Sabtu, Oktober 30, 2010

Putus haid

Anda masih muda? Topik ini mungkin terlalu awal untuk anda... tetapi tahu sekarang pun bagus. Jom kita mulakan...

Apabila wanita putus haid (menopause) adakah ia bererti seks tidak lagi menjadi satu perkara yang penting dalam kehidupan harian mereka?

TIDAK!!

Ramai yang percaya bahawa apabila putus haid, wanita akan terus berkurangan keinginan seks; ini adalah tanggapan yang kurang tepat. Seks selepas putus haid masih boleh tetap menyeronokkan, malahan boleh lebih seronok daripada sebelum putus haid.

Oleh kerana tidak ada risikio kehamilan dan anak-anak anda sudah besar, anda dan pasangan anda ada lebih banyak masa berdua-duaan. Ayuh! Anda kini mempunyai banyak peluang untuk menikmati seks hebat!

Ya, memang benar apabila anda semakin berumur anda akan mengambil lebih banyak masa untuk menaikkan nafsu seks. Ia juga memang normal jika anda merasakan kekurangan dalam keinginan seks.

Tetapi apabila usia anda meningkat melepasi 50 tahun tidak bermakna kehidupan seks anda tamat.

Anda mungkin pernah mengalami rasa kekurangan keinginan seks sejak putus haid... sebelum anda membuat kesimpulan bahawa putus haid atau usia anda yang bertanggungjawab atas rasa kekurangan keinginan seks, timbangkan beberapa punca lain.

Banyak medikasi seperti ubat anti-hipertensi, ubat penenang, dan ubat anti-tekanan boleh mengubah bagaimana anda merasai tentang seks.

Isu-isu lain yang menjejaskan respons seksual termasuk penyakit seperti sakit jantung, kencing manis, dan artritis, serta imej anda sendiri dan juga jumlah tekanan yang anda hadapi setiap hari.

Para penyelidik dari New England Research Institute dan University of Massachusetts Medical School mendapati satu fakta yang mengagumkan...

Faktor utama yang menjadi penentuan mempengaruhi wanita yang memiliki masalah seks adalah sikap wanita itu sendiri terhadap seks sewaktu putus haid. Bukan kerana kekurangan estrogen.

Para penyelidik juga mendapati hanya satu perkara yang bersangkut paut dengan kekurangan pengeluaran estrogen semasa putus haid, iaitu kadang-kala rasa sakit sewaktu persetubuhan.

Apa Anda Percayai Terhadap Seks/Putus Haid Adalah Apa Yang Anda Akan Dapat?

Para pengkaji mendapati satu fakta yang penting.

Wanita yang mengalami kehilangan keinginan seks selepas putus haid, adalah wanita yang mempercayai kehilangan keinginan seks adalah normal bagi mereka yang semakin berumur.

Dua Perkara Penting Yang Harus Diperhatikan:

- Kehilangan keinginan seks tidak dialami oleh majoriti wanita yang putus haid.

- Kehilangan keinginan seks tidak bersangkut paut dengan penurunan paras estrogen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan