Ahad, November 07, 2010

Manusia Yang Rugi

Manusia dalam kerugian apabila ada di antara mereka menolak adanya Hari Akhirat sehingga mengambil dunia ini sebagai matlamat mereka untuk hidup. Undang-undang Allah yang diturunkan bagi mengatur cara hidup ditolak ke tepi sehingga akhirnya mereka hidup dengan tingkah laku yang menzalimi diri sendiri, jua kepada orang lain. Sungguh tidaklah mereka mengerti bahawa Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana. Allah akan membalas segala apa yang mereka usahakan ini di akhirat kelak.

Firman Allah swt dalam Surah Al-Nahl, ayat 60 :

وَيَجۡعَلُونَ لِلَّهِ ٱلۡبَنَـٰتِ سُبۡحَـٰنَهُ ۥ‌ۙ وَلَهُم مَّا يَشۡتَہُونَ

Ayat Bermaksud : "Bagi mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat itu, mempunyai sifat yang buruk, dan bagi Allah jualah sifat yang tertinggi; dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan