Selasa, November 02, 2010

RESEPI Sayur Bendi Goreng Telur

Bahan-Bahannya:
10-20 biji bendi ( dipotong-potong menyerong )
1 biji telur
1 sudu kecil udang kering (ditumbuk )
2 biji cili merah (dihiris )
3 biji bawang merah (dihiris )
2 ulas bawang putih (dihiris )
1 sudu makan sos tiram
Sedikit garam
Sedikit serbuk perasa (jika suka )

Cara:
1. Tumis bahan hiris hingga layu dan wangi.
2. Kemudian masukkan sos tiram dan sayur bendi.
3. Pecahkan telur didalam kuali yang mengandungi bendi.
4. Kacau-kacaukan telur tadi hingga hancur.
5. Goreng hingga sayir bendi layu.
6. Sesuaikan rasa bolehlah diangkat dan dihidangkan.



Tiada ulasan:

Catat Komen