Jumaat, November 26, 2010

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut. Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.


Seorang lelaki yang BERIMAN lelaki tersebut TIDAK AKAN

1. mengajak anda kepusat2 hiburan

2. berani pergi ber"dating" dan bercouple berdua-duaan

3. membonceng bersama-sama dengan kekasih

4. besenang-senang dengan wanita yang bukan muhrim

5. mengajak keluar bersama-sama pergi ke pasaraya, menonton wayang, makan berdua-duaan dan sebagainya

6. berani menyentuh tangan dan tubuh badan seorang wanita

7. berani mengajak anda melakukan aksi ringan-ringan

8. berani melakukan ZINA

SEKIRANYA 8 CIRI-CIRI INI ADA PADA PASANGAN ANDA...KETAHUILAH BAHAWA LELAKI TERSEBUT TERGOLONG DALAM 10 SIFAT CALON SUAMI YANG BAIK-BAIK... AKAN TETAPI SEKIRANYA SEBALIKNYA MAKA LELAKI TERSEBUT BUKANLAH TERMASUK DARI 10 CIRI-CIRI TERSEBUT...SEKIAN

KEPADA WANITA JADIKAN DIRI ANDA BIJAK MEMBUAT KEPUTUSAN



2 ulasan:

  1. ya pandai2 membuat pilihan jgn tersalah pilih
    jgn tertipu lembut nya lidah
    jgn terpukau kerlipan neon
    doa dan tawakkal juga
    kita boleh pilih tapi tuhah yang menetukan..

    BalasPadam
  2. untuk mendapatkan jodoh yg terbaik... berusahalah... pilihlah dari kalangan org yg baik2.. tp klu jodoh kita tetap gak ngan org 'biasa2' nih... terima seadanya kerana kita hanya blh merancang... selebihnya... Allah yang menentukan kerana Jodoh, Ajal maut dan Rezeki telah ditentukan sejak azali lagi... wallahu'alam

    BalasPadam