Isnin, November 08, 2010

Resepi ARNAB MASAK MERAH

Bahan-Bahan:
1 kilo daging arnab - digoreng ½ masak
1 kotak santan

Bahan A:
6 tangkai cili merah
2 batang serai
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih dikisar halus
1 inci halia 1 inci lengkuas

Bahan B:
½ cawan sos cili
½ cawan sos tomato
½ cawan kismis
Mixed vegetable
2 helai daun kunyit
Sedikit minyak, garam dan gula

Hiasan: Daun bawang/sup

CARANYA:

Tumis bahan A.
Bila wangi, masukkan bahan B. Bila bahan B sebati dan sedikit masak, masukkan arnab yang telah 1/2 masak.

Masukkan daun kunyit dan santan.

Bila didih, masukkan mixed vegetable.

Masukkan kismis, garam, gula secukup rasa.

Bila telah naik minyaknya, angkat dan hidangkan dengan ditabur daun sup/bawang.

Nota: Boleh dimakan dengan nasi, pulut kuning atau roti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan