Jumaat, Disember 31, 2010

DOA Memagar Isteri Selepas Akad Nikah

Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:

“Ya Allah, aku memohon kepadaMU kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yeng telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.  (Riwayat Abu Daud)


Selasa, Disember 28, 2010

4 golongan lelaki ke neraka ..

Pertama:- 'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- 'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- 'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepada abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- 'Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-

" Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka, di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda.. Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri..jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.
ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga..janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.

AMIN YARABBALALAMIN

Sabtu, Disember 25, 2010

Hilangkan Kesakitan Cekam Kuku

Ambil sebiji limau nipis atau kasturi dipotong sedikit bahagian atasnya. Kemudian bakar limau tersebut sehingga bertukar warna kekuningan. Biarkan limau berkenaan suam-suam kuku. Selepas itu, cucuk bahagian jari yang mencengkam atau bernanah itu pada bahagian limau yang telah dipotong tadi. InsyaAllah kuku yang bernanah akan mengecut dalam tempoh beberapa hari sahaja.



Jika JANTUNG Berdebar

1. Jika jantung anda berdebar dan diikuti dengan dahi berpeluh

2. Jika anda kerap merasakan kesakitan pada dadanya.

3. Jika sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.

4. Jika semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jika kena panas, badan akan banyak berpeluh dan tidak selesa.

5. Jika tapak tangan anda semakin basah


MAKA ikutilah nasihat-nasihat ini :

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang boleh merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)

2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer

3.Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimer yang tinggi

4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer

5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi marjerin

6. Elakkan memakan burger, nugget, kentang goreng, dan potato chip

7. Elakkan mandi selepas makan

8. Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit. Selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah, tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.

9. Anda jiga boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses

10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dan sebagainya

11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai ,kerana ia dicampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak kelihatan cantik berderai dan tidak melekat. 

.

Jumaat, Disember 24, 2010

Apa Yang Wanita Mahu Sebenarnya Dari Lelaki? Buat Suami Kepada Isteri...Bukan BF Kpd GF

1) Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan.

2) Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan 'Hai' untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.

3) Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.

4) Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulang tahun. Apa salahnya buat 'surprise' sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.

5) Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu. Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke'macho'an kamu!.

6) Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu disisi mereka.

7) Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.

8) Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

9) Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidak suka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh 'cerita orang lain' kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.

10) Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar.. lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. Mereka akan 'meletup' pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal. Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Di tahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah 'sejuk'. Mungkin kamu juga boleh 'cool'kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka SAYANGkan kamu!


.

MEMBERI Mengubat Hati Yang Luka

Dalam kehidupan sehari-hari, mudah kita menemukan orang yang kecewa, marah dan sakit hati... di tv, suratkhabar, radio, di jalanan, pasaraya, pasar bahkan di dalam rumah kita sendiri.

Maka kita lebih mudah menemukan penderitaan dari kegembiraan, lebih mudah menemukan orang yang sakit hati daripada orang yang sentiasa bersyukur, lebih mudah ketemu dengan wajah yang muram daripada wajah yang tersenyum. Malah ada yang sampai mengeluh begini... "kenapa saya sudah solat dan berzikir tetapi hati saya masih terasa pedih?". Luka di hati adalah akibat kekecewaan kerana kebiasaan kita untuk mencari, meminta dan menuntut agar kehidupan memenuhi keinginan kita. Solat dan zikir menjdi tidak bererti apabila tubuh kita masih dikuasai oleh nafsu keinginan dan tuntutan yang tiada kesudahannya. Berbagai keluhan muncul dari susah berkonsentrasi, dikendalikan marah, masa lalu yang menyakitkan, masa depan yang menakutkan sampai merasakan rezeki yang diperolehi tidah pernah cukup... semua itu muaranya adalah KEKECEWAAN.

Solat dan berzikir mengajarkan kita agar senantiasa mengingati Allah, menyerahkan kehidupan sebagaimana yang menjadi ketetapanNya. Kita berjalan dengan cahaya illahiah. Bila hati kita sudah mampu berserah kepada Allah, kita tidak mencari, meminta dan menuntut melainkan 'Memberi'. MEMBERI mensucikan hati kita dari segala kotoran, mereka yang rajin memberi mengalami banyak keajaiban seperti jarang sakit, rezeki yang melimpah-ruah dan wajah mudah untuk tersenyum. MEMBERI bagaikan cahaya matahari di tengah kegelapan. Cahaya itulah yang menerima kegelapan hati kita ketika dipenuhi dengan meminta dan menuntut.

Akan semakin indah apabila memberi menjadi ubat luka di hati terutama setiap kali kita memberi tidak disertai dengan harapan atau menuntut dari apa yang telah kita berikan. Banyak kisah teman yang menceritakan bagaimana keajaiban memberi dengan penuh keikhlasan mengalami 'Unexpected Harvestings.' Menuai hasil yang tidak diharapkan, memetik buah dari pemberian dengan penuh keikhlasan, seperti senyuman yang dijumpainya setiap saat, sembuh dari sakit tanpa disangka dan diduga, pertolongan Allah disaat tersepit, perhatian, makin disukai banyak teman, usaha yang semakin maju, keluarga yang senantiasa rukun dan bahagia. Masih banyak lagi kisah yang menceritakan keajaiban memberi, yang membuat hidup ini menjadi indah. Mengubah air mata menjadi permata. Hidup bagai di taman bunga yang penuh warna.

'Dan Allah senantiasa memberi pertolongan kepada hambaNya yang senantiasa ia memberi petolongan kepada saudaranya.' (HR. Muslim).

Selasa, Disember 21, 2010

Kelebihan Wanita Mentaati Suaminya

WANITA yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup tujuh pintu neraka dan terbuka tujuh pintu syurga. Masuklah mana-mana pintu yang dia sukai dengan tanpa hisab.

1. Rasulullah bersabda, maksudnya : “Wanita, apabila dia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, maka masuklah dari mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki.”

2. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang salih.”

3. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan, kemudian dia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya, maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.”

4. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Perempuan itu aurat maka apabila dia keluar mendongaklah syaitan memandang akan dia.”

5. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak, haramlah baginya bau syurga.”

6. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas khawin).”

7. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Wanita yang tinggal di rumah bersama anak-anaknya akan tinggal bersama ku dalam syurga.”

8. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apabila seorang wanita mula sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).”

9. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan muhrimnya) adalah seumpama gelap gelita pada hari kiamat, tiada nur baginya.”

Isnin, Disember 20, 2010

Petua Penjagaan Mata Untuk Pengguna Komputer

Penggunaan komputer tidak dapat dielakkan, samada di rumah atau pejabat. Semua kerja memerlukan komputer, lebih-lebih lagi kepada kaki pelayar internet di mana sebahagian besar masa di habiskan di depan skrin komputer/laptop. Mata yang sentiasa memandang skrin komputer berjam-jam sudah tentu berasa strain dan letih.

1. Lakukan Pemeriksaan Mata
Individu yang banyak menggunakan komputer perlulah menjalani pemeriksaan mata sekurang-kurangnya setahun sekali. Bagi yang baru mendapat pekerjaan yang bersangkut paut dengan penggunaan komputer, anda perlulah membuat check-up mata untuk menentukan tahap penglihatan dan kesihatan mata. Pemeriksaan ini penting untuk mencegah sindrom yang mungkin berlaku dan dapat mengesan masalah rabun atau ‘dry eye’. Menurut Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH),  pemeriksaan mata bagi pekerja industri yang menggunakan komputer adalah sangat perlu. Individu perlulah melaporkan pada pakar mata atau Optometris berapa kerap penggunaan komputer dalam satu-satu masa.


2. Guna Pencahayaan yang Bersesuaian
Keletihan pada mata akibat penggunaan komputer bertambah apabila terdapat cahaya yang berlebihan dari sumber luar (matahari) dan lampu di dalam rumah atau pejabat. Sepatutnya, pencahayaan sekeliling bagi penggunaan komputer perlu lah separuh lebih malap dari, cahaya lampu yang digunakan di rumah dan pejabat kebiasaannya. Gunakan lampu pejabat atau bilik yang mempunyai intensiti yang rendah atau menggunakan bilangan lampu/bulb yg sedikit sahaja. Kalau boleh jangan menggunakan komputer di tepi tingkap yang banyak cahaya matahari. Tutup tingkap dan sumber cahaya berlebihan untuk keselesaan.

3. Kurangkan Silau
Keletihan mata akibat silau dari sumber cahaya boleh terjadi akibat pembalikan cahaya dari permukaan dinding, skrin komputer dan sebagainya.  Elakkan penggunaan dinding bilik yang berwarna terang, seperti putih dan gunakan skrin komputer yang ada filter cahaya. Bagi pemakai cermin mata, pastikan kanta anda mempunyai Anti-Reflection Coating (Multicoating) untuk meminimumkan kesan silau pada mata sekaligus mengurangkan stress pada mata kita.

4. ‘Upgrade’ Monitor
Monitor jenis lama (CRT) akan menghasilkan ‘flicker’ yang menjadi sumber dan faktor utama SPK. ‘Flicker’ akan menjadi lebih kelihatan jika monitor hanya mempunyai refresh rate kurang dari 75 Hz. Tetapkan refresh rate monitor lebih dari 75 Hz untuk keselesaan semasa penggunaan komputer. Seeloknya tukarlah kepada monitor LCD seperti yg terdapat pada skrin laptop. Skrin jenis flat ini perlu lah mempunyai ‘dot-pitch’ yang rendah (kurang dari 0.28mm) untuk penggunaan yang memberikan kurang beban pada mata. Pilihlah skrin LCD yang bersaiz besar untuk lebih selesa.

5. Ubahsuai Keterangan dan Kontras Tulisan dan Latar Belakang Komputer
Saiz font perlulah bersesuaian dengan tahap penglihatan selesa kita dan jangan terlalu kecil. Objek atau tulisan perlu berlainan kontras untuk mengelakkan ketidakselesaan pada mata. Sebagai contoh tulisan hitam perlulah dipadankan dengan latar belakang berwarna terang dan jangan sesuaikan dgn latar belakang gelap ataupun berserabut dengan pelbagai warna.

6. Kelipkan Mata Dengan Kerap

SENAMAN: Setiap 20 minit penggunaan komputer, berhenti seketika dan kelipkan mata secara perlahan-lahan (seperti mata orang nak tertidur) sehingga menutup mata seluruhnya. Ulang sebanyak 10 kali dan kemudian teruskan kerja kembali.

Mengikut kajian, individu yang menggunakan komputer, akan kurang berkelip. Kekurangan kelipan mata akan menyebabkan air mata akan menyejat dam meninggalkan lapisan mata tidak mempunyai perlindungan. Fenomena ini disebut ‘Dry Eye’. Pengguna komputer perlulah menyediakan sebotol ‘artificial tears’ untuk membasahkan mata apabila terasa kering dan berpasir. Keadaan mata kering ini semakin teruk apabila berada dalam bilik atau pejabat yang berhawa dingin.
 
7. Rehatkan Pandangan
Setelah otot-otot penglihatan memfokus lama pada skrin komputer, rehatkanlah otot-otot terbabit dengan cuba memandang objek jauh seketika setiap 20 minit. Ini dapat mengurangkan kesan stress pada bebola mata anda.

LATIHAN/SENAMAN: Satu lagi latihan yang dapat dilakukan adalah dengan melihat objek jauh selama 10-15 saat dan kemudian kembali melihat objek dekat selama 10-15 saat juga. Ulangi selama 4-5 kali. Latihan ini penting supaya otot-otot fokus tidak kejang akibat penggunaan komputer yang berlebihan. Jika otot-otot fokus kejang, pengguna komputer akan kabur melihat objek-objek jauh selepas penggunaan komputer.
 
8. Luangkan Masa Untuk Berehat
Pengguna komputer yg berehat hanya 5 minit tetapi sebanyak 4 kali sepanjang hari lebih baik dan melegakan berbanding darpada pengguna komputer yang berehat 15 minit sebanyak 2 kali sepanjang hari. Dalam kes ini, kuantiti rehat adalah lebih penting dari masa rehat yg lama. Apabila rehat, lakukanlah ‘stretching’ bahu, leher serta belakang badan untuk melegakan otot-otot yang terlibat.

9. Ubahsuai Susunan Meja Kerja Anda
Jika anda perlu melihat bersilih ganti antara ‘print copy’ dan skrin komputer, letakkan ‘print copy’ bersebelahan dengan monitor dengan menggunakan ‘stand’ untuk mengelakkan keletihan pada otot-otot mata. Boleh gunakan lampu meja tetapi jangan suluh pada skrin komputer atau mata anda.
Ubah suai kerusi anda sama level dengan skrin komputer supaya skrin komputer terletak 10-15 darjah bawah dari satah penglihatan anda. Ubahsuai juga jarak antara mata dan skrin komputer seeloknya sejauh 50 -100 cm (20-40 inci). Berada terlalu dekat dengan monitor/skrin memang sedikit membahayakan bagi mata kita. Seharusnya kita menjaga jarak pandang ke monitor kita dengan baik.

10. Pakai Cermin Mata Khas Untuk Penggunaan Komputer
Pengguna komputer yang berpanjangan (walaupun yang tidak rabun) elok memakai cermin mata khas untuk memberikan keselesaan dalam melakukan pelbagai kerja dekat. Dapatkan info dari Optometrist yang berhampiran tentang kanta khas ini. Rujuklah jenama-jenama terkenal di pasaran seperti Hoya Remark dan Essilor Anti-Fatigue.  Jangan terkeliru dengan kanta yang kononnya sebagai kanta untuk komputer tetapi berharga murah. Kanta ini hanya memberi perlindungan terhadap cahaya berlebihan yang dihasilkan oleh komputer tetapi tidak memberi apa-apa fungsi dalam mengelakkan stress pada mata dan SPK keseluruhannya.

eMEDIK
epetuamelayu.com


BUASIR

Petua Meredakan BUASIR

Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

Buasir Luaran - Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.


PETUA TRADISIONAL
1. 7 biji ciku muda sebesar ibu jari direbus dan diminum air rebusannya setiap pagi. Jadikan ia sebagai amalan setiap hari sehingga masalah buasir anda berkurangan dan lega.

2. Ambil buah tomato yang hampir masak dan goreng dengan minyak yang sedikit. Ambil tomato dan biarkan sejuk. Setelah itu sapukan pada bahagian buasir. Jadikan ini sebagai amalan sehingga buasir anda pulih.



Ubat Untuk Meredakan Buasir

1. Untuk melegakan kesakitan ketika diserang buasir, anda disyorkan agar kerap membuang air besar dan memastikan najis tidak keras serta menjaga kebersihan diri terutama sekali di kawasan dubur dan menggunakan ubat buasir.

2. Untuk mengatasi sembelit dan memastikan najis berkeadaan lembut, anda disyorkan meminum banyak air dan mengambil lebih sayur-sayuran dan buah-buahan. Jika langkah ini tidak juga berkesan anda boleh mendapatkan ubat yang melembutkan najis seperti Metamucil ataupun julap yang menggalakkan pembuangan air besar yang lebih kerap seperti Milk of Magnesia.

3. Untuk menjaga kebersihan pada kawasan dubur, anda digalakkan untuk mencuci kawasan tersebut dengan lebih kerap dengan menggunakan sabun dan air selepas membuang air besar. Selain itu anda juga boleh merendamkan diri dalam air suam 2 atau 3 kali sehari untuk selama 15 minit. Garam mandian juga boleh digunakan kerana ia berupaya untuk mengecutkan kawasan dubur yang bengkak.

Amalan Harian Untuk Elak Buasir

1. Banyakkan meminum air. Paling minimum 1.5 – 2 liter sehari

2. Mengamalkan cara makanan yang seimbang juga dapat menghindari dari penyakit buasir: penekanan lebih kepada memakan makanan tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.

3. Cuba tetapkan masa penggunaan tandas. Contohnya, selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.

4. Masalah buasir juga boleh dielakkan dengan tidak memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).

5. Berjumpa doktor segera jika mengalami tanda buasir (darah dalam najis,sakit atau gangguan pada dubur).

Petua Mempercepatkan Penyembuhan Buasir
1. Elakkan sembelit. Makan diet yang mengandungi fiber yang tinggi, minum banyak air dan membuat senanam yang tetap walaupun hanya dengan berjalan. Anda juga boleh mendapatkan fiber tambahan atau pelembut najis.

2. Jangan tunggu ketika anda ingin membuang air besar dan cuba jangan meneran apabila membuang dan jangan berlengah-lengah ke bilik air.

3. Buat senaman kegel setiap hari. Ia dapat meningkatkan pengedaran di kawasan rectal dan menguatkan otot-otot di sekeliling anus, menguatkan otot-otot di vagina dan uretha mempercepatkan badan sembuh selepas bersalin.

4. Elakkan dari minum air tebu, memakan buah nenas dan kacang bendir.



Ahad, Disember 19, 2010

Nabi Muhammad SAW dan Dunia Hari Ini 8/9 Malay Sub

Nabi Muhammad SAW dan Dunia Hari Ini 9/9 Malay Sub (Akhir)

CUKUP DAH 9 KE SEMUANYA... MCM MANA KEKAWAN... TERLALU BYK PERBUATAN SYIRIK YANG BERLAKU SKRG NI, KAN...? SEMOGA KITA DPT MENGAMBIL IKTIBAR DARI CERAMAH INI... INSYAALLAH....

Nabi Muhammad SAW dan Dunia Hari Ini 6/9 Malay Sub

Nabi Muhammad SAW dan Dunia Hari Ini 7/9 Malay Sub

Petua ISLAM: Cara Untuk Tenangkan Hati

1. Tarik nafas, tenangkan hati

2. Ambil Wudhu’

3. Banyakkan Istighfar, dan banyakkan berdoa

4. Dengan penuh khusyuk, baca Al Quran

5. Elakkan dari berfikir perkara-perkara lain

6. Hilangkan segala resah

7. Pautkan hati pada kesabaran kerana dengan kesabaran jiwa akan kurang tertekan

8. Qiamulaill- kerana waktu itu hanya kita berbicara dengan Allah dalan suasana hening dan terdamai.bRasulullah s.a.w. merupakan qudwatun hasanah dalam cara-cara menghilangkan stres. Baginda senantiasa melaksanakan Qiamulail

9. Siap siaga untuk berubah. Jangan jadikan stres itu penghalang untuk kita dekatkan diri kita padaNya.

Nabi Muhammad SAW dan Dunia Hari Ini 5/9 Malay Sub

Nabi Muhammad SAW dan Dunia Hari Ini 4/9 Malay Sub

Subhanallah.... 20 kehebatan berzikir...

1.Dzikir menjauhkan diri dari syaitan dan menghancurkan kekuatannya.

2.Dzikir menyebabkan ia dicintai Allah SWT.

3.Dzikir menjauhkan kegelisahan dan kesedihan hati.

4.Dzikir menjadikan hati lapang, gembira dan berseri-seri.

5.Dzikir menguatkan tubuh dan hati.

6.Dzikir menjadikan bercahayanya rumah dan hati.

7.Dzikir dapat menarik rezeki.

8.Orang yang selalu berdzikir akan dipakaikan kepadanya pakaian kehebatan dan kegagahan iaitu orang yang melihat akan merasa gentar dan akan merasakan kesejukan.

9.Dzikir dapat menumbuhkan perasaan cinta kepada Allah, sedangkan cinta kepada Allah ini merupakan ruh Islam dan jiwa agama, juga sebagai sumber keberhasilan dan kebahagiaan, keduanya akan mudah dicapai oleh orang yang selalu berdzikir. Barang siapa yang ingin dapat mencintai Allah dengan benar, hendaklah memperbanyak dzikrullah. Demikian pula, dzikir merupakan pintu cinta kepada Allah.

10.Dengan dzikir, kita akan mampu bermuraqabah yang akan menyampaikan kita kepada darjat ikhsan. Orang yang telah mencapai darjat ikhsan, dalam ibadahnya seakan-akan melihat Allah SWT.

11.Dzikir merupakan sarana untuk kembali kepada Allah yang akan membawa seseorang berserah diri kepada Allah. Sehingga sedikit demi sedikit, dalam segala urusan, Allah akan menjadi tempat perlindungan, rumah dan benteng baginya. Dalam menghadapi musibah juga akan cenderung berlindung kepadaNya.

12.Dzikir dapat menyebabkan seseorang dekat kepada Allah. Semakin banyak seseorang mengingat Allah, ia akan semakin dekat kepada Allah Ta'ala. Semakin lalai seseorang dalam mengingatNya, ia akan semakin jauh dari Allah Ta'ala

13.Dzikir merupakan pintu ma'rifatullah

14.Dengan berdzikir, kehebatan dan kebesaran Allah akan masuk ke dalam hati, juga sebagai sarana agar berghairah menghadirkan diri di hadapan Allah.

15.Dzikir merupakan penyebab ingatnya seseorang kepada Allah, sebagaimana firmanNya "Kerana itu ingatlah kamu kepadaKu nescaya aku ingat pula kepadamu". Di dalam hadis juga disebutkan "Barangsiapa mengingatKu dalam dirinya, maka aku akan mengingatNya dalam diriKu"

16.Dzikir dapat menghidupkan hati. Hafizh Ibu Taimiyyah rahimullah berkata bahwa dzikir bermanfaat bagi hati sebagaimana ikan yang memerlukan air. Kita dapat memikirkan bagaimana jadinya jika ikan hidup tanpa air.

17.Dzikir merupakan makanan bagi hati dan ruhani. Jika keduanya tidak memperoleh makanan maka keadannya sebagaimana tubuh yang tidak memperoleh makanan.

18.Dzikir menjauhkan hati dari karat. Sebagaimana disebutkan dalam hadis bahawa segala sesuatu itu akan berkarat atau kotor. Kotoran hati adalah keinginan hawa nafsu dan kelalaian. Keduanya akan sulit dibersihkan kecuali dengan dzikir. Untuk itu, dzikir bermanfaat untuk membersihkanya.

19.Dzikir menjauhkan diri dari kesusahan dan kesalahan.

20.Dzikir dapat menjauhkan diri dari perasaan takut dan was-was. Apabila seseorang dihinggapi kelalaian, ia akan diselubungi perasaan takut dan was-was. Bila ia berdzikir, semuanya itu akan menjauh.

Sabtu, Disember 18, 2010

Nabi Muhammad SAW dan Dunia Hari Ini 3/9 Malay Sub

Untuk hari ini saya letakkan 3 je dulu... nnt2 saya tambahkan lagi ye sehingga cukup 9 ke semuanya... selamat menonton...

Nabi Muhammad SAW dan Dunia Hari Ini 2/9 Malay Sub

Nabi Muhammad SAW dan Dunia Hari Ini 1/9 Malay Sub

Mari luangkan masa tuk tengok ni pulak... ada 9 ke semuanya... Semoga kita semua akan mendapat pengajaran darinya...

MENGENAL DIRI – BAH. 2

 Apa Maksud Dibuka   ( dilahirkan ).

1. Terbuka Sendiri.
  • Mengikut pengalaman saya sendiri, saya telah berjumpa dengan 5 insan yang terbuka (terlahir) Diri Sebenar Dirinya, dan keterbukaan Diri ini diperdapatkannya pada  satu hari mereka berdoa dan tiba-tiba jari jemari mereka mula menimbulkan satu rasa,  di dalam badan mereka terdapat satu rasa dan perasaan, dan tangan mereka seolah menolak atau bergerak perlahan-lahan. Mereka yang mendapatkannya dengan cara ini selalunya tidak mengetahui dan faham apakah yang terjadi sebenarnya. Mereka perlukan penerangan dan penjelasan dari orang-orang yang lebih mengetahui akan ilmu ini. Mereka yang mendapat cara ini selalunya yang beramal dengan kaedah Tarikat.

2. Membuka dengan sendiri.

  • Ini boleh dilakukan dengan berdoa untuk dilahirkan Diri Sebenar Diri itu, dan ada juga yang berjaya di izinkan Allah

3. Dibukakan oleh Guru yang berpengalaman
  • Untuk ini pelajar atau mereka yang ingin dibuka perlu duduk di hadapan guru dan akan berzikir bersama sama sehingga Diri itu lahir, dengan izin Allah
Kebanyakan orang akan mempelajarinya mengikut cara ke 3 iaitu dengan dibukakan atau dilahirkan Diri sebenar Diri itu melalui Guru yang membukakannya. Selalu kita mendengar orang berkata zahir dan batin, luar dan dalam, jiwa dan raga, tapi cuba kita renungkan, adakah kita faham apa yang kita katakan?

Kita sebenarnya mempunyai 2 aliran:

1. Aliran Zahir atau Jasmani
  • Aliran ini bertitik-tolak dari bekerjanya Jantung kita. Dan ianya mengaliri keseluruh batang tubuh kita, dan isi kepada aliran zahir ini ialah Darah.
2. Aliran Batin atau Rohani
  • Aliran ini berisikan daya hidup yang pangkalnya dari "Hidup" yang mengaliri aliran tertentu seperti aliran Jasmani, cuma bezanya aliran ini ialah cahaya kehidupan dan ianya berupa  arus eletrik. Ini telah dibuktikan oleh ahli sains dari Cina di mana mereka berjaya mengambil gambar arus eletrik yang mengalir dalam badan manusia ini.

DIRI
  • Ianya duduk di dalam jasad 
  • Rupanya sama saperti jasad tapi ghaib
  • Dia lah yang Menghidupkan kita
  • Punca tenaga
  • Ia serba tahu kerana datang dari yang Maha Tahu
  • Dialah yang mengenal Allah kerana dia berasal dari sana


KEHIDUPAN KITA DI DALAM

"Diri" inilah sebenarnya kehidupan kita yang hidup di dalam jasad dan sememangnya kehidupan kita bermula dari dalam badan kasar kita ini, dia mengisi kehidupan kita dan meliputi keseluruhannya, dan ditutup serta dibatasi dengan bulu dan kulit kita, dimana bagi orang luar atau orang nyata, kehidupan di dalam ini negatif kerana tidak nyata. Tetapi kalau kita mau tau dan mau cuba memahami bahawa sebenarnya, perbetulkanlah kehidupan dalaman kita ini dahulu dan dengan sendirinya kehidupan luaran kita akan sempurna... Insyaallah.

Oleh itu kenalilah Diri Sebenar Diri anda dan insyaallah kenal lah ia akan Tuhannya saperti Sabda Nabi junjungan kita" Barang siapa mengenal Diri nescaya kenal lah ia akan Tuhannya"

Jumaat, Disember 17, 2010

Baca Talqin Ini Dan Sebut Nama Kita Sendiri

Semasa membaca, sebut-sebutlah nama sendiri, kalau tidak terasa takut sama-samalah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah membaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yang kita lakukan selama hidup di dunia yang akan menjadi penyelamat, InsyaAllah..

Bismillahhirrahmannirrahim

Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati
Dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran
Untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai
Dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa
Melainkan zat Allah Taala, Dialah Tuhan yang Maha Besar berkuasa menghukum
Manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadhrat Allah Taala

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA
Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah
Yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah
Dengan sebenar-benarnya melainkan Allah
Dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu
Iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut
Janganlah kamu berdukacita dan risau
Serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA
Bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala,
Sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala
Apabila mereka menyuruh kamu duduk,
Mereka juga akan menyoal kamu
Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka
Dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak
Dan janganlah bergopoh-gapah
Biarlah tenang dan berhati-hati, hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,

Wahai SAYA Bin IBU SAYA
Tetapkanlah hatimu
Inilah dia suatu dugaan yang paling besar
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh
Sehingga sampai satu masa kelak,
Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
Bahawasanya mati ini adalah benar
Soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar
Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar
Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar
Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar
Minum di kolam air nabi adalah benar
Ada syurga dan neraka adalah benar
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya
Begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa
Akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah
Dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu
Tuhan jua yang menetapkan hati kamu
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala
Menjinakkan hati kamu yang liar
Dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu
Yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan
Dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, pasti akan mati - “Kullu nafsin za iqatul maut”
Firman Allah swt, “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” Surah Al-A’sr


Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku,
Malahan solah lima waktu,
Puasa di bulan Ramadhan,
Mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku,
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
Bahkan dari masa hidup hingga aku mati
Aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:

1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:

1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:

1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya. Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali.....

Wassalam...

Petua Kecergasan Badan

1. Sembahyanglah, nescaya anda cergas.

2. Banyakkan makanan segar dan elakkan makanan yang telah lama dan berperam serta yang mengandungi bahan awet.

3. Hanya makan nasi yang dimasak sekali sahaja. Maksudnya, nasi yang sudah sejuk kita panaskan semula tidak baik untuk kecergasan badan.

4. Minum susu segar setiap hari.

5. Minum sedikit madu setiap hari. Boleh juga amalkan minum madu 1 sudu sebanyak 3 kali sehari.

6. Kurangkan gula putih dalam minuman, gantikan dengan gula kabung atau gula kelapa atau yang seumpamanya, yang tidak melalui proses kimia. Kurangkan minum air teh, kopi dan sebagainya. Sebaliknya banyakkan minum air suam atau air kosong.

7. Tidur awal dan bangun awal.

8. Banyakkan menghirup udara segar. Pastikan bilik atau rumah yang kita diami memiliki sistem pengaliran udara yang baik.

Koleksi Petua Untuk Menghilangkan Parut

Petua 1 : Ambil biji asam jawa. Goreng tanpa minyak lebih kurang 5 minit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar. Bila keluar serbuknya, titiskan air dan gosok pada parut. Jika di amalkan ia akan dapat menghilangkan parut tersebut.

Petua 2 : Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Petua 3 : Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Ia amat berkesan untuk menghilangkan parut.

Petua 4 : Amalkan gosok setiap hari dengan kulit pisang lemak manis atau kulit pisang kapas.

Petua 5 : Sapukan dengan sebarang ubat gigi setiap hari.

Petua 6 : Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang putih. Kisar bahan-bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit air dan ratakan ke muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian gosokkan perlahan-lahan sama seperti memakai skrub. Setelah itu bilaskan dengan air suam. Lakukan setiap hari dan anda akan mendapat hasil yang memuaskan.


Petua Hilangkan Parut Di Badan

Bila tercedera ada kalanya akan meninggalkan parut di badan. Walaupun begitu ada beberapa petua untuk menghilangkan parut di kulit badan seperti berikut;

1.Basuh bersih daun lidah buaya yang segar. Sapukan lendirnya di serata kulit yang berparut setiap kali sebelum tidur. Biarkan semalaman dan cuci keesokannya dengan air suam.

2.Ambil beberapa biji pisang emas dan kupas kulitnya. Tenyehkan bahagian dalam kulit pisang pada parut. Lakukan setiap hari sehingga anda dapat lihat perubahannya.

3.Campurkan segenggam bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan cekur yang telah ditumbuk halus. Pakai bedak sejuk ini sebelum masuk tidur. Lakukan sehingga kesan parut itu hilang.

4.Kisar timun dan sebiji tomato. Tapiskan airnya dan minum untuk menyejukkan badan. Ambil hampas timun dan tomato tadi, gossokkan di bahagian muka, tangan dan kaki. Amalkan seminggu sekali.

5.Goreng biji asam jawa tanpa minyak lebih kurang lima minit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar. Bila keluar serbuknya, titiskan dengan air dan gosok pada parut. Amalkan selalu dan lihat hasilnya.

Rabu, Disember 15, 2010

Kisah Lucu - APA ITU SEX?

Alkisah seorang anak pompuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya.. 'Mummy, mummy.. sex tu apa Mi?'..

Terkedulah si ibu.. Terasalah akan kemodenan zaman skrg yg berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka.

Sesuai dgn konsep pendidikan seks yg sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yg sesuai utk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dlm arus pendidikan sejagat. Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukkan bayi dalam kandungan dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mummy dan daddynya dari zaman universiti lagi sehinggalah dengan kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yg bertanya itu..

Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak... Si ibu kehairanan dan bertanya. Si anak menjawab dalam tangisan.. Jawapan mummy tu panjang, ruangan jawabannya pendek saja ni...seraya meyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover)..

NAME:...........
SEX:............
Class:..........
Subject:..........
School:........

Kisah Lucu - PAPA & MAMA

Di suatu pagi, seorang anak lelaki keluar dari biliknya dan bertanya pada neneknya:
"Nenek, mana Papa dan Mama?" "Mereka masih di dalam bilik..." neneknya menjawab. Anak itu tertawa kemudian sarapan sendirian lalu pergi sekolah.

Ketika pulang.. anak lelaki bertanya lagi pada neneknya: "Dimana Papa dan Mama?" "Mereka masih di dalam bilik" neneknya kembali menjawab. Anak itu tertawa geli, lalu menghabiskan makan tengaharinya dan pergi bermain.

Malam harinya barulah anak lelaki tadi pulang untuk makan malam. Sebelum makan, si anak itu bertanya lagi pada neneknya: "Di mana Papa dan Mama?" "Masih di dalam bilik" jawab nenek.

Anak itu tertawa geli. "Kenapa dari tadi aku perhatikan engkau ketawa saja?!" tanya neneknya dengan nada tinggi.

Si anak menjawab, "Semalam Papa masuk ke bilik saya untuk meminta gel pelembab kulit, tapi saya bagi gam Super Glue..."

MENGENAL DIRI - BAH 1

Engkau dan Aku

Kalau engkau hendak menemui aku
Turutilah jalan ku jangan jalanmu
Jalanmu jalan nyata
Jalan ku jalan rasa

Berjalanlah engkau pada jalanmu
Dan aku akan berjalan pula pada jalanku
Ushakan kita sejalan, engkau dan aku
Supaya tercapai yang di tuju

Kalau engkau mengatakan kita sejalan
Engkau harus dapat membuktikan
Bukti yang dimaksudkan
Ialah kesanggupan untuk menurutkan.

Engkau mempunyai keinginan
Aku mempunyai kesanggupan
Engkau di luar aku di dalam
Tempat mu di kiri aku di kanan

Berjalanlah engkau pada jalanmu
Untuk menjumpai aku lebih dahulu
Dalam perjalanan kita bertemu
Engkau dan aku

Aku yang engkau jumpai diperjalanan
Tidak akan engkau perdapat, kalau engkau tak tukar haluan
Kerana disaat itu aku keluar engkau ke dalam
Dan untuk mendapat aku, jalanku yang akan di turutkan

Berjalan pada jalanku
Berarti engkau besertaku
Dengan jalan itu engkau akan dapat mengenal aku
Aku yang selama ini terahsia bagi mu.


Bila kita membicarakan "ILMU MENGENAL DIRI" tentu ramai dari kita yang akan menyangka bahawa yang akan dibicarakan ialah Diri yang kelihatan iaitu jasad kasar kita ini atau yang dikenali dengan panggilan Badan, tapi sebenarnya tidak. Diri yang dimaksudkan itu ialah Diri Sebenar Diri, yang duduknya di dalam Jasad atau badan kasar kita ini. Untuk itu kita haruslah memahami yang mana jasmani dan yang mana rohani, yang mana diri terdiri dan diri terperi, yang mana jiwa dan yang mana raga dan yang selalu jadi sebutan orang ya itu yang mana zahir dan yang mana batin. Kita harus nya faham perbezaan dua kata kata ini, sebelum kita lafaskannya.

Jasmani tentunya berbeza dari Rohani, Jiwa berbeza dari Raga dan pastinya zahir berbeza dari batin. Jika tidak mengapa ada dua perkataan tersebut yang sentiasa menjadi sebutan kita?

Kita semua tahu dan selalu menyebut akan kalimah ini, tapi tahukah kita perbezaan antara keduanya? Perbezaan inilah yang ramai antara kita tidak dapat menerangkan dengan jelas apa lagi untuk dapat merasakan perbezaannya.

Kebanyakkan dari kita berangapan bahawa jasad kasar kita ini atau badan kita inilah dipanggil "Diri" dan dapat hidup sendiri-sendiri, tetapi sebenarnya Jasad atau Badan kasar kita ini yang kita jaga dan perindahkan ini, sebenarnya ialah benda mati, yang tidak dapat berbuat apa-apa jika tidak ada "Penghidupnya" yang duduknya di dalam jasad itu sendiri. Penghidup inilah yang dipanggil Diri Sebenar Diri. Diri yang berdiri dengan sendiri dan yang ujud apabila Roh memasuki Jasad. Oleh itu fahamlah kita bahawa Diri sebenar Diri ujud sesudah Roh berada di dalam Jasad.

Perlulah di ketahui bahawa kita ini secara amnya terbahagi kepada 2, iaitu yang dipanggil Jasmani (Jasad) dan Rohani. Atau ada juga orang memanggil Jiwa dan Raga dan banyak lagi nama-nama yang diberi kepada Diri dan jasad untuk mudah difahami dan mengikut perguruan tertentu.


Renung kembali kesah ujudnya Adam

Setelah Malaikat menyiapkan Jasad Adam dan Jasad Adam terbaring kaku, maka Allah pun memerintahkan Roh untuk masuk ke dalam Jasad Adam, dan bertanyalah akan Roh kepada Allah "Ya Allah melalui jalan mana harus aku masuk?" maka Allah pun menjawab, "Masuklah melalui mana-mana yang kau senangi" dan seterusnya Roh memasuki Jasad Adam melalui Hidung. Dan seterusnya kita bernafas melalui hidung.

Jadi di sini dapatlah kita fahami bahawa bila Roh masuk ke dalam jasad Adam, barulah Adam hidup dan seterusnya bangun dan berdiri. Ini jelas menunjukkan bila Roh masuk ke dalam Jasad barulah Jasad hidup atau juga di panggil Bernyawa.


Diri sebenar Diri
Diri sebenar Diri
Setelah Roh memasuki Jasad, baharulah ujudnya "Diri" atau jelasnya "Diri" ini mendatang kemudian setelah Roh memasuki jasad.

Keterangan ringkasnya ialah, Roh itu adalah Cahaya dan bila ia memasuki jasad maka cahaya tadi memenuhi ruang jasad di dalam dan akan menjadi seperti jasadnya sendiri. Maka dengan sebab inilah "Diri" itu rupanya sama dengan jasadnya sendiri, tapi ianya ghaib. Dan harus diingat hanya yang ghaib sahaja dapat menghubungi yang ghaib.

Cahaya (Diri) tadi mengalir ke seluruh jasad di dalam, dan dialah yang menjadi "Penghidup" kepada Jasad. Dialah hidup sebenar-benar hidup, lagi menghidupkan.


BARANG SIAPA MENGENAL DIRINYA NESCAYA KENALLAH IA AKAN TUHANNYA

Seperti yang telah diterangkan di atas Diri ini rupanya seperti kita cuma ianya
ghaib dan duduknya di dalam jasad kasar kita ini, dan tugasnya menghidupkan jasad kita dan dia juga dipanggil nyawa dan macam-macam nama lagi mengikut Aliran Perguruan yang mengajar Ilmu Mengenal Diri ini. Walau bagaimanapun perlu ditegaskan di sini semua Aliran Perguruan adalah benar dan mempunyai kelebihan-kelebihan tersendiri.

Inilah Diri Sebenar Diri yang harus dikenal dengan rasa dan perasaan, dan dengan geraknya yang tersendiri. Bagaimanakah cara untuk mengenalnya?

Diri sebenar Diri yang duduknya dalam jasad itu, di mana tugasnya menghidupkan jasad, dengan cara mengalirkan pancaran cahaya kehidupan di dalam jasad, dan kalau ingin mengenalnya dengan erti kata kenal sebenar-benar kenal tentulah kita perlu melahirkan Diri itu.

Kelahiran pertama kita ialah bila Ibu kita melahirkan kita, dan kelahiran kali kedua ialah bila kita berjaya melahirkan Diri Sebenar Diri yang diamnya di dalam jasad kita sendiri dan dengan tugas dan rahsianya yang tersendiri... menghidupkan kita, tapi sayang jasad tidak pernah terfikir untuk memikirkan siapakah yang menghidupkannya.

Dengan itu kenalilah Diri sebenar Diri kita itu. Diri yang banyak daya guna dan banyak menyimpan rahsia. Bukankah dia berasal dari sana... dari Yang Maha Pencipta dan Yang Maha Besar.

Untuk itu lahirkanlah Diri Sebenar Diri, yang maksudnya dengan membuka pintu baginya untuk keluar, (jalannya) dan cara melahirkannya ada 3:

1. Terbuka Sendiri.

2. Membuka dengan Sendiri.

3. Dibukakan oleh Guru yang Berpengalaman.

Selasa, Disember 14, 2010

Pencetus strok

PERNAHKAH anda berdepan situasi jantung tiba-tiba berdegup kencang, berpeluh, dada merasa seperti dihimpit, pening, loya, hendak pitam, sukar bernafas dan letih tidak semena-mena. Jika ini terjadi anda mungkin mengalami masalah Fribilasi Atrial (Atrial Fribillation) atau keadaan di mana jantung berdegup secara tidak sekata iaitu terlalu pantas atau terlalu perlahan.

Apa yang menakutkan, tiada tanda-tanda jelas yang boleh mengesan awal masalah Aritmia atau rentak jantung tidak sekata ini. Malah orang yang mengalaminya punya lima kali ganda kemungkinan diserang angin ahmar berbanding mereka yang tidak mengalaminya. Angin ahmar atau istilahnya serangan otak, yang dikaitkan dengan masalah FA adalah lebih serius dan dikaitkan dengan lebih banyak kehilangan upaya diri berbanding angin ahmar yang bukan disebabkan FA.

Menurut Pakar Runding Kardiologi dan Presiden Majlis Stroke Malaysia, Dr Razali Omar FA berlaku apabila isyarat elektrik gagal diterima menyebabkan ruang atas jantung (Atria) berdenyut pantas dan tidak sekata. Ini menyebabkan darah memenuhi ruang ini. Memandangkan degup yang tidak sekata tadi ia gagal mengepam semua darah ke bahagian bawah jantung (Ventrikel), menyebabkan jantung gagal berdegup dengan efektif.

“Orang yang mengalami FA, punya lima kali ganda lebih mungkin menghidap angin ahmar berbanding mereka tanpa FA,” katanya ketika pembentangan kertas kerja mengenai Angin Ahmar yang dikaitkan Fribilasi Atrial sempena kempen mencegah 1 Misi 1 Juta - Mendalami Punca Strok.

Mengikut kajian, 15 juta kalangan dewasa Amerika Syarikat menderita serangan angin ahmar setiap tahun, 5 juta mati akibatnya manakala 5 juta lagi hilang upaya diri secara kekal. Keadaan ini bukan saja memberikan kesan buruk kepada keadaan kewangan negara tetapi juga membabitkan hal penjagaan.

Menurut Pakar Runding Neurologi dan Presiden Majlis Neurosains Malaysia, Dr Hamidon Basri, kajian terbaru juga menunjukkan sejumlah 5.7 juta kes angin ahmar berlaku di negara membangun seperti Malaysia disebabkan meningkatnya beban akibat kerancakan perkembangan ekonomi dan transisi epidimiologi.
“Di Malaysia, 10,000 kes baru dikesan setiap tahun di mana 50 peratus daripadanya memerlukan penjagaan sepenuh masa akibat hilang upaya diri kekal,” katanya pada majlis anjuran bersama Boehringer Ingelheim, Majlis Strok Malaysia dan Majlis Neurosains Malaysia baru-baru ini.

Jenis angin ahmar terbahagi kepada dua kategori utama iaitu Iskemia dan pendarahan. Iskemia biasanya diakibatkan oleh bekuan darah yang melekat pada salur darah (trombosis), atau oleh bekuan darah yang bebas (embolisme). Pendarahan pula boleh berbentuk pendarahan dalam otak atau di bawah membran tengah antara tiga membran di dalam otak. Hampir 80 peratus daripada semua angin ahmar diakibatkan oleh Iskemia.

Beza usia bagi mereka yang mengalami serangan otak di rantau Asia dengan bangsa kulit putih juga mengejutkan iaitu mengikut kajian, orang Asia mengalami masalah ini 10 tahun lebih awal berbanding orang kulit putih.

“Keadaan ini amat membimbangkan, ketika ia melanda populasi kulit putih pada usia lanjut, sebaliknya di Asia ia dialami peringkat umur yang masih muda dan produktif serta punya tanggungan keluarga,” katanya menambah satu lagi faktor meningkatnya jumlah angin ahmar akibat tabiat melengah-lengahkan rawatan kerana serangan tidak serius dan lebih selesa berjumpa bomoh mahupun berubat sendiri.

Bila serangan lebih serius berlaku, semuanya sudah terlambat kerana pesakit hanya punya masa tiga hingga empat jam untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Selain itu faktor tidak tahu tanda awal, tinggal sendirian, jauh dari hospital, kesesakan lalu lintas dan hospital tanpa kemudahan yang lengkap menjadi antara penghalang.

75 peratus pesakit datang lewat ke hospital, 65 peratus tidak tahu mengenai tanda awal, 78 peratus bergantung pada keluarga seperti tunggu anak balik, dapatkan pendapat lain dan sebagainya. Angin ahmar mengambil masa yang lama untuk menyerang untuk itu, pencegahan harus bermula dari peringkat awal seperti melakukan aktiviti fizikal, selain mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Info: Kenali angin ahmar dengan F.A.S.T

# Face - cuba senyum, jika sebelah muka seakan bengkok atau jatuh individu ini mungkin mengalami angin ahmar
# Arms - angkat kedua belah tangan, jika ada kesukaran dengan salah satu, ia mungkin satu petanda.
# Speech - cuba bercakap. Jika sebutannya tidak jelas atau tidak boleh bercakap, ia juga satu tanda
# Time - sekiranya mana-mana satu simptom ini muncul, hubungi 911 segera bagi memastikan pesakit tiba di hospital dengan pantas.

Cegah Angin Ahmar dengan:

# Kawal kencing manis
# Kawal tekanan darah
# Kawal tahap kolesterol
# Berhenti merokok
# Bersenam. 

Isnin, Disember 13, 2010

Petua Membahagiakan Rumah Tangga Yang Hambar

Mengekalkan rumah tangga tidak semudah mendirikannya. Saban tahun ribuan pasangan yang mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing. Lantaran ketiadaan persefahaman lagi dalam melayari bahtera perkahwinan. Kenapa ini harus terjadi ? Lumrahnya sebuah perkahwinan tidak lekang daripada diuji dengan pelbagai ujianan. kadang-kadang ujian yang tidak dapat diatasi akan mengakibatkan keretakan rumah tangga.

Untuk itu seorang isteri perlu mengambil pendekatan terbaik untuk memastikan cinta suami sentiasa mekar untuk diri mereka. Agar cinta yang kian hambar di antara mereka bersemi kembali.

Amalkan ini:-

1. MENGUCAPKAN UNGKAPAN CINTA Tunjukkanlah cinta anda secara lisan atau kata-kata yang manis. Selalulah katakan kepada pasangan anda kata-kata cinta dan sayang. Apabila kita mengucapkan kata-kata yang menunjukkan perhatian dan cinta, bererti memelihara dan menguatkan rasa cinta. Di samping itu, pujilah pasangan anda kerana dengan pujian akan dapat menambah rasa cinta di dalam hati.

2. MENUNJUKAN SIKAP SALING MENCINTAI Tunjukkanlah tingkah laku yang membuktikan rasa cinta anda. Selalulah bergandingan tangan, membelai dan berpelukan. Bermesra dan bergurau sendalah antara suami isteri. Penting juga bagi suami isteri bersentuh-sentuhan dengan lembut pada tangan pasangannya bagi membuktikan kasih sayang.

3. SEKSUAL / PEMAKAIAN Lakukan lah hubungan seksual antara suami isteri dengan penuh kasih sayang dan bertanggungjawab serta tidak mementingkan diri. Seks boleh mempereratkan hubungan jiwa. Pakaian juga amat penting, sesuaikan pakaian anda di rumah agar pasangan anda merasakan andalah pasangan yang terbaik di dunia ini.

4. SALING MEMBERIKAN PENGHARGAAN Berbicaralah tentang perkara-perkara yang disukai, nikmati dan hargai. Berikanlah pujian dan penghargaan apabila pasangan telah melakukan sesuatu yang menyenangkan hati.

5. BERUSAHA MEMBAHAGI RASA DAN MASA Jika suami atau isteri berada dalam sesuatu situasi, cubalah membahagikan rasa mengikut rasa pasangannya. Jika suami sedang gembira, maka tunjukkan rasa gembira, jika sedang berduka, tunjukan rasa simpati dan sebagainya. Bahagikan masa bercuti hanya berdua sahaja seperti anda berbulan madu dahulu. Ini penting kerana akan merapatkan lagi hubungan suami isteri seperti baru berkahwin.

6. SALING MEMBERIKAN MOTIVASI SECARA EMOSIONAL Hiburkanlah pasangan anda dan korbankanlah apa saja untuk pasangan anda. Hargailah maruah pasangan dan perhatikan perasaan dan berikan semangat dan dorongan kepadanya.

7. MEMBERI HADIAH Dengan memberikan hadiah akan mempereratkan kasih sayang dan terasa dihargai. Walaupun hadiah itu tidak mahal, tetapi jika diberi akan menggembirakan hati pasangan hidup kita. Walaupun perkara ini dianggap kecil bagi sesetengah orang tetapi jika selalu diberi perhatian akan meninggalkan kesan yang mendalam di lubuk hati pasangan kita. Tidak semestinya hadiah diberikan pada hari-hari tertentu seperti hari lahir, ulang tahun perkahwinan tetapi berilah jika ada kemampuan pada hari-hari biasa.

