Khamis, November 04, 2010

Resepi KRIM KARAMEL

A. Bahan untuk gula hangus:
 ½ cawan gula pasir
¼ cawan air

B. Bahan untuk puding:
700ml susu penuh krim Dutch Lady
atau susu Tepung campur air jadikan anggaran 700ml.
Gula ¾ cawan
Sedikit esen vanila
1 sudu makan tepung kastad
Telur 7 biji

Cara:
1. Sediakan pengukus. Untuk buat gula hangus, satukan bahan A di dalam loyang bulat anggaran 8" diameter, masak dengan api paling perlahan.
2. Biar gula hancur dan menjadi keemasan.
3. Angkat dan biarkan kira-kira seminit atau hingga gula hangus sejuk.

4. Satukan bahan B, gaul(jangan dipukul)sehingga gula hancur kemudian tapis adunan.
5. Pastikan adunan tidak berbuih-buih.
6. Masukkan ke dalam loyang yang telah ada gula hangus tadi. Kemudian kukus 15-20 minit.

Cadangan Hidangan:
Boleh di hidang panas atau simpan di peti sejuk.

Tambahan:
Jangan dikukus terlalu lama takut ia terlalu masak dan kurang lazatnya.
Untuk memastikan creme caramel telah masak, gunakan garfu dan selak sedikit di tepi loyang.
Jika gula keperangan telah kelihatan di tepi, bermakna ia telah elok masak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan