Selasa, November 02, 2010

Sarapan Pagi Perlu Untuk OTAK

Petua orang tua-tua untuk kekal sihat dan langsing, mesti jadikan sarapan sebagai amalan. Lebih awal waktu sarapan, lebih baik. Orang dulu-dulu bercakap berdasarkan pengalaman. Ia juga disokong kajian sains di seluruh dunia.  Malah, pakar pemakanan juga sependapat sarapan pagi adalah sumber pertama untuk memulakan hari kita. Orang yang bersarapan secara tetap, menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan lebih baik.
Sarapan juga baik untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak - lebih cergas, peka dan fokus. Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan seringan sekeping roti dan secawan kopi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan