalu sahabat itu bertanya, “Berikanlah kepadaku pesan terakhir yang akan menyempurnakan kehidupanku”. Rasulpun menjawab, “Kalau ada majlis ilmu, maka dengarkanlah”.

Penggalan kisah di atas menggambarkan pentingnya kedudukan mencari ilmu dalam pandangan islam. Pesan terakhir Nabi bagi orang yang akan dicabut nyawanya adalah mencari ilmu, bukan mengerjakan shalat, zakat atau amalan ibadah lainnya. Mencari ilmu wajib hukumnya bagi setiap orang, sama halnya dengan kewajiban menjalankan ibadah sholat, puasa, dan zakat.

Nabi dalam hadits lain bersabda, “Tuntutlah ilmu dari semenjak dilahirkan (dalam buaian ibu) sampai masuk liang lahat”. Dalam al-Quran, Alloh SWT mengajarkan sebuah do’a, “Robbi Jidnii ilmaa”, Ya Robb tambahlah ilmu. Kita jangan pernah merasa sudah banyak ilmu, namun sebaliknya carilah terus ilmu sampai akhir hayat menjemput kita.

Lebih lanjut Nabi mengatakan bahwa keutamaan orang yang mencari ilmu, akan dinaungi oleh sayap-sayap malaikat, artinya ia dilindungi dan dirahmati Allah SWT.
Dalam kenyataaannya, banyak sekali kendala saat kita mencari ilmu. Kendala utama biasanya rasa malas. Kita tidak sabar, inginnya sih memperoleh hasil yang instant dari ilmu yang dipelajari. Padahal perlu kita sadari, adakalanya ilmu itu baru memberi manfaat di kemudian hari, mungkin 1 tahun, 2 tahun atau lebih dari itu.Seperti halnya penemuan-penemuan listrik, telepon dan lain-lain bisa dinikmati dari dulu sampai sekarang. Jika kita menelaah lebih lanjut QS Al-Baqoroh 31, yang berbunyi:

“Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: “Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar!”

Kita ini memiliki  ilmu karena Allah SWT yang pertama kali mengajarkan kepada adam tentang nama-nama benda. Karena itu kedudukan manusia lebih sempurna dibandingkan Malaikat dan makhluk lainnya.

Dalam ayat lain Allah menyatakan, bahwa Allah-lah yang mengeluarkan manusia dari perut ibunya, dan manusia  tidak mengetahui apa-apa saat dilahirkan. Lalu Allah SWT memberikan pendengaran dan penglihatan agar manusia berpikir dan bersyukur.

Semakin banyak kita mendengar, melihat, dan berfikir dengan menggunakan panca indera, maka semakin banyak ilmu yang akan kita peroleh. Untuk itu, mari kita mencintai ilmu, karena pesan Rasul kepada yang mau meninggal saja, mencari ilmu.
Orang yang memiliki ilmu dan diamalkan, selain akan manfaat bagi sendiri juga bagi orang di sekitar. Dalam hadist lain Nabi bersabda, tiga amalan yang tidak putus walau seorang anak adam meninggal dunia yaitu, Shodaqoh jariah, Ilmu yang bermanfaat, dan anak sholeh yang mendoakan kedua orang tuanya.

Mengutamakan Akhirat

َمنْ جَعَلَ الْهُمُوْمَ هَمًّا وَاحِدًا هَمَّ الْمَعَادِ كَفَاهُ اللهُ سَائِرَ هُمُوْمِهِ
"Barangsiapa yang menjadikan semua tujuan menjadi satu, yaitu tujuan hari kembali, niscaya Allah  mencukupkan kepadanya semua tujuannya"

Seorang mukmin yang menjadi da'i akan menjalani hidup dengan banyak tujuan, dan terkadang banyaknya tujuan menjadi penyebab terpecahnya konsentrasi dari tujuan utama dan memalingkan tujuan kepada kesibukan ahli dunia (orang-orang yang tujuan hidupnya hanya dunia semata) dengan segala tujuan mereka, maka sirnalah karakteristik, hilanglah perbedaan, dan kacaulah timbangan.

Sesungguhnya di antara hinanya perkara dunia bahwa Allah S.W.T.  menjadikannya tidak abadi untuk seseorang:
إِنَّ حَقًّا عَلَى اللهِ أَنْ لاَيَرْفَعَ شَيْئًا مِنْ أَمْرِ الدُّنْيَا إِلاَّ وَضَعَهُ
"Sesungguhnya menjadi hak Allah S.W.T. bahwa Dia tidak meninggikan sesuatu dari perkara dunia kecuali Dia merendahkannya."[i]
Sesungguhnya dunia adalah hari-hari yang Allah S.W.T.  putar di antara manusia, maka Dia meninggikan suatu kaum dan merendahkan yang lain, memuliakan suatu kaum dan menghinakan yang lain, agar menjadi realita hikmah Allah S.W.T. dalam menguji hamba-Nya.
Sesungguhnya Allah S.W.T.  memberikan dunia kepada orang yang beriman dan orang yang kafir, dan Dia tidak memberikan agama kecuali kepada orang yang dicintai-Nya. Rasulullah S.A.W.  merasa heran terhadap Abdullah bin 'Amar rahimahullah, saat beliau melihatnya memperbaiki dan menambah tanah pada dinding rumahnya, maka beliau S.A.W. ingin mengosongkan hatinya dari ketergantungan terhadap dunia dan beliau S.A.W.  ingin mengingatkannya dengan sudah dekatnya ajal supaya menyiapkan diri untuknya, maka beliau bersabda:

مَا أَرَى اْلأَمْرَ إِلاَّ أعْجل مِنْ ذلِكَ
"Aku tidak melihat perkara kecuali mempercepat dari hal itu."[ii]

Supaya akhirat menjadi tujuannya dan kesibukannya adalah menyiapkan diri untuk hal itu. Maka apabila seseorang berlebihan dalam berpaling dari dunia dan berusaha padanya, maka ia perlu menoleh dari sisi yang lain:

ولاَتَنْسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا

Janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi (QS. al-Qashahsh:77)

supaya ia tetap berada di atas garis keseimbangan.
Sesungguhnya hamba yang diliputi kenikmatan, terkadang diberikan tambahan tanggung jawab dan siksa, sedangkan dia tidak mengetahui:

إِذَا رَأَيْتَ اللهَ يُعْطِي الْعَبْدَ مِنَ الدُّنْيَا مَا يُحِبُّ وَهُوَ مُقِيْمٌ عَلَى مَعَاصِيْهِ فَإِنَّمَا ذلِكَ مِنْهُ اسْتِدْرَاجٌ
"Apabila engkau melihat Allah S.W.T. memberikan kepada hamba apa yang disukainya dari dunia, sedangkan dia bergelimang perbuatan maksiat, sesungguhnya hal itu adalah istidraj[iii] dari-Nya."[iv]

Maka janganlah engkau berduka cita terhadap kehilangan dunia dan janganlah engkau mengulurkan pandangan matamu kepada dunia yang diberikan kepada manusia, karena hal itu menjadi bencana bila hak-haknya tidak ditunaikan.

Dan yang berbahaya adalah bahwa kenikmatan ini hanya merupakan balasan di dunia, agar dia tidak mendapatkan pahala di akhirat, di saat dia sangat membutuhkannya untuk menambah daun timbangan kebaikannya. Karena itulah, Rasulullah r memberikan ketentraman kepada para sahabatnya, saat mereka menyebutkan kenikmatan bangsa Romawi dan Persia, beliau bersabda:

أُولئِكَ قَوْمٌ عُجِّلَتْ لَهُمْ طَيِّبَاتُهُمْ فِى الْحَيَاةِ الدُّنْيَا
"Mereka adalah satu kaum yang disegerakan kenikmatan mereka dalam kehidupan dunia."[v]

Dan mayoritas kondisi manusia adalah seperti yang digambarkan oleh Rasulullah S.A.W.:

أَكْثَرُ النَّاسِ شَبَعًا فِى الدُّنْيَا أَطْوَلُهُمْ جُوْعًا فِى اْلآخِرَةِ
"Manusia yang paling banyak kenyang di dunia adalah yang paling lama kelaparan di akhirat."[vi]

Penyebab hal itu adalah sedikitnya orang-orang yang bersyukur, dan sebagaimana firman Allah S.W.T.:

مَّنْ كَانَ يُرِيدُ الْعَاجِلَةَ عَجَّلْنَا لَهُ فِيهَا مَانَشَآءُ لِمَن نُّرِيدُ ثُمَّ جَعَلْنَا لَهُ جَهَنَّمَ يَصْلاَهَا مَذْمُومًا مَّدْحُورًا
Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka Jahannam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir. (QS. al-Isra:18)

Dan semua nikmat, sekecil apapun adanya, di atasnya ada perhitungan (hisab) dan tanggung jawab (mas`uliyah). Maka orang miskin adalah orang yang tidak melaksanakan haknya, bukan orang yang tidak mendapatkannya semasa hidup di dunia:

إِنَّ أَوَّلَ مَايُسْأَلُ عَنْهُ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنَ النَّعِيْمِ أَنْ يُقَالَ لَهُ: أَلَمْ نُصَحِّ لَكَ جِسْمَكَ وَنُرَوِّيكَ مِنَ الْمَاءِ الْبَارِدِ
"Sesungguhnya pertanyaan pertama yang diajukan kepada hamba di hari kiamat tentang nikmat bahwa dikatakan kepadanya: Bukankah Kami memberikan kesehatan kepada tubuhmu dan melepaskan dahagamu dengan air dingin?'[vii]

Karena itulah, termasuk tanda jalan ke surga bahwa ia dipenuhi dengan cobaan, dan cobaan tidak menjadi mudah kecuali bagi orang yang menjadikan akhirat sebagai tujuannya:

حُفَّتِ الْجَنَّةُ بِاْلمَكَارِهِ وَحُفَّتِ النَّارُ بِالشَّهَوَاتِ
"Surga diliputi dengan segala yang dibenci dan neraka diliputi dengan nafsu syahwat."[viii]

Sesungguhnya tanggung jawab seorang muslim yang mengagungkan Allah S.W.T.  dengan sebenarnya adalah bahwa ia menyatukan tujuannya, dan ia berfikir tentang persoalan yang akan datang dan tempat kembali (akhirat), bukan memalingkan segala kesungguhan, fikiran, dan waktunya dalam perkara-perkara hina dan rendah. Dan sekadar apa yang ada bagi Allah S.W.T.  dalam hati hamba berupa penghormatan, pengagungan dan rasa takut, seperti itulah pahala dan kedudukan bagi hamba di sisi Allah S.W.T.:

مَنْ أَرَادَ أَنْ يَعْلَمَ مَا لَهُ عِنْدَ اللهِ فَلْيَنْظُرْ مَا ِللهِ عِنْدَهُ
"Barangsiapa yang ingin mengetahui apa-apa untuknya di sisi Allah S.W.T, maka hendaklah ia memperhatikan apa-apa yang ada di sisinya untuk Allah S.W.T."[ix]

Barangsiapa yang selalu memikirkan ridha Allah S.W.T, maka dia tidak disibukkan oleh kenikmatan dan tidak dibutakan oleh bala musibah. Dan barangsiapa yang selalu bersama Allah S.W.T.  di saat senang, tentu Allah S.W.T.  bersamanya di saat susah:

تَعَرَّفْ إِلَى اللهِ فِى الرَّخَاءِ يَعْرِفْكَ فىِ الشِّدَّةِ
"Kenalilah Allah S.W.T. di saat senang, pasti Allah S.W.T. mengenalimu (menolongmu) di saat susah."[x]

Dan kondisi seperti ini menuntut seorang mukmin agar selalu muraqabah kepada Allah S.W.T.  dan merasa malu dari-Nya, melebihi sifat hati-hati dan rasa malu dari manusia:

مَاكَرِهْتَ أَنْ يَرَاهُ النَّاسُ مِنْكَ فَلاَتَفْعَلْهُ بِنَفْسِكَ إِذَا خَلَوْتَ
"Apapun yang engkau tidak suka manusia melihatnya darimu, maka janganlah engkau melakukannya saat dalam kesendirianmu."[xi]

وَاعْبُدِ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ
"Dan sembahlah Allah S.W.T. seolah-olah engkau melihat-Nya, maka jika engkau tidak bisa seolah-olah melihat-Nya maka sesungguhnya Dia melihatmu."[xii]

Dan orang yang mengutamakan akhirat, apabila dia diingatkan dengan kesalahannya, ia cepat kembali:

إِذَا ذُكِّرْتُمْ بِاللهِ فَانْتَهُوْا
'Apabila kamu diingatkan kepada Allah S.W.T., maka berhentilah.'[xiii]

Dan orang yang takut kepada Allah S.W.T.  di dunia, takut melakukan maksiat kepada-Nya dan berhati-hati untuk perkara akhiratnya, dialah orang yang aman di akhirat:

قَالَ اللهُ تَعَالى: وَعِزَّتِي وَجَلاَلِي لاَأَجْمَعُ بَيْنَ أَمْنَيْنِ وَلاَخَوْفَيْنِ. إِنْ هُوَ أَمِنَنِي فِى الدُّنْيَا أَخَفْتُهُ يَوْمَ أَجْمَعُ عِبَادِي وَإِنْ هُوَ خَافَنِي فِى الدُّنْيَا أمنتُهُ فِى اْلآخِرَةِ
"Allah S.W.T. berfirman: Demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, aku tidak menggabungkan untuk hamba-Ku dua rasa aman dan dua rasa takut. Jika dia merasa aman terhadap-Ku di dunia niscaya Aku membuatnya ketakutan di hari Aku mengumpulkan hamba-hamba-Ku. Dan jika dia takut kepada-Ku di dunia, niscaya Aku menjadikan dia merasa aman di hari Aku mengumpulkan hamba-hamba-Ku."[xiv]

Dan orang yang mengutamakan akhiratnya berfikir tentang sesuatu yang mendekatkannya ke surga dan menjauhkan dirinya dari neraka, dan Allah S.W.T.  menjadikan lingkaran tanggung jawab berdasarkan dorongan keinginan manusia kepada taat atau maksiat, karena itulah Nabi S.A.W.  bersabda:

الْجَنَّةُ أَقْرَبُ إِلَى أَحَدِكُمْ مِنْ شِرَاكِ نَعْلِهِ وَالنَّارُ مِثْلُ ذلِكَ
"Surga lebih dekat kepada salah seorang darimu dari pada tali sendalnya, dan neraka juga seperti itu."[xv]

Dan apabila seseorang benar dalam melawan hawa nafsunya, niscaya Allah S.W.T.  memudahkan jalan baginya:

وَيَزِيدُ اللهُ الَّذِينَ اهْتَدَوْا هُدًى
Dan Allah akan menambah petunjuk kepada mereka yang telah mendapat petunjuk. (QS. Maryam:76)

Dan orang yang mengutamakan akhiratnya tidak melihat dunia sebagai negeri tempat tinggal, karena ia merasa sudah dekatnya keberangkatannya ke negeri yang abadi. Nabi S.A.W.  bersabda:
قَالَ لِي جِبْرِيْلُ: يَامُحَمَّدُ عِشْ مَا شِئْتَ فَإِنَّكَ مَيِّتٌ وَأَحْبِبْ مَنْ شِئْتَ فَإِنَّكَ مُفَارِقُهُ وَاعْمَلْ مَاشِئْتَ فَإِنَّكَ مُلاَقِيْهِ
"Jibril A.S. berkata kepadaku, hiduplah sesukamu, maka sesungguhnya engkau akan mati. Dan cintailah siapapun yang engkau kehendaki, maka sungguh engkau akan meninggalkannya. Dan lakukanlah apa yang engkau kehendaki, maka sungguh engkau akan menemui-Nya."[xvi]
Karena itulah, yang membuat Rasulullah S.A.W.  merasa heran adalah terbukanya pintu-pintu kebaikan dan lalainya manusia darinya, fitnah-fitnah yang mengejar seseorang dan tidak berlarinya dia darinya:

مَارَأَيْتُ مِثْلَ النَّارِ نَامَ هَارِبُهَا وَلاَمِثْلَ الْجَنَّةِ نَامَ طَالِبُهَا
"Aku tidak melihat seperti neraka yang tidur orang yang berlari darinya, dan tidak pula seperti surga yang tidur orang yang mencarinya."[xvii]

Di mana orang yang mengutamakan akhirat sangat bersemangat menjauhi kemungkaran dan bersegera dalam kebaikan.
Dan keadaan orang yang mengutamakan akhiratnya adalah mengurangi hubungan dan bersikap zuhud dalam pengeluaran:

كُنْ فِى الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيْبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيْلٍ
"Beradalah kamu di dunia seperti orang asing atau orang yang melewati jalanan (musafir)."[xviii]

Dan kesungguhan dalam kehidupan menjadi ciri utama bagi orang yang berharap (surga) serta takut (dari neraka):

لَوْ تَعْلَمُوْنَ مَاأَعْلَمُ لَضَحِكْتُمْ قَلِيْلاً وَلَبَكَيْتُمْ كَثِيْرًا
"Jika kamu mengetahui seperti yang kuketahui niscaya kamu sedikit tertawa dan banyak menangis."[xix]

Dan semangat dalam beramal menjadi tanda kebenaran persiapan untuk akhirat dan takut kepada Allah S.W.T., dan hal itulah yang digambarkan oleh Rasulullah S.A.W. dalam sabdanya:

مَنْ خَافَ أَدْلَجَ وَمَنْ أَدْلَجَ بَلَغَ الْمَنْزِلَ أَلاَ إِنَّ سِلْعَةَ اللهِ غَالِيَةٌ أَلاَ إِنَّ سِلْعَةَ اللهِ الْجَنَّةُ
"Barangsiapa yang takut niscaya ia berjalan di permulaan malam, dan barangsiapa yang berjalan di permulaan malam niscaya ia sampai ke rumah. Ketahuilah, sesungguhnya barang berharga Allah S.W.T. itu sangat mahal, ketahuilah, sesungguhnya barang berharga Allah S.W.T. itu adalah surga."[xx]

Adapun orang yang perjalanannya jauh dan berangkatnya terlambat, gerakannya pelan, dan semangatnya lemah, maka ia tidak akan mencapai maksudnya dan ia tidak pernah sampai ke tujuannya.
Dan di antara pendorong untuk mengutamakan akhirat yang terpenting adalah bahwa Allah S.W.T. menghilangkan dari hatinya sisa-sisa keinginan, supaya hatinya bersih kepada Allah S.W.T. , sekalipun ia berada di lautan cobaan. Nabi S.A.W. bersabda:

مَنْ جَعَلَ الْهُمُوْمَ هَمًّا وَاحِدًا هَمَّ الْمَعَادِ كَفَاهُ اللهُ سَائِرَ هُمُوْمِهِ, وَمَنْ تَشَعَّبَتْ بِهِ الْهُمُوْمُ مِنْ أَحْوَالِ الدُّنْيَا لَمْ يُبَالِ اللهُ فِى أَيِّ أَوْدِيَتِهَا هَلَكَ
"Barangsiapa yang menjadikan semua tujuan menjadi satu, yaitu tujuan hari kembali, niscaya Allah S.W.T. mencukupkan kepadanya semua tujuannya. Dan barangsiapa yang semua tujuan bercabang-cabang padanya dari segala keadaan dunia, niscaya Allah S.W.T. tidak perduli kepadanya, di jurang manapun ia binasa."[xxi]

مَنْ كَانَتِ اْلآخِرَةُ هَمَّهُ جَعَلَ اللهُ غِنَاهُ فِى قَلْبِهِ وَجَمَعَ لَهُ شَمْلَهُ وَأَتَتْهُ الدُّنْيَا وَهِيَ رَاغِمَةٌ وَمَنْ كَانَتِ الدُّنْيَا هَمَّهُ جَعَلَ اللهُ فَقْرَهُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ وَفَرَّقَ عَلَيْهِ شَمْلَهُ وَلَمْ يَأْتِهِ مِنَ الدُّنْيَا إِلاَّ مَا قَدْ قُدِرَ لَهُ.
"Barangsiapa yang akhirat menjadi tujuannya, niscaya Allah S.W.T. menjadikan kekayaannya di dalam hatinya dan menggabungkan persatuannya, serta dunia mendatanginya, sedangkan ia merasa enggan. Dan barangsiapa yang dunia menjadi tujuannya, niscaya Allah S.W.T. menjadikan kemiskinan di depan matanya, memisahkan persatuannya, dan dunia tidak datang kepadanya kecuali yang sudah ditaqdirkan untuknya."[xxii]

Maka perdagangan akhirat tidak akan merugi dan berdesak-desakan terhadap dunia tidak merubah takdir.
Kesimpulan:
  1. Termasuk sunnatullah dalam urusan dunia bahwa ia pasang dan surut.
  2. Di antara kehinaan dunia terhadap Allah I bahwa Dia memberikannya kepada orang kafir.
  3. Setiap kali nikmat bertambah niscaya bertambah besar pula tanggung jawab.
  4. Terkadang nikmat merupakan upah yang didahulukan kepada pemiliknya.
  5. Di antara tanda jalan menuju surga bahwa ia diliputi segala cobaan.
  6. Orang yang mengutamakan akhirat:
    1. Mengenal Allah I di saat senang dan susah.
    2. Segera kembali apabila bersalah.
    3. Berfikir terhadap apa yang mendekatkan ke surga dan menjauhkan dari neraka.
    4. Tidak memandang dunia sebagai tempat tinggal yang abadi.
    5. Bersikap ringan dari dunia dan zuhud.
    6. Semangat yang kuat dan takut kepada Allah I.
    7. Menjadikan semua tujuannya menjadi satu, yaitu tujuan tempat kembali (akhirat).
    8. Kaya hati.