8. MENERIMA HAKIKAT PASANGAN HIDUP Terimalah kelemahan pasangan kita kerana tidak ada orang yang sempurna. Berbincanglah dengan baik dengan tidak menyakiti perasaan hati pasangan dan bersikap terbukalah dalam menerima hakikat diri masing-masing.

9. KERJASAMA YANG BAIK Cinta memerlukan perhatian dan waktu. Usahakanlah untuk menyelesaikan pekerjaan yang berat atau ringan bersama-sama dan tidak mementingkan tugas masing-masing. Dengan saling membantu dan meminta pertolongan, hubungan suami isteri akan terjalin dengan penuh kemesraan dan keriangan.

10. BERIKANLAH YANG TERBAIK UNTUK PASANAGAN HIDUP. Kadangkala di antara kita tidak ikhlas dalam memberikan sesuatu. Oleh itu, hendaklah memiliki sifat ikhlas dan hilangkan kecurigaan antara satu sama lain. Berusahalah untuk memberi yang terbaik untuk pasangan anda. Bagi isteri berusahalah untuk melayan suami dengan baik, dan bagi suami pula berusahalah untuk menjadi suami yang baik dan bertanggungjawab.

Di samping mengusahakan dari sudut zahir untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga. Kita harus tidak melupakan usaha kita dari sudut rohani seperti sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t. agar rumah tangga kita sentiasa bahagia. Amalkan juga ibadat-ibadat yang lain seperti berzikir, membaca al-Quran, solat malam, solat hajat, solat berjemaah bersama, puasa sunat dan sebagainya juga merupakan antara amalan penting untuk melahirkan rumah tangga yang bahagia. Apa bila kita mengutamakan keredhaan Allah s.w.t sudah semestinya Allah s.w.t akan memberikan kita keredhaan, kebahagiaan, keselesaan dan kesejahteraan yang tidak ternilai daripada-Nya.

Rabu, Disember 08, 2010

Petua Memenangi Hati Ibu Mertua

1. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.

2. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.

3. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya di hadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.

4. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.

5. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.

Amalan Terbaik Dalam Hidup

Assalamualaikum

* Barang siapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

* Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, InsyaAllah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dan sebagainya dalam dirinya.

* Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

* Allah s.w.t. akan hapuskan dosa-dosa kecil jika kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

* Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.

* Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, InsyaAllah akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

* Sesiapa yang berniat mandi (untuk solat jumaat) kemudian memakai pakaian terbaik dan wangian, lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya.

* Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah s.w.t. dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.

* Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, baginda makan dan sebaliknya baginda tinggalkan - Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.



Isnin, Disember 06, 2010

Petua Pengikat Kasih Sayang

Bagi wanita yang mengalami masalah suami liar atau curang, hendaklah banyak bersabar dan berdoa. Amalkan doa ini.

"Dan Tuhanmu berfirman, berdoalah kepada-Ku nescaya akan Ku perkenankan bagimu."

[Surah Al-Ghaafir: ayat 60]

Antara doa pengikat kasih sayang yang baik diamalkan ialah:

"Ya Allah ya Tuhanku, selamatkanlah perjalanan suamiku pergi dan pulangnya. Dekatkanlah rezeki yang suamiku cari. Kuatkanlah kasih sayang suamiku hanya padaku seorang. Bantulah suamiku ketika aku tidak mampu membantunya. Elakkanlah suamiku daripada teringin kepada apa yang Engkau tegah. Cenderungkanlah hatinya kepada apa yang Engkau perintahkan."

Doa ini hendaklah dibaca ketika di belakang suami sehingga dia hilang daripada pemandangan mata setiap kali dia keluar meninggalkan rumah. Tidak kira samada ketika dia hendak pergi ke tempat kerja atau ke mana sahaja. Amalkan setiap masa semoga suami tidak mudah tergoda dengan godaan-godaan di luar dan sentiasa di jalan yang benar.

Semoga berkat doa yang tidak putus-putus itu akan mengembalikan hati seorang suami untuk mengikuti kemuliaan peribadi Rasulullah SAW.

"Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."

[Surah Al-Ahzab: ayat 21]

Sabtu, Disember 04, 2010

Bersungut Kerana Kesusahan Hidup

Salah satu ujian yang diterima adalah dengan mengalami kesusahan hidup. Setiap orang pasti akan merasai kesusahan dalam hidup kecuali orang yang telah lahir dalam keadaan atau keluarga yang kaya raya. Sebagai seorang hamba yang beriman kita hendaklah bersyukur atas rezeki yang dikurniakan. Kesusahan yang kita alami adalah salah satu ujian dari Allah kepada kita. Apabila bangun di pagi hari janganlah sama sekali kita merungut tentang kesusahan hidup yang kita alami tetapi hendaklah sentiasa berdoa supaya dimurahkan rezeki olehNya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Barang siapa yang bangun di waktu pagi sambil bersungut kerana kesusahan hidup, maka seolah-olah ia bersungut kerana perbuatan Tuhannya. Barang siapa menjadi sedih kerana perkara-perkara dunia bererti ia telah marah kepada Allah. Dan barang siapa merendahkan dirinya kepada orang kaya kerana kekayaannya maka telah hilang dua pertiga agamanya.”

Bersedih Kerana Perkara-Perkara Dunia -
Kita mungkin pernah menangis dalam hidup ini. Tetapi adakah tangisan air mata yang keluar itu kerana takutkan Allah atau menangis kerana perkara-perkara dunia? Contoh menangis kerana dunia adalah sedih apabila putus cinta. Ada orang yang bersedih kerana terlalu kecewa dengan putus cinta ini. Itu adalah salah satu contoh bersedih kerana perkara dunia. Ketahuilah yang dunia ini adalah bersifat sementara dan akhirat jualah yang bersifat kekal. Bersabarlah dengan ujian yang diterima dan hendaklah kita tenang menghadapinya.

Merendahkan Diri Kepada Orang Kaya -
Pada zaman sekarang orang yang kaya dipandang mulia. Ini kerana golongan yang kaya mempunyai nama dan sangat dikenali hingga membuatkan orang lain hormat kepadanya. Kalau golongan miskin pulak akan dipandang rendah oleh masyarakat. Begitulah perbezaan status dalam kehidupan pada zaman sekarang ni. Sebenarnya kita tidak boleh terlalu mengagungkan golongan yang kaya. Cukuplah sekadar menghormatinya sebagai saudara kita tetapi jangan sampai boleh merasa rendah diri kerana kekayaan yang dimilikinya.


Khamis, Disember 02, 2010

Nasihat Untuk Wanita

1. Terlalu lama berdiri
Merosakkan tulang. Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina sentiasa basah.

2. Terlalu lama duduk
Merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur

3. Terlalu lama berjalan
Merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menetu masanya.

4. Terlalu lama melihat
Merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaan

5. Terlalu banyak tidur
Merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh. Selalu berangan-angan. Urat-urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.

6. Terlalu riang/gembira
Merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.

7. Terlalu kerap marah
Merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir
Merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. haid tidak menentu dan dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

9. Terlalu banyak bersedih
Merosakkan jantung.

10. Terlalu merana
Merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut
Merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut
Merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerapdialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.

13. Terlalu banyak makan
Merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih(semakin banyak ‘ragam’ lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina).

14. Terlalu minum minuman berais
Merosakkan otot dan lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit dan kelihatan awet muda.

15. Terlalu banyak masa lapang
Merosakkan fikiran.Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dengan aktiviti hidup yang positif.

Kuasa buah

BUAH-BUAHAN memiliki kandungan gizi, vitamin dan mineral yang sangat baik untuk tubuh. Khasiat buah-buahan diletakkan pada aras dua Piramid Makanan bersama sayur-sayuran. Pengambilan buah-buahan mengikut jumlah hidangan mencukupi dapat memastikan tubuh badan dan otak kita menerima semua nutrien mencukupi bagi membolehkan ia berfungsi dengan baik.

Antara fakta menarik yang dikongsi termasuk, ramai tidak tahu pisang membantu menentang kemurungan. Selain itu, antioksidan daripada buah-buahan dan sayur-sayuran mengurangkan risiko kanser esofagus; buah kiwi meningkatkan kesihatan seksual lelaki dan kismis membantu menjaga kesihatan gigi serta pembangunan mental kanak-kanak.

Bagi kanak-kanak misalnya, buah-buahan yang kaya dengan pelbagai khasiat seperti karbohidrat, mineral dan vitamin penting dalam pertumbuhan mental fizikal mereka. Karbohidrat dalam buah-buahan misalnya, adalah dalam bentuk gula yang menyumbang kepada tenaga badan. Selain itu, buahan-buahan juga tinggi dengan serat yang membantu dalam mengelak masalah sembelit terutama di kalangan kanak-kanak.

Khasiat buah-buahan:

# Anggur/kismis
Mengurangkan risiko kanser; strok; penyakit jantung dan hilang ingatan; antipenuaan; antioksidan; antiradang; kesihatan kulit; mata; kardiovaskular; kesihatan gastrik; kesihatan saluran kencing dan penyakit gusi.

# Buah oren
Kesihatan jantung; penglihatan; pelalian dan mengurangkan risiko penyakit kanser. Pada masa sama, buah sitrus ini turut memiliki kelebihan sebagai antioksidan; membantu perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah.

# Buah Epal
Pengambilannya yang kerap dikatakan dapat mencegah dementia atau nyanyuk; mencegah kenaikan berat badan; menurunkan kolesterol; menentang kanser dan antioksidan.

# Buah pear
Bersifat antioksidan; menjaga kesihatan kardiovaskular; antiradang; menjaga kesihatan jantung; menyembuhkan luka dan lebam; membaiki tisu; menjaga kesihatan penglihatan; menentang jangkitan; menyokong transmisi saraf dan melawaskan perut.

# Pisang kaki
Menjaga kesihatan penglihatan, melegakan sembelit, cirit-birit, hemoroid (buasir) dan antioksidan.

# Mangga
Anti kanser; menjaga kesihatan penglihatan; membantu penghadaman; menjaga kesihatan kulit; membantu membaiki kesihatan seksual; menambah berat badan; menguatkan daya ingatan; berfaedah untuk anemia (kurang darah) dan mencegah selaran panas.

# Kiwi
Buah yang kaya dengan vitamin C dan berasal dari New Zealand ini membantu mengatasi insomnia (sukar tidur); mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolesterol dan trigliserida); membantu membaiki pernafasan kanak-kanak (pendek nafas dan batuk malam); mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit; menjaga kesihatan penglihatan; kesihatan kolon dan kesihatan prostat.

# Pisang
Bagi mereka yang mudah stres atau alami tekanan, buah pisang boleh menjadi pilihan. Ini disebabkan ia kaya khasiat antikemurungan (membantu membaiki mood dan tidur); antioksidan; mengawal tekanan darah; meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan; meningkatkan tenaga; menjaga kesihatan jantung; mengurangkan risiko kanser; menentang ulser peptik; melegakan cirit-birit dan sembelit.

Petua Mengelakkan Rambut Gugur

Rambut anda boleh gugur kerana beberapa sebab. Wanita yang baru lepas bersalin biasanya menghadapi masalah ini. Bagi muslimah yang memakai tudung pula, ia juga satu penyebab rambut mudah gugur walaupun itu bukan satu alasan untuk anda tidak memakai tudung. Amalkan pilihan petua berikut untuk mendapatkan rambut yang lebat, cantik dan wangi.

Petua 1: Ambil perahan air limau nipis dan sapu rata-rata di kulit kepala. Amalkannya untuk selama 2 minggu. Seterusnya anda ambil santan untuk menyuburkan rambut anda. Lumurkan keseluruhan rambut hingga ke kulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Jangan cepat-cepat hendak membasuh rambut anda. Perapkan rambut anda dengan tuala untuk ½ jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Amalkannya selama 1 bulan.

Petua 2: Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama 1 jam. Lakukan 2 kali seminggu. Anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

Petua 3: Setiap kali anda makan buah tembikai, jangan buang kulitnya. Ambil bahagian kulit tembikai dan gosok kulit kepala anda. Biarkan ia meresap ke kulit kepala dan tunggu dalam masa 20 hingga 30 minit. Selepas itu barulah anda cuci rambut anda sebersih-bersihnya. Jika anda ingin biarkan semalaman pun tak mengapa. Gunakan “shower cap” atau balut dengan kain supaya ia tidak meleleh ke bantal tidur anda. Anda hanya perlu amalkan petua ini sekali dalam seminggu.

Rabu, Disember 01, 2010

RINTIHAN TAUBAT




Yaa Allah...
Maafkanlah segala kekuranganku.
Engkau Maha tidak memerlukan dari menyiksaku.
Karena sesungguhnya semua dosa-dosa ku tidak merugikan-Mu.
Begitu pula semua ketaatanku tidak menguntungkan-Mu”

Yaa Allah...,
Pindahkan aku dari hinanya maksiat kepada kemuliaan Taat!

Ya Allah,
Walaupun aku begitu jauh
dari hamba-hamba Mulia Pilihan-Mu,
Hamba Mohon…
Kokohkanlah kakiku untuk melangkah dijalan-Mu…
Kokohkan Jiwa dan hati-ku untuk menggapai Ridha-Mu,
Kokohkan Iman-ku sampai akhir nanti…

YA ALLAH Yang Maha Mulia,
Muliakanlah kami dengan ketakwaan…

Ya Rabb…
Aku bersimpuh dihadapan-Mu
Aku memohon dengan kemulian-Mu atas kehinaanku
agar engkau mengasihiku

Aku memohon dengan kekuatan-Mu atas kelemahanku
Ketidakbutuhan-Mu atas ku dan Kebutuhanku atas-Mu
Inilah wajah yang pembohong dan pendosa dihadapan zat-Mu
Hamba-MU selainku banyak,
sedang aku tidak memiliki Tuhan selain-Mu
Tak ada tempat kembali
Tak ada yang bisa menyelamatkanku
Selain penyelamatan dari-Mu

Aku memohon dengan permohonan orang miskin
Aku berzikir kepada-Mu
dengan zikir orang yang rendah hati dan Hina
Aku memohon kepada-Mu
dengan permohonan orang yang takut dan sakit
Sebuah permintaan dari orang yang dirinya merendahkan diri pada-Mu

Saat ini aku mengadu pada-Mu
Merintih di haribaan-Mu
Untuk hatiku yang kelam…
Untuk Jiwaku yang sakit…
Untuk dosa-dosaku...
dimasa lalu, sekarang dan yang akan datang

Ya Rabb…
Ampuni dosa-dosaku
Bersihkan hati ini….
Sucikan jiwa ini…
Tentramkan batin ini…
Singkapkan tabir antara Engkau dan Aku ..

Ya Allah…
Aku takut….
Aku Gamang …
tentang masa depanku…
Aku tidak kuat azab-Mu
Bila kelak hari perhitungan itu datang
Saat Engkau menegakkan keadilan-Mu
Bagaimana aku menghadap-Mu ?
Bahu ini tidak akan sanggup memikul dosa-dosa
Akibat kezalimanku

Yaa Rabb…
Andai waktu masih ada
Di sisa usia ini ….
Aku bertobat pada-Mu
Agar ringan kaki melangkah Menghadap-Mu
Aku ingin Engkau tersenyum Menyambutku…
Merangkulku dengan kasih-Mu …
Membelaiku dengan Cinta-Mu
Merindukanku seperti saat ini aku merindukan-Mu
Senyuman dari Sang Maha Pengasih…

Ya Rabb Hamba kembali….
Hamba kembali ke jalan-Mu

Ya Allah… YA Tuhanku,
Sungguh dosa-dosaku hari ini
dan hari yang telah lalu berlimpah.
Hamba tidak kuasa menghitung dan menjumlahkannya
Hamba tidaklah kuat untuk menerima azab neraka
Juga tidak mampu bersabar dan tidak pula tabah atasnya.
Maka lihatlah wahai TUHANKU pada kelemahan hamba dan kehinaan hamba
Jangan biarkan hamba merasakan panasnya neraka pada esok hari (kiamat)“

Ya Tuhanku ,
Tak layak bagiku menghuni surga Firdaus-Mu,
namun aku tak kuat bila menempati neraka Jahim-Mu.
Maafkanlah semua kesalahanku
dan ampunilah semua dosaku
Karena hanya Engkaulah
yang mengampuni dosa-dosa yang besar dan yang kecil.

Ya Allah
Seandainya ini adalah hari terakhir hidup-ku
maka terimalah taubat-ku ini karena begitu banyak dosa yang telah kulakukan

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

“Ya Tuhan, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta selamatkanlah kami dari siksa neraka.”
(QS. Al-Baqarah: 201).

( From Sugiyanto’s note )