Sabtu, November 13, 2010

Petua Mengelakkan BIBIR Menjadi Kering

Bibir yang kering akan membuatkan penampilan seseorang wanita tidak menarik. Anda mungkin kelihatan lesu atau tidak bermaya. Ia juga akan menyebabkan anda sendiri berasa tidak selesa dengan bibir anda dan anda juga akan cenderung untuk menjilat bibir anda untuk melembabkannya, sedangkan tindakan itu sebenarnya akan menyebabkan bibir menjadi semakin kering.

1. Sapukan krim khas untuk merawat  bibir seperti  lip balm agar kelembapan bibir terpelihara.
2. Anda juga boleh menyapukan satu lapisan nipis madu sebelum tidur.
3. Atau anda juga boleh menggunakan mentega, marjerin atau minyak zaitun.
4. Jangan menggunakan lipstik atau lip balm yang sudah berusia lebih 1 1/2 tahun, atau barang tiruan atau yang melebihi tarikh luputnya.
5. Jangan menanggalkan kesan kulit kering dengan jari. Ia boleh menyebabkan bibir anda nampak lebih parah. Untuk merawatnya, lembapkannya dengan tuala basah yang telah dibersihkan dengan air suam, kemudian tanggalkannya dengan perlahan sehingga kulit yang kering  tidak lagi kelihatan.
6. Jangan tinggalkan terus amalan menyapu pelembab pada bibir untuk memastikan bibir anda sentiasa segar dan mulus. Seminggu sekali berus dengan lembut  bibir anda dengan berus gigi untuk membuat sel-sel kulit mati. Amalkan selalu jika anda inginkan bibir yang menawan.
 

Tiada ulasan:

Catat Komen