Sahabat Muslimah

Diantara ciri-ciri orang yang memperturutkan hawa nafsunya :

1. Suka berlebih-lebihan dalam menikmati kesenangan hidup
2. Tak pernah puas, serakah dan tamak dalam memenuhi hidup
3. Berhati keras sehingga sulit menerima nasihat-nasihat agama
4. Setiap hari yang ada difikirannya hanyalah urusan-urusan yg berkaitan dengan mulut, perut dan yg dibawah perut.

5. Terus menerus melakukan dosa-dosa besar dan maksiat
6. Jika marah sampai gelap mata sehingga tidak dapat mengawal emosi.
7. Suka mendendam kepada orang yang dibenci dan sulit memaafkan
8. Kalaupun mengerjakan ibadah, dilakukan dengan riya karena ingin dilihat dan dipuji orang lain.

Isnin, Oktober 25, 2010

Petua Agar Suami Tak Cari Lain

1. Fahamilah perasaan suami anda dari sudut seorang lelaki dan bukan cara untuk mengubah personalitinya sebagai seorang lelaki seadanya. Cuma fahami sikap atau tabiat suami dan mencuba menyesuaikan diri selagi tidak berlawanan dengan kehendak agama.

2. Gunakan kuasa pujukan. Wanita mempunyai sifat dan watak yang lebih berperasaan dan menghalusi. Salah satu cara memujuk adalah dengan menunjukkan minat termasuklah minat pada diri suami sendiri, kerjayanya atau kesukaanya. Mungkin ada beberapa kesukaannya yang kurang sealiran dengan wanita tetapi selagi dia tidak mengabaikan keluarga, terima saja dengan harapan minat yang kita tunjukkan itu akan mendekatkan satu sama lain.

3. Menghormati dan memahami kehendaknya. Secara umumnya ialah kemahuan seks dan kemahuan menjadi penting. Jangan sesekali merendah-rendahkannya kerana bila perasaan menjadi penting ada di dalam diri seorang lelaki – keegoaan dan keterujaan pada perkara-perkara yang mengembirakan dan menceriakan kehidupan akan terserlah.

4. Tujukkan rasa gembira bila bersama. Cipta perasaan gembira kerana ini akan menjadikan wanita rasa sempurna kerana berjaya menyelesaikan tanggungjawap terhadap suami. Lelaki juga mahukan keselesaan perasaan dengan sokongan kata-kata cinta dan bisikan . Lelaki sentiasa inginkan kasih sayang, sentiasa tertarik dengan kejelitaan dan sentiasa kagum dengan sifat keibuan.



Kenangan Valentine Seorang Mujahidah


Aku lontarkan pandangan pada buih-buih putih. Buih demi buih. Ku alih pula pada ombak yang beralun, menghempas pantai. Setia, ombak dan pantai, bagai janji yang dipateri. Setiap masa ombak merindui pantai yang setia menanti.

Aku larikan pula bebola mataku pada camar yang berterbangan, sekali-sekala menyambar ikan-ikan kecil di laut, kemudian terbang bebas di angkasa. Ku usir pasir di kaki dengan hujung kasut, halus bersinar bila disinari matahari. Bebola yang bersinar lembut di ufuk timur menyenangkan. Ku berterima kasih pada redup pohon rhu yang menaungiku.
Kadang-kadang daun-daun kering berguguran menimpaku. Disapa pula bayu laut yang lembut, menenangkan. Sungguh, alam ciptaan Allah yang amat indah. Saling melengkapi. Pantai ini tidak pernah berubah, masih tetap cantik. Tidak teracun dengan pembangunan yang menggila, tetap setia menerima pengunjung.

5 tahun lalu, pantai ini sama seperti ini, yang bezanya peristiwa. Bezanya sejarah yang tak dapat diubah. Pantai ini pantai yang bernastolgia. Pantai ini berserakan dengan memori yang tak pernah aku cuba cantum. Biarlah ia begitu. Biarlah aku menikmati, mengutip memori demi memori, kemudian aku ketawa dan menangis. Pantai ini pantai yang bermakna. Pantai inilah yang merubah detik-detik sejarah hidupku. Memori yang tak akan ku padam sampai bila-bila. Biarlah ia sentiasa segar, sentiasa mekar. Sama seperti hari ini, di atas bongkah batu besar di bawah pohon rhu yang teduh, 5 tahun lalu, aku duduk di sini.

Sejak pagi lagi aku sudah berada di sini. Aku tunggang VR 125 sebelum menjamah sarapan pagi, membuatkan dahi mamaku berkerut. Pertanyaan mama ku biarkan tanpa jawapan. Hatiku pecah berderai, bagai kaca dihempas ke batu. Aku dapat rasakan hatiku bagai disiat-siat. Pedih. Sungguh pedih kekecewaan ini. Aku kemudiannya mengheret kakiku tanpa arah tujuan. Menyusuri pantai yang panjang. Aku cuba lontarkan kekecewaan ini ke tepi laut untuk melepaskannya, tapi aku tak mampu.

Masakan kasih yang dibina kukuh sebelum ini boleh ku lupakan begitu sahaja. Bolehkah janji sebelum ini dilupakan begitu sahaja??

Letih mengheret kaki menyusuri pantai, akhirnya aku memilih untuk duduk di atas sebongkah batu besar yang teduh diredupi sepohon rhu tua. Aku masih tidak dapat menerima apa yang sudah berlaku. Aku teresak-esak di atas bongkah batu bagaikan seorang kanak-kanak. Aku tenggelam dengan esakanku. Ajaibnya air mataku bagai tidak kering-kering mengalir membasahi pipiku yang sudah lencun. Aku teresak dan terus teresak sambil kutekupkan kedua tanganku di muka. Aku bagaikan berada di awang-awangan, dalam duniaku yang tersendiri. Aku terus hanyut. Hanyut dalam tangisanku.

“Assalamualaikum” Satu suara lembut memberi salam kedengaran dari sebelah kananku. Aku angkat mukaku. Kelihatan seorang gadis tersenyum memandangku. Aku kira dia tua sedikit daripadaku melihatkan wajahnya yang kelihatan matang. “Waalaikumussalam” Jawabku acuh tak acuh. “Boleh saya duduk?” Gadis itu memohon kebenaran untuk duduk di sebelahku. “Duduklah, lagipun bukan saya punya”. Aku masih acuh tak acuh. Lantas gadis itu duduk di sebelahku. Kemudian dia senyap, pandangannya di lontar jauh ke tengah laut.

Kemudian bibirnya seolah-olah menguntum senyum. Dia seolah-olah menikmati keindahan alam yang indah ini. “Cantikkan?” Gadis itu tiba-tiba bersuara setelah beberapa ketika mendiamkan diri. “Hmm?” Aku kurang jelas dengan soalannya. “Cantikkan alam ini? Ombak itu..” tunjuknya pada ombak yang beralun. “Alunan ombak seolah-olah menggambarkan hidup manusia, ada ketika gembira, ada ketikanya juga akan berduka. Ia sama, kerana keduanya akan terpampan pada pantai yang setia. Begitu juga manusia, duka itu akan ada akhirnya jua”. Aku tersentap. Gadis itu seolah-olah dapat membaca pemikiranku.

“Siapa awak ni?” Aku sangsi dengan kewujudan gadis ini. “Maafkan saya kerana terlupa memperkenalkan diri. Saya Izzah”. Dia tersenyum ikhlas sambil menghulurkan tangan. “Rieyn, Adrina” Tangannya ku sambut ragu-ragu. “Boleh kita sama-sama lalui ujian ini?” Dia tersenyum memandangku menyerlahkan keikhlasannya. Aku merenungnya tanpa kata. Aku tarik panjang nafasku kemudian ku lepas beransur-ansur.

Gadis ini bagaikan mengetahui apa yang bergolak di hatiku. “Luka di hati ini tak sama dengan luka fizikal. Luka fizikal dapat dirawat, tapi luka di hati ini terus begitu”. Ujarku lemah sambil menggigit bibir. Entah bagaimana aku mempercayai Izzah. Naluriku mengatakan dia gadis yang punyai prinsip. “Ujian bukannya untuk kita larikan diri, tetapi ujian adalah tarbiyah dari Allah, untuk kita lalui, kerana di sebalik ujian itu tersimpan sejuta hikmahnya”. Tenang Izzah menuturkan kata.

“Tapi hati ini terlalu kecewa. Hati ini bagai dirobek belati”. Aku menggagahkan diri untuk bersuara. Rasanya terlalu pedih untuk aku luahkan. Air mata kurasakan kembali bergenang. Perasaanku kembali bergelora bagaikan ombak di lautan. “Sebenarnya dah lama Izzah perhatikan Rieyn. Sejak Rieyn datang ke sini lagi. Izzah perhatikan Rieyn berjalan-jalan seorang diri di tepi pantai. Bila puas, Rieyn duduk kat batu ni kan?”. Izzah terangkan dengan jelas. Dan aku mula bercerita kepada Izzah.

Saya kenal Zamri setahun lalu. Dia boleh dikategorikan sebagai lelaki pilihan perempuan. Tinggi dan berwajah tampan. Orangnya juga bijak dalam pelajaran. Saya antara ramai wanita yang cuba mendampingi Zamri. Entah macam mana Zamri memilih saya sebagai temannya. Perhubungan saya dan Zamri mula intim dari hari ke hari. Tidak sah satu hari tanpa ber ‘sms’ dan telefon. Zamri seorang yang pandai mengambil hati. Dia selalu membeli hadiah untuk saya. Dia juga berjanji untuk menjaga saya sebaik mungkin. Kami digelar pasangan paling ideal di sekolah. Paling penting kami saling menyayangi. Pantai ini selalu menjadi saksi janji kami.

Saban minggu pantai ini menyambut kedatangan kami. Bersama kami melihat alunan ombak menghempas pantai lalu menghasilkan buih-buih putih. Juga kami berkejaran riang di gigi air mengutip kulit-kulit siput. Saya merasakan bahagia menyelubungi kami. Kami saling berjanji untuk sehidup semati. “Dalam usia semuda ini?” Izzah menyampuk ceritaku. “Ya, kami saling berjanji sehidup semati. Usia bukanlah penghalang kami. Kami mahu berjanji setia pada hari kekasih. Hari yang semua pasangan kekasih menyambutnya”. Sambungku. “14 Februari? Bukankah hari ini?” Izzah bagaikan tidak sabar. Tapi aku meneruskan ceritaku tanpa mempedulikan soalan Izzah.

14 Februari. Hari Valentine. Kami sudah berjanji untuk menyambutnya di sini. Di pantai yang indah ini. Tapi rupanya betullah kata orang-orang tua, kusangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Zamri gagal saya hubungi sejak minggu lepas. Telefon bimbitnya dimatikan. Saya tiada nombor telefon rumahnya. "Biar saya yang telefon awak." Dia selalu berkata begitu apabila saya meminta nombor telefon rumahnya. Dia telefon saya menggunakan telefon bimbitnya. Rumahnya juga tidak diberitahu kepada saya. Nanti tiba masanya saya akan tunjukkan. Dia menuturkan begitu apabila bertanyakan rumahnya. Tapi saya positif, mungkin dia tidak mahu diganggu.

Hingga ke hari inilah dia tidak dapat dihubungi. Dan kerana itulah saya di sini. Aku menamatkan ceritaku pada Izzah. “Saya mengerti perasaan awak. Setiap insan mempunyai fitrah untuk menyayangi dan disayangi”. Izzah berespon segera. “Tapi saya rasakan saya ditipu. Perasaan saya dipermain-mainkan”. Aku meluahkan perasaan yang bersarang di lubuk hati. “Rasulullah juga punyai perasaan menyayangi dan disayangi. Cintanya pada Khadijah, isteri Baginda tiada tolok bandingnya. Khadijahlah yang banyak menemani Baginda melalui ranjau perjuangan. Khadijahlah yang memberi perangsang kepada Baginda. Kasih sayang Khadijahlah menyelimuti hati Baginda tika keluh kesah”. Izzah pula bercerita.

“Betulkah begitu?” Aku menyoal kehairanan. Tidak pernah cerita ini diperdengarkan kepadaku. “Islam tidak menghalang kasih sayang. Buktinya ditunjukkan melalui Rasulullah s.a.w. Baginda menangis tika Khadijah meninggalkan alam ini. Sehinggakan tahun pemergian Khadijah digelar Tahun Berkabung. Kita boleh berkasih sayang tetapi jangan kita melanggar batas batasan agama kita”. Luncur Izzah menuturkan bicara.

“Islamlah cara hidup yang memenuhi fitrah manusia. Semua kehendak manusia dapat dipenuhi oleh Islam”. Izzah tersenyum memandangku. Hatiku terkesan dengan kata-kata Izzah tadi. Selama ini tiada orang yang berbicara topik ini denganku. Baba dan mama? Baba sibuk dengan politiknya. Lobi sana, lobi sini. Tabur duit sana, tabur duit sini. Wakil rakyat penggal depan sasarannya. Mama pula sibuk dengan persatuan wanitanya. Lawatan sana sini. Setiap hujung minggu ada aktiviti. Tinggallah aku keseorangan di rumah dengan Mak Cik Kiah, pembantu rumahku. Abangku di IPT. Adikku di sekolah berasrama penuh.

“Mahukah Rieyn bersama kami?” Izzah bersuara setelah melihat aku diam sejenak. “Awak buat apa kat sini sebenarnya? Awak datang dengan siapa lagi?” Aku inginkan kepastian. “Saya datang bersama kawan-kawan. Sebenarnya kami ada perkelahan. Kalau Rieyn nak sertai kami bolehlah. Kat hujung sana tu..” ujar Izzah sambil menunjukkan tapak perkhemahannya. “Boleh juga” Cepat aku menyatakan persetujuan. Aku sebenarnya ingin mengenali Izzah dengan lebih rapat. Gadis ini nampaknya punyai banyak keistimewaan.

Lantas aku telefon mama. Maklumkan aku tidak balik rumah malam ini. Mama diam tanpa kata. Bukan kali pertama aku tidur di luar. Lantas aku mengatur langkah-langkah mengikuti Izzah ke perkhemahannya. Alangkah terkejutnya aku, kesemua mereka bertudung labuh. Aku ingatkan Izzah seorang sahaja yang bertudung labuh dan berjubah. Satu fenomena baru bagiku. Sekumpulan gadis berjubah dan bertudung labuh berkelah! Setahu aku golongan seperti ini amat terbatas pergerakan. Jubah dan tudung labuh itu bagai memenjara fizikal dan mental. Namun hari ini anggapanku sebelum ini silap. Tudung labuh bukanlah membataskan aktiviti seharian. Bahkan mereka sangat peramah dan berlemah lembut.

Musyrifah, Husna dan ramai lagi menghulurkan salam ukhwah kepadaku. Aku jadi malu. Aku tidak bertudung! Aku pakai t-shirt! Aku berseluar jeans! Gaya ranggi wanita moden! Namun mereka tidak memandang aku lain dari mereka. Aku dilayan bagaikan seorang puteri. Ombak berderu menghempas pantai mematikan kenanganku.

Itu cerita 5 tahun lalu. Detik-detik yang merubah perjalanan hidupku. Tarikh yang ku ingati bukan kerana Valentine, yang kemudiannya baru aku dapat tahu umat Islam tidak menyambutnya kerana ia merupakan perayaan penganut Kristian untuk mengingati seorang paderi yang giat menyebarkan agama Kristian hingga ke akhir hayat.

Izzah tidak pernah mengerti erti putus putus asa dalam membimbingku ke jalan yang benar. Izzahlah yang mengajarku berjemaah. Mengajarku erti tadhiyyah dalam berjuang. Izzahlah yang mengajarku erti perjuangan. Izzahlah yang mencelikkan mataku terhadap penderitaan umat Islam di Palestin, di Iraq, di Afghanistan, di Kaashmir. Juga di sini.

Aku melalui ujian yang mencabar tetapi inilah ganjaran untuk mereka yang memilih jalan ini. Aku dapat rasakan usiaku sepanjang perjuangan. Aku teringat kata-kata Syed Qutb, pejuang yang syahid di tali gantung. Katanya “orang yang hidup untuk perjuangan tidak akan merasa pendek dengan umurnya, kerana umurnya sepanjang perjuangan yang akan berterusan”.
Hari ini, di pantai ini aku memakai tudung hijau sutera Turki bercorak fauna berserta jubah juga berwarna hijau. Warna kesukaan Rasulullah. Tudung dan jubah ini sebenarnya hadiah dari Izzah sempena persahabatan kami pada saat pertama kali kami bertemu 5 tahun yang lalu. Lambang perjuangan katanya.

Buat Izzah, aku nukilkan kembali seuntai kata yang aku temui semasa menatap sebuah majalah. Mungkin penulisnya mendedikasikan buat kekasihnya, tapi tidak mengapa rasanya aku menukilkan buat sahabat seperjuangan. Hari ini sekali lagi aku menitiskan air mata di pantai yang indah ini. Air mata kali ini bukanlah air mata yang sia-sia. Air mata buat sahabat seperjuangan yang pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya. Izzah pergi menemui Pencipta. Saban tahun aku pasti ke sini. Mengutip memori yang berserakan. Memori yang akan ku pastikan terus segar di hatiku. Izzah, pengorbananmu semulia namamu. Tinggallah aku meneruskan perjuangan…

10 Hal yang Tidak Bermanfaat dan Sia-sia

Alhamdulillah wa shalaatu wa salaamu ‘ala Rosulillah wa ‘ala alihi wa shohbihi ajma’in.
Hal-hal yang banyak dilalaikan oleh kaum muslimin saat ini termasuk juga saya. Semoga posting kali ini bisa menjadi nasehat bagi saya dan pembaca sekalian.

Ibnu Qoyyim Al Jauziyah mengatakan bahawa ada sepuluh hal yang tidak bermanfaat.
Pertama: memiliki ilmu namun tidak diamalkan.
Kedua: beramal namun tidak ikhlas dan tidak mengikuti tuntunan nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Ketiga: memiliki harta namun enggan untuk menginfakkan. Harta tersebut tidak digunakan untuk hal yang bermanfaat di dunia dan juga tidak diutamakan untuk kepentingan akhirat.
Keempat: hati yang kosong dari cinta dan rindu pada Allah.
Kelima: badan yang lalai dari taat dan mengabdi pada Allah.
Keenam: cinta yang di dalamnya tidak ada redha dari yang dicintai dan cinta yang tidak mau patuh pada perintah-Nya.
Ketujuh: waktu yang tidak diisi dengan kebaikan dan pendekatan diri pada Allah.
Kelapan: fikiran yang selalu berputar pada hal yang tidak bermanfaat.
Kesembilan: pekerjaan yang tidak membuatmu semakin mengabdi pada Allah dan juga tidak memperbaiki urusan duniamu.
Kesepuluh: rasa takut dan rasa harap pada makhluk yang dia sendiri berada pada genggaman Allah. Makhluk tersebut tidak dapat melepaskan bahaya dan mendatangkan manfaat pada dirinya, juga tidak dapat menghidupkan dan mematikan serta tidak dapat menghidupkan yang sudah mati.
Itulah sepuluh hal yang melalaikan dan sia-sia. Di antara sepuluh hal tersebut yang paling berbahaya dan merupakan asal muasal segala macam kelalaian adalah dua hal iaitu: hati yang selalu lalai dan waktu yang tersia-siakan.
Hati yang lalai akan membuat seseorang mengutamakan dunia daripada akhirat, sehingga dia cenderung mengikuti hawa nafsu. Sedangkan menyia-nyiakan waktu akan membuat seseorang panjang angan-angan.
Padahal segala macam kerusakan terkumpul karena mengikuti hawa nafsu dan panjang angan-angan. Sedangkan segala macam kebaikan ada karena mengikuti al huda (petunjuk) dan selalu menyiapkan diri untuk berjumpa dengan Rabb semesta alam.
Semoga kita selalu mendapatkan ilmu yang bermanfaat. Segala puji bagi Allah, yang dengan nikmat-Nya segala kebaikan menjadi sempurna.

Faedah ilmu dari Al Fawa’id, Ibnu Qoyyim Al Jauziyah, Darul ‘Aqidah

Petua Mencegah Muntah Bayi

  • Jangan beri minum susu selagi bayi menangis. Berhentilah menyusui untuk menenangkannya.
  • Tegakkan bayi setegak mungkin selama dan beberapa waktu setelah minum susu.
  • Pastikan botol tidak terlalu besar atau terlalu kecil, dan botol dimiringkan.
  • Jangan mengangkat-angkat bayi selama atau sesudah dia minum. Kalau boleh letakkan dan ikat sebentar si bayi pada kursi bayi.
  • Jangan lupa membuat bayi bersendawa.
  • Naikkan sedikit tempat tidur di bahagian atas agar kepala dan leher bayi lebih tinggi daripada bahagian bawahnya